• Laman Utama
  • Berita
  • PEMAKLUMAN PEMBATALAN PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN, SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 BAGI TAHUN 2020

PEMAKLUMAN PEMBATALAN PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN, SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 BAGI TAHUN 2020

PEMAKLUMAN PEMBATALAN PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN, SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 BAGI TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan ini rujukan JPBD(IP) 185/666 Jld.14 (16) bertarikh 11 Mac 2020 dan hebahan pemakluman penangguhan peperiksaan bagi Siri 1 Tahun 2020 pada 26 Mac 2020.

Seperti mana pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri di Malaysia termasuk Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam usaha untuk menangani wabak pandemik COVID-19 yang kini semakin meningkat.

Selaras dengan keputusan kerajaan ini, Peperiksaan Subjek Jabatan bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29 yang telah ditangguhkan pada bulan April 2020 yang lalu dan dijadualkan akan diadakan semula pada bulan Oktober 2020 adalah DIBATALKAN.

Pelaksanaan Peperiksaan Subjek Jabatan ini hanya akan dilaksanakan pada tahun 2021 dan calon - calon yang telah memohon bagi peperiksaan ini dimohon untuk mengemukakan semula permohonan pada siri yang akan datang. Sebarang pemakluman mengenai tarikh baharu peperiksaan yang dilaksanakan pada tahun 2021 akan dimaklumkan melalui surat rasmi.

Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih jua.

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN

PLANMALAYSIA (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA)

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt