ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT PAHANG 2040 (PENGGANTIAN)

Aug 27, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT PAHANG 2040 (PENGGANTIAN)Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Menurut peruntukan di bawah subseksyen 16(1) Akta 172, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan pada bila-bila masa boleh membuat cadangan pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu Rancangan Tempatan.Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) ini disediakan untuk Majlis Daerah Jerantut dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) dan Pejabat Projek Zon Timur bagi menggantikan RT Daerah Jerantut 2020 yang telah tamat tempoh perancangannya.Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) ini akan berlangsung selama satu (1) bulan bermula 1 September hingga 30 September 2026. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RT Daerah Jerantut, Pahang 2040 ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Berikut merupakan lokasi pameran dan pemeriksaan laporan :            Tarikh                        :           1 September 2026 hingga 30 September 2026            Hari dan Masa          :           Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 4.30 petang)            Lokasi Pemeriksaan :          - Lobi Majlis Daerah Jerantut                                                        - Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut  - Tingkat 4, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  Negeri  Pahang (PLANMalaysia Pahang)                                                       Sekiranya anda mempunyai pandangan, cadangan atau maklumbalas terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut, Pahang 2040 (Penggantian) anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas yang disediakan dan mengembalikan semula kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.Berikut merupakan Laporan dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan. BIL PERKARA MUAT TURUN 1. Laporan i. Laporan Jilid I Ii. Laporan Jilid II iii. Laporan Jilid III Muat Turun Muat Turun Muat Turun 2. Ringkasan Eksekutif  Muat Turun 3. Aturcara Muat Turun 4. Poster Muat Turun 5. Risalah  Muat Turun 6. Borang Bantahan Muat Turun 7. Banner - Perasmian Muat Turun 8. Banner - Publisiti Muat Turun 9. Bunting - Publisiti Muat Turun 10. Panel Muat Turun 11. Booklet A2 Muat Turun ...

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN DRAF AKHIR

Aug 12, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN DRAF AKHIR10 OGOS 2026 (ISNIN) – 9 SEPTEMBER 2026 (RABU)9.00 PAGI – 4.00 PETANG Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) (RSNPP2040) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Draf Akhir. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti sebelum Draf RSNPP2040 ini diwartakan.  Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama satu (1) bulan bermula pada 10 Ogos 2026 hingga 9 September 2026. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Draf Akhir yang telah disediakan di lokasi-lokasi berikut:Lokasi Tetap:1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang)Ruang Legar Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10000 George Town, Pulau Pinang2. Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)Ruang Legar Aras 3, 10000 George Town, Pulau Pinang3. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)Ruang Lobi, Menara Bandaraya, Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang4. Ruang Legar Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah & Seberang Perai Selatan, Pulau PinangSemakan dalam talian:1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)2. Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pulau PinangBerikut merupakan Laporan Draf Akhir dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan. BILPERKARAMUAT TURUN1.Laporan Draf Akhir Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula)Muat Turun2.Ringkasan EksekutifMuat Turun3.Flip Folio Muat Turun4.StreamerMuat Turun5.BannerMuat Turun6.RisalahMuat Turun7.FlyersMuat Turun8.PopupMuat Turun9.Borang Bantahan (Untuk Cetakan)Muat Turun10.Borang Bantahan (Online)Muat Turun11.Notis Akhbar (BM & BI)Muat Turun   ...

DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Jul 29, 2026 -PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA) Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) ialah dokumen perancangan pembangunan yang menetapkan hala tuju dan dasar pembangunan Negeri Pahang sehingga tahun 2040. Dokumen ini telah digubal sebagai dokumen perancangan strategik bagi memandu pembangunan negeri secara terancang, seimbang dan berdaya tahan selaras dengan misi iaitu ‘Pahang 1st: Menuju Negeri Makmur dan Lestari 2040’ dan matlamat sebagai ‘Pahang sebagai Negeri Maju, Makmur dan Berdaya Tahan Berteraskan Kemampanan Ekonomi, Kelestarian Alam Sekitar dan Kesejahteraan Sosial serta Pembangunan Inklusif Menjelang 2040’. Sebanyak 5 Fokus Pembangunan, 31 Aspirasi / Dasar, 84 Tindakan dan 209 Inisiatif Pelaksanaan telah diterjemahkan untuk dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan.Selaras dengan keperluan subseksyen 9(2) dan 9(3), Akta 172, sebelum Draf RSN Pahang 2040 (Kajian Semula) diluluskan  untuk diwartakan, ia perlu dipamerkan kepada orang awam dan pertubuhan melalui Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan bermula pada 3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 2 September 2026 (Rabu) selama sebulan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen tersebut di lokasi-lokasi pameran tetap atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Bantahan Awam sebelum atau pada 2 September 2026 melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian sepertimana berikut :- Lokasi Semakan Tetap (Waktu Pejabat) : Lobi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang), Tingkat 4, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Lobi Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang Lobi di semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang  Semakan Dalam Talian : Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)  Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Rancangan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) di talian 09-572 1181. Sila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan. BIL PERKARA DOKUMEN 1. Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) Muat Turun 2. Ringkasan Eksekutif Muat Turun 3 Panel Pameran (Keseluruhan) Muat Turun 4. Panel Pameran (Ringkasan) Muat Turun 5. Risalah Muat Turun 6. Poster Muat Turun 7. Banner Muat Turun 8. Bunting Muat Turun 9. Borang Bantahan Awam(Dalam Talian) Muat Turun 10. Borang Bantahan Awam Muat Turun 11. Notis Akhbar (BM dan BI) Muat Turun ...

DRAF RANCANGAN STRUKTUR (RS) NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

Jul 20, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN STRUKTUR (RS) NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)Draf Rancangan Struktur (RS) Negeri Perak 2040 (Kajian Semula)  telah disediakan dan dipamerkan kepada orang awam selama tempoh satu (1) bulan bermula pada 20 Julai 2026 sehingga 19 Ogos 2026. Draf RS Perak 2040 (Kajian Semula) mengandungi pernyataan  bertulis dan gambar rajah utama yang merumuskan hala tuju pembangunan negeri, dasar dan cadangan berkenaan pemajuan serta penggunaan tanah termasuk tindakan yang merangkumi perkara berikut:i. Memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal;ii. Memperelok perhubungan; iii. Menguruskan lalu lintas;iv. Memperelok kesejahteraan sosio-ekonomi;v. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi; danvi. Memudahkan pemajuan yang mampan Selaras dengan seksyen 9 Akta 172, program publisiti ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan representasi dan bantahan daripada mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, pihak swasta, wakil penduduk, komuniti tempatan atau orang perseorangan. Semakan Tetap (Hari Isnin – Jumaat, jam 8.30 pagi – 4.30 petang):1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri PerakLobi Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak;2. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30646 Ipoh, Perak;3. 15 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak; dan4. Pejabat Projek Zon TengahJabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)Aras 4, Blok F5, Kompleks F, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675, Putrajaya Semakan Dalam Talian :1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)2. Dashboard Bahan Publisiti dan Borang Maklumbalas boleh didapati melalui pautan berikut:-BILPERKARADOKUMEN1.LaporanMuat Turun2.FolioMuat Turun3. Roll Up Banner Muat Turun4.Pop Up BannerMuat Turun5.Borang Publisiti Dan Penyertaan AwamMuat Turun6.Ringkasan EksekutifMuat Turun7. Sepanduk Digital Hebahan (Paparan LED)Muat Turun...

LAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 2040

Jun 10, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMLAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 2040 Draf RSN Sembilan dipamerkan kepada orang awam selama tempoh satu (1) bulan bermula dari tarikh notis akhbar disiarkan. Pengarah PLANMalaysia Negeri bertanggungjawab memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172Penyediaan Laporan Publisiti dan Bantahan (LPB) akan dibuat selepas tamat tempoh publisiti DRSN. Penyediaan laporan ini penting bagi tujuan penambahbaikan DRSN dan seterusnya menjadi asas bagi membentuk dasar strategik pembangunan Negeri Sembilan di peringkat Rancangan Struktur.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap DRAF RSN Negeri Sembilan 2040 di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas sebelum 3 Julai 2026 melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf  Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 ini akan diadakan di:- Semakan Dokumen Secara FIzikal:Lokasi Semakan1.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Negeri Sembilan (PLANMalaysia   Negeri Sembilan)2. Di Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Sembilan.Waktu Semakan:Tarikh:4 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026 (Hari Bekerja)Hari dan Masa SemakanIsnin - Jumaat9.00 pagi hingga 4.00 petangSemakan secara atas talian juga boleh dibuat bermula daripada 4 Jun 2026 hingga 3 Julai 2026 seperti di laman sesawang berikut :- 1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)2. Laman Web PLANMalaysia Negeri Sembilan Bahan Publisiti dan Borang Maklumbalas Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 boleh didapati melalui pautan berikut:-BilPerkaraDokumen1.Dokumen Draf RS Negeri Sembilan Muat Turun2.Ringkasan Eksekutif Draf RS Negeri Sembilan 2040 (BM)Muat Turun3.Ringkasan Eksekutif Draf RS Negeri Sembilan 2040 (BI)Muat Turun4.Banner WebMuat Turun5.RisalahMuat Turun6.Borang Bantahan Muat Turun7.Borang Bantahan (online)Muat TurunSebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:-Pengarah PLANMalaysia Negeri SembilanTingkat 3, Blok A, Wisma Negeri70646 Seremban, Negeri Sembilan06 765 971306-764 5622Faks : 06-764 5622E-mel: jpbdns@ns.gov.my...

PROGRAM PUBLISTI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS) HS PANTI-HS ULU SEDILI (J-PL2), JOHOR DARUL TA’ZIM

May 17, 2026 -PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS) HS PANTI-HS ULU SEDILI (J-PL2), JOHOR DARUL TA'ZIM 30 APRIL 2026 (KHAMIS) SEHINGGA 30 MEI 2026 (SABTU)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Selatan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia / Jabatan Perhutanan Negeri Johor, PLANMalaysia Johor dan Majlis Daerah Kota Tinggi sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Panti-HS Ulu Sedili (J-PL2), Johor Darul Ta'zim. Program Publisiti Awal ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Panti-HS Ulu Sedili (J-PL2), Johor Darul Ta'zim diadakan untuk memaklumkan kepada penduduk setempat dan pihak berkepentingan berkenaan kajian ini. Program ini adalah bagi memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk memberikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti yang dijalankan dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan. Kami mengalu-alukan penyertaan YBhg. Dato'/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja. Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti Awal dan Borang Soal Selidik melalui pautan berikut: Bil Perkara Dokumen 1. Banner dan poster Muat Turun 2. Kod QR dan link Borang Soal Selidik Muat Turun Sebarang pertanyaan sila hubungi: Jabatan Perhutanan Negeri Johor Mohd Fariz Bin Abd Rhani 07-266 7433 Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)  Muhammad Shaifuddin bin Abdullah | Siti Hamnah binti Hamid 06-234 5353 samb.177 | 06-234 5353 samb.131...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH DUNGUN 2035 (PENGUBAHAN 2)

May 06, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH DUNGUN 2035 (PENGUBAHAN 2)Dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13, Akta Perancangan  Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2035  (Pengubahan 2) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 1 Mei 2026 sehingga  30 Mei 2026. Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja bermula dari jam 9.00 pagi sehingga  4.00 petang di lokasi berikut :- 1. Majlis Perbandaran Dungun;  2. PLANMalaysia Terengganu; dan  3. Pejabat Daerah dan Tanah Dungun. Berikut merupakan bahan publisiti yang boleh dirujuk dan disemak :  BIL PERKARA MUAT TURUN 1. Risalah  Muat Turun 2. Laporan RT Daerah Dungun 2035 (Pengubahan 2)  Muat Turun 3. Kain Rentang Dan Bunting  Muat Turun 4. Folder Cadangan A3  Muat Turun 5. Borang Maklum Balas Muat Turun ...

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

May 04, 2026 -PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI (RE) CENTRAL FOREST SPINE (CFS)HS RAJA MUSA - HS BUKIT TAREK - HS GADING (B-SL1) SELANGOR DARUL EHSAN5 MEI 2026 (SELASA) SEHINGGA 5 JUN 2026 (JUMAAT)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Tengah Bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia / Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta PLANMalaysia Selangor sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading (B-SL1), Selangor Darul Ehsan. Program Publisiti Awal ini  adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Gading (B-SL1), Selangor Darul Ehsan diadakan untuk memaklumkan kepada penduduk setempat dan pihak berkepentingan berkenaan kajian ini. Program ini adalah bagi memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk memberikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti yang dijalankan dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan.Kami mengalu-alukan penyertaan YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja. Sebarang pertanyaan sila hubungi : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, P.P.T.  |  Mohd Idrus bin Mahmud Jamili03-6064 1331 samb. 125  |  03-6064 1331 sambungan 292 Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT)(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)Norhasrin binti Abdullah  |  Mastura binti Zuber03-8091 0198  |  03-8091 0351 BILPERKARADOKUMEN1.Poster & Kod QR Borang Soal SelidikMuat Turun2.Link Borang Soal Selidik (Awam)Muat Turun3.Link Borang Soal Selidik (Agensi)Muat Turun 4.Video Penerangan Publisiti Awal Muat Turun...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PUSAT BANDAR KAJANG

Jan 13, 2026 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PUSAT BANDAR KAJANG14 Januari 2026 (Rabu) – 13 Februari 2026 (Jumaat)Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui perunding yang dilantik iaitu Iktisas Planner Sdn. Bhd. Sehubungan itu, Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 14 Januari hingga 13 Februari 2026. Program ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk terlibat secara langsung dalam proses perancangan sebelum Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang diadakan: Tarikh : 14 Januari 2026 – 13 Februari 2026 Hari dan Masa : Isnin – Jumaat  9.00 pagi – 4.00 petang Lokasi Semakan Tetap: i. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) iii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Putrajaya Semakan Dokumen Secara Atas Talian: i. Dashboard RKK Pusat Bandar Kajang: https://portaldev.planmalaysia.gov.my/portal/apps/storymaps/collections/67171e4e5b 8346618389a4d0fcf4c105 ii. Laman Web Majlis Perbandaran Kajang: https://www.mpkj.gov.my/index.php/ms/ Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang adalah dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut. Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:SENARAI BAHAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PUSAT BANDAR KAJANG  Bil. Portal ePublisiti 2.0 Pautan Dokumen1.Laporan Draf RKK Pusat Bandar KajangMuat turun2.Ringkasan Eksekutif (Dwibahasa) Muat turun3.Brochure Muat turun4.Bunting Muat turun5.Banner Muat turun6.Pop Up Muat turun7.Roll Up Muat turun8.Web Banner Muat turun9.Billboard LED Muat turun10.E-Book Muat turun11.Borang Bantahan dan Maklum  Balas AwamMuat turun12.Dashboard Muat turun...

NOTIS PUBLISITI AWAL: PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)

Dec 30, 2025 -NOTIS PUBLISITI AWAL: PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)SUARA ANDA, MASA HADAPAN MANJUNG: SERTAI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama PLANMalaysia kini sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2040 (Penggantian). Walaupun kajian ini dijadualkan bermula pada April 2026, kami ingin mendengar "Suara Awal" anda sekarang!Mengapa Pandangan Anda Diperlukan Sekarang? Selaras dengan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], kami ingin mendengar "Pandangan Awal" anda sebelum kajian bermula sepenuhnya pada April 2026. Ini adalah peluang keemasan untuk anda menentukan hala tuju pembangunan daerah kita! Ketahui hak anda. Saksikan video ringkas tentang apa itu Rancangan Tempatan di sini:  Video:  ‘Apa Itu RT’  Kami Ingin Tahu Pandangan Anda Tentang:Isu Kemudahan: Jalan raya, bekalan air, elektrik, dan internet.Kesejahteraan: Peluang kerja, rumah mampu milik, dan keselamatan.Alam Sekitar: Masalah sosial, kebersihan, dan pemeliharaan alam. Klik pautan untuk berkongsi "hasrat dan harapan" anda: Soal Selidik Pandangan Awam Data anda adalah SULIT dan hanya untuk kegunaan kajian ini sahaja.Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:Majlis Perbandaran Daerah Manjung (MPM)Email: perancang@mpm.gov.my | Tel: 05-6898800Pejabat Projek Zon Tengah(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)Email: urp1.ppzt@gmail.com | Tel: 03-80910198 "Bersama Kita Merancang Manjung Masa Hadapan yang Inklusif dan Mampan!"#Manjung2040 #PLANMalaysia #MajlisPerbandaranManjung #PerancanganBandar #SuaraWargaManjung #ManjungMampan...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti