Bahagian Rancangan Pembangunan

 Pengenalan 

Selaras dengan penstrukturan semula organisasi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) pada tahun 2008, Jabatan ini telah dibahagikan kepada lapan (8) bahagian iaitu Bahagian Rancangan Pembangunan, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Bahagian Perancangan Wilayah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Korporat.

Bahagian Rancangan Pembangunan (BRP)  terbahagi kepada empat (4) pejabat projek dan satu (1) unit iaitu;

  • Pejabat Projek Zon Utara meliputi Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,
  • Pejabat Projek Zon Tengah meliputi Negeri Selangor dan Perak,
  • Pejabat Projek Zon Selatan meliputi Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor,
  • Pejabat Projek Zon Timur meliputi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan,
  • Unit Penyelarasan Projek.

Pejabat Projek Zon Utara terletak di Alor Setar, Kedah, Pejabat Projek Zon Selatan terletak di Ayer Keroh, Melaka, Pejabat Projek Zon Timur pula terletak di Kuala Terengganu manakala Pejabat Projek Zon Tengah dan Unit Penyelarasan Projek ditempatkan bersama Bahagian-Bahagian lain di Putrajaya. Dengan terlaksananya penstrukturan tersebut, BRP ditempatkan di bawah pengurusan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).

Cetak