• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Korporat

Bahagian Korporat

PENGENALAN:
Bahagian Korporat bertanggungjawab secara langsung dalam perkhidmatan korporat Jabatan iaitu menyelaras proses perancangan, pembangunan dan penilaian Pelan Strategik. Bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti perhubungan, promosi dan komunikasi korporat melalui kerjasama strategik bagi memperkasakan peranan dan fungsi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dalam perancangan dan pembangunan negara.


OBJEKTIF:

i.  Menyelaras dan memantau sistem pengurusan kualiti Jabatan (MS ISO 9001) dan pencapaian prestasi KPI Jabatan yang ditetapkan;

ii. Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan (PSJ);

iii. Menyelaras dan melaksana program penyebaran maklumat Jabatan bagi meningkatkan pemahaman awam terhadap perkhidmatan Jabatan;

iv  Menyelaras program pengantarabangsaan dan kerjasama strategik Jabatan bagi tujuan peningkatan profesionalisme perkhidmatan; dan

v.  Menjalankan tugas keurusetiaan mesyuarat utama Jabatan dan menyelaras maklum balas Parlimen, Post Cabinet serta mesyuarat utama Kementerian.

 

FUNGSI UNIT:

i.  Unit Kualiti, Keurusetiaan Dan Penyelarasan:-

  • Menyediakan maklumbalas kepada mesyuarat kabinet, Kementerian dan agensi-agensi lain;
  • Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan yang berdaya laksana dan mencapai visi dan misi Jabatan;
  • Menyelaras dan memantau KPI Jabatan yang ditetapkan;
  • Menjalankan tugas keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan;
  • Menyelaras urusan hal ehwal parlimen; dan
  • Menyelaraskan perlaksanaan aktiviti MS ISO 9001 bagi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Ibu Pejabat.

ii.  Unit Komunikasi Korporat Dan Hubungan Awam:-

  • Menyelaras sebaran maklumat dan hal ehwal perhubungan awam;
  • Menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan;
  • Menyelaras dan mengurus sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia;
  • Menyelaras aduan awam Jabatan;
  • Menyediakan buletin PLANMalaysia;
  • Menyedia dan menyelaras Piagam Pelanggan serta Laporan Pencapaian Piagam Tahunan; dan
  • Menyedia info korporat dan menyelaras info laman web dan media social jabatan; dan

iii.  Unit Hubungan Antarabangsa:-

  • Menyelaras program, pengantarabangsaan dan kerjasama strategik Jabatan bagi tujuan peningkatan profesionalisme perkhidmatan;
  • Menyelaras penyediaan taklimat dan lawatan delegasi dalam dan luar negara; dan
  • Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan program Inovasi Jabatan.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN:

i.  Mengurusetiakan Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) satu (1) kali setahun ;

ii.  Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan enam (6) kali setahun;

iii. Menganjurkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) satu (1) kali setahun;

iv.  Mengurusetiakan Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia atau Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (J41/J44) satu (1) kali setahun;

v.  Mengemukakan penerimaan aduan kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;

vi.  Memastikan aduan yang berkaitan diselesaikan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima; dan

vii.  Mengadakan Outreach Programs bersama pihak berkepentingan dan komuniti tiga (3) kali setahun.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt