• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Perancangan Wilayah

Bahagian Perancangan Wilayah

Bahagian Perancangan Wilayah BPW telah ditubuhkan pada 1hb. Januari, 2003.  Ia memainkan peranan utama dalam melaksanakan fungsi baru di bawah peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) iaitu menubuhkan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

Selain dari itu, tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan mengurus pembangunan, sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam sub seksyen 6A(5)(b) Akta 172.

 

OBJEKTIF

  • Melaksanakan peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan menggerakkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW).

  • Mengukuhkan pembangunan wilayah dari segi fizikal, sosial dan ekonomi selaras dengan Pembangunan Nasional, melalui penyediaan rancangan wilayah.

  • Menasihat dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam wilayah selari dengan dasar-dasar negara.

  • Membantu Jabatan di dalam merangka dan merancang projek-projek berkepentingan nasional. 

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan Rancangan Wilayah dalam tempoh 12 – 18 bulan.

  • Menyediakan Kertas Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah dalam tempoh 6 bulan.

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Wilayah 3 kali setahun.

 

 

FUNGSI-FUNGSI UNIT

  1. Unit Urusetia Jawatankuasa Perancang Wilayah
    1. Menjalankan tugas-tugas Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah, Pewartaan Wilayah Berkenaan dan Keahlian JPW oleh Menteri Dalam Bidang Perancangan Bandar dan Desa
    2. Menjalankan tugas-tugas Keurusetiaan Jawatankuasa Perancang Wilayah

    3. Menyelaras Polisi, Garis Panduan dan Penggunaan Tanah di Kawasan Sempadan

    4. Membantu Mewujudkan Proses dan Tatacara Yang Seragam untuk Digunakan Oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta PBPT Bagi Wilayah Berkenaan.

  2. Unit Rancangan Wilayah
    1. Menfokuskan penyelarasan pengurusan pertumbuhan dan memerlukan kerjasama atau perundingan antara pihak-pihak berkepentingan Diluluskan oleh MPFN atau JPW

    2. Membangunkan Pengkalan Data Untuk Kegunaan Perancangan Dan Pembangunan Wilayah

    3. Menyediakan Rancangan Wilayah Yang Komprehensif Untuk Memandu Dan Menyelaras Pembangunan Wilayah Berkenaan (Mengikut Peruntukan Perenggan 6A(5)(b) Akta 172) ;

    4. Dokumen perancangan yang tidak diwartakan tetapi boleh menjadi panduan perancangan kepada pihak kerajaan persekutuan, PBN dan PBT berkaitan

  3. Unit Projek Berkepentingan Nasional
    1. Melaksanakan Tugas Perancangan dan Pemantauan Untuk Projek-projek Berkepentingan Nasional dan Memberi khidmat nasihat perancangan wilayah merentasi sempadan antarabangsa.

    2. Menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal berkaitan perancangan wilayah subjek kepada pihak-pihak yang memerlukan; dan

    3. Melaksanakan tugas perancangan melibatkan penyediaan pelan induk yang merupakan Rancangan Wilayah Subjek untuk Kajian Projek-Projek Berkepentingan Nasional;

 

 

 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt