Bahagian Maklumat Gunatanah Negara
Pengenalan
Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) ditubuhkan pada tahun 2008 berikutan daripada pengstrukturan baru Jabatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penubuhan bahagian ini bertujuan untuk menguruskan kepentingan data perancangan yang digunakan dalam pembangunan gunatanah negara.
Objektif
- Memastikan pangkalan data perancangan adalah yang terkini berdasarkan kesediaan (avaibility) data.
- Memastikan data yang dikumpulkan mengikut Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS).
- Membekalkan data kepada pemohon berpandukan permohonan yang lengkap dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima oleh Bahagian.
Fungsi
- Membangun, mengurus dan menyelaras pangkalan data Jabatan
- Mengurus, menyelaras, mengintegrasi dan memantau maklumat gunatanah negara
- Mengurus dan menyelaras kajian rancangan pembangunan
- Mengurus dan menyelaras perkongsian data intra dan inter Jabatan
- Menyelaras khidmat nasihat dalam bidang sistem maklumat geografi (GIS)
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran
- Mengurus dan menjalankan tugas-tugas rasmi lain seperti diarah
Piagam Pelanggan
Pusat Maklumat Gunatanah Negara Yang Menawarkan Maklumat Gunatanah Perancangan Yang Berkualiti Bagi Merealisasikan JPBD Sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa :-
- Mengemaskini Dan Memuat Naik Maklumat Gunatanah Yang Diterima Dari JPBD Negeri/Pejabat Projek Zon/Agensi Teknikal Ke Pangkalan Data Sekali Setiap Enam (6) Bulan
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah (JPMG) 2 Kali Setahun
- Mengurus Permohonan Data Digital Gunatanah Dalam Tempoh 7 Hari
- Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negara Sekali Setiap 2 Tahun
Unit Maklumat Gunatanah
- Membangun & mengurus data dan pangkalan data geospatial Jabatan
- Menyelaras pelaksanaan sistem I-Plan bagi memastikan gunatanah sentiasa dikemaskini
- Membentuk perkongsian maklumat dengan agensi teknikal lain
- Memberi khidmat nasihat teknikal geospatial dan perkhidmatan tenaga pengajar yang berkaitan dalam pembangunan data geospatial/GIS
- Menyediakan Laporan Gunatanah 2 tahun sekali
Unit Khidmat Pengguna
- Mengurus, mengumpul, menyimpan & membekalkan data Jabatan kepada pengguna
- Menyelaras pembangunan geospatial melalui penyediaan Manual Pengurusan Data Geospatial
- Merancang dan menyelaras keperluan infrastruktur (pembangunan geospatial) di antara Ibu Pejabat, Pejabat Projek dan PLANMalaysia@Negeri
- Menjalankan kajian berkenaan produk GIS terkini yang dapat membantu dalam data geospatial Jabatan
- Merangka aktiviti penyebaran dan publisiti produk jabatan berkaitan GIS