Unit Integriti

PENGENALAN

Unit Integriti ditubuhkan pada 6 Januari 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 iaitu Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam. Unit ini beperanan untuk memastikan warga PLANMalaysia mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Penubuhan Unit Integriti juga adalah sebagai langkah dalam membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan warga PLANMalaysia. Ianya bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh PLANMalaysia.

OBJEKTIF UNIT:

Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh supaya dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

 

FUNGSI UNIT:

Unit Integriti diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dipecahkan kepada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Pengesanan dan Pengesahan Salah Laku Tatatertib dan Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus dan Pemantauan. Fungsi seksyen adalah seperti berikut:

Seksyen Pengesanan dan Pengesahan Salah Laku Tatatertib:

  1. Menjalankan tindakan Pengesanan dan Pengesahan Salah Laku Tatatertib;
  2. Menjalankan tindakan Pengesanan dan Pengesahan Salah Laku Jenayah;
  3. Menjalankan prosedur tindakan tatatertib biasa (am);
  4. Menjalankan prosedur tindakan tidak hadir bertugas dan dapat dikesan;
  5. Menjalankan prosedur tindakan tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan;
  6. Menjalankan prosedur tindakan meminda sijil cuti sakit atau mengemukakan sijil cuti sakit palsu;
  7. Menjalankan prosedur tindakan tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja);
  8. Menjalankan prosedur tindakan tatatertib pegawai yang terlibat dengan kes jenayah;
  9. Menjalankan prosedur tindakan tatatertib pegawai yang terlibat dengan kes dadah (perakuan pegawai perubatan kerajaan); dan
  10. Menjalankan prosedur penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus dan Pemantauan:

  1. Mengenal pasti dan merangka program pengukuhan integriti;
  2. Penganjuran program pengukuhan integriti;
  3. Hebahan bahan-bahan sebaran cetakan / eletronik;
  4. Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Maklumat;
  5. Menjalankan Pengurusan Aduan;
  6. Menjalankan Naziran Integriti secara Berjadual;
  7. Menjalankan Naziran Integriti susulan Laporan Audit Negara / Laporan Audit Dalam KPKT;
  8. Menjalankan Naziran Integriti Secara Mengejut;
  9. Menjalankan Kajian Penarafan Risiko;
  10. Menjalankan Soal Selidik Integriti;
  11. Menyediakan Laporan Berkala SPRM; dan
  12. Menyelaras Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT:

  1. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) -Tiga (3) kali setahun
  2. Menyelesaikan Kes Tatatertib Biasa Dalam Tempoh -Tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh surat pertuduhan dikeluarkaniii.
  3. Melaksanakan Naziran Integriti di enam (6) Bahagian/Unit/Seksyen - satu(1) kali setahun

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt