ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Laporan Pemeriksaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula)

Nov 09, 2022 -RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) disediakan mengikut peruntukan perundangan di bawah Seksyen 11A , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dokumen ini sangat penting dalam memandu dan mengawal pembangunan fizikal di peringkat negeri sebagaimana peruntukan Seksyen 8, Akta 172.Keperluan penyediaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) ini adalah berdasarkan kepada tiga (3) perkara berikut;I. Menggantikan RSN Terengganu 2020 yang telah diwartakan pada 1 Februari 2007 dengan no warta (No. Warta: No. 51, Jld. 60, No.3);II. Keperluan kepada perubahan dasar di peringkat negeri dan negara; danIII. Perubahan pada corak guna tanah semasa hasil daripada pembangunan mega kerajaan negeri, pembangunan komited serta tren tumpuan pembangunan semasa.Terdapat empat peringkat peringkat utama kajian RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) iaitu :I. MobilisasiII. Laporan Pemeriksaan Dan Penyertaan AwamIII. Draf Kajian Semula Rancangan StrukturIV. Kelulusan Dan Pewartaan Kajian Semula Rancangan StrukturPeringkat semasa ialah peringkat ke-4 iaitu penyediaan Laporan Pemeriksaan dan Publisiti Awam. Laporan Pemeriksaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) akan mula dipamerkan kepada orang awam bermula pada 1 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.BannerMuat-Turun2.BantahanMuat-Turun3.PublisitiMuat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.LaporanMuat-Turun6.FlyersMuat-Turun...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF PENGUBAHAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KUALA TERENGGANU, KUALA NERUS, KEMAMAN, DUNGUN, MARANG DAN HULU TERENGGANU.

Nov 09, 2022 -Sukacita dimaklumkan bahawa PLANMalaysia Negeri Terengganu (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu) dengan kerjasama 5 PBT telah menyiapkan Draf Pengubahan Rancangan Tempatan dan sedia untuk dipamerkan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklum balas awam. Pameran bermula pada 15 Ogos sehingga 15 September 2022 yang diadakan di 7 lokasi tetap seperti berikut :-1) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu2) Majlis Perbandaran Kemaman3) Majlis Perbandaran Dungun4) Majlis Daerah Marang5) Majlis Daerah Hulu Terengganu6) PLANMalaysia Negeri Terengganu7) Wisma Darul Iman Bahan publisiti dan Borang Bantahan boleh didapati melalui link berikut :- BILPERKARADOKUMEN1.Borang Bantahan RTD PENGUBAHANMuat-Turun2.RT PENGUBAHAN DUNGUNMuat-Turun3.RT PENGUBAHAN HULU TERENGGANUMuat-Turun4.RT PENGUBAHAN KEMAMANMuat-Turun5.RT PENGUBAHAN KUALA NERUSMuat-Turun6.RT PENGUBAHAN KUALA TERENGGANUMuat-Turun7.RT PENGUBAHAN MARANGMuat-Turun8.Banner 8×4Muat-Turun9.Banner 2×6Muat-Turun...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SETIU 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 09, 2022 -PADA 11 SEPTEMBER 2022 – 11 OKTOBER 2022 Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Setiu 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Setiu untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Setiu 2003 – 2015 dan RT Daerah Setiu 2020 (Penggubahan).Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (11 September 2022 – 11 Oktober 2022) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di Daerah Setiu yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 11 Oktober 2022 melalui Portal ePublisiti http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti atau borang maklum balas yang boleh didapati disemua lokasi pameran.Borang Bantahan secara online sebagaimana berikut :-https://forms.gle/7Wyu23D2rPYX8CZn9 Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :- BILPERKARADOKUMEN1.Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (Penggantian)  Jilid IMuat-Turun Jilid IIMuat-Turun Jilid IIIMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (RE)Muat-Turun3.Borang Maklum BalasMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.Peta CadanganMuat-Turun6.Folio RTD Setiu 2035Muat-Turun7.BannerMuat-Turun8.BantingMuat-Turun9.Panel PameranMuat-Turun10.RisalahMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu 2010-2020

Nov 09, 2022 - Laporan Draf RT Bandar Baharu merupakan satu dokumen perancangan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot bagi seluruh Daerah Bandar Baharu bagi jangkamasa 2010-2020. Draf RT daerah Bandar Baharu disediakan mengikut Seksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penyediaan Draf RT Daerah Bandar Baharu telah melalui beberapa peringkat kajian dan telah dibentangkan pada beberapa mesyuarat penyelaras Pasukan Kajian dan Teknikal serta melalui rundingan dan kolaborasi antara agensi pelaksana peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Draf RT Daerah Bandar Baharu akan dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isikandungannya (Seksyen 13(1)). Draf RT Daerah Bandar Baharu ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kedah (Seksyen 15) dan akan menggantikan semula Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu di bawah peruntukan Akta 172.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Laporan Draf RT Bandar Baharu Jilid 1 dan Jilid 2 Muat-Turun 2. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 3. Poster Muat-Turun 4. Pamplet Muat-Turun 5. Streamer Muat-Turun 6. Notis Akhbar Muat-Turun 7. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2035

Nov 09, 2022 - Penyediaan RT Daerah Kulim 2035 adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172). RT Daerah Kulim terdahulu disediakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada tahun 2011 didapati tidak selaras dengan pembangunan semasa Daerah Kulim. Penggantian Rancangan Tempatan ini diperlukan sebagai asas dan panduan kepada perancangan pembangunan masa hadapan bagi Daerah Kulim yang pesat membangun.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya.   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Banner Perasmian Muat-Turun 2. Borang Bantahan & Representasi Muat-Turun 3. Features Article Muat-Turun 4. Poster Muat-Turun 5. Publisiti RTD Muat-Turun 6. Risalah RTD Muat-Turun 7. Streamer RTD Muat-Turun 8. Streamer Perasmian RTD Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Dawai

Nov 09, 2022 - Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Poster Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Risalah Depan Muat-Turun 4. Risalah Belakang Muat-Turun 5. streamer Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 - Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah ini mengandungi petikan daripada Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada laporan Draf Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035. Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda mengandungi:   Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Kedah dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Guna Tanah. Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor pembangunan tertentu. Pelan Sisipan menunjukkan pelbagai cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek secara lebih terperinci melalui gambaran perspektif, ilustrasi, keluasan, lokasi dan sebagainya. Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot. Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah utama dan bangunan yang dibenarkan, gunatanah lain yang dibenarkan dengan syarat dan di setiap zon guna tanah yang ditunjukkan di atas Peta Cadangan Kegunaan Tanah. Jadual ini disediakan mengikut Syit Peta Indeks Jabatan Ukur   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Laporan Jilid 1 Muat-Turun 2. Laporan Jilid 2 Muat-Turun 3. Laporan Jilid 3 Muat-Turun 4. Ringkasan Eksekutif (Malay Version) Muat-Turun 5. Ringkasan Eksekutif (English Version) Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun 7. Streamer Muat-Turun 8. Risalah Muat-Turun 9. Banner Muat-Turun   ...

Laporan Tinjauan Rancangan Pemajuan Labuan 2040

Nov 09, 2022 - Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Laporan Tinjauan RP Labuan 2040 Muat-Turun 2. Panel Pameran 1 Muat-Turun 3. Panel Pameran 2 Muat-Turun 4. Panel Pameran 3 Muat-Turun 5. Panel Pameran 4 Muat-Turun 6. Panel Pameran 5 Muat-Turun 7. Panel Pameran 6 Muat-Turun 8. Panel Pameran 7 Muat-Turun 9. Panel Pameran 8 Muat-Turun 10. Banner Muat-Turun 11. Borang Bantahan Online Muat-Turun   ...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RKK KOTA RAJA – PAUH PUTRA

Nov 09, 2022 - Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Kota Raja – Pauh Putra telah disediakan oleh pihak Pejabat Projek Zon Utara dengan kerjasama PLANMalaysia@Perlis (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis) dan Majlis Perbandaran Kangar melalui perunding yang telah dilantik iaitu CMIPlanners Sdn. Bhd. Berdasarkan peruntukkan Seksyen 13 (1) Akta 172, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Kota Raja – Pauh Putra yang telah disediakan perlu dipamerkan untuk semakan awam. Program Publisiti akan diadakan selama satu bulan bermula pada 9 Ogos hingga 8 September 2022. Berikut merupaka lokasi bagi pameran tetap dan bergerak sepanjang tempoh program publisiti dan penyertaan awam diadakan:   Lokasi Pameran Tetap : Tarikh : 9 Ogos – 8 September 2022 Hari   : Isnin – Jumaat Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang Lobi Majlis Perbandaran Kangar Lobi Majlis Perbandaran Kangar, Cawangan Arau Pejabat PlanMalaysia@Perlis   Lokasi Pameran Bergerak : Hari   : Isnin – Jumaat Masa : 11.00 pagi – 5.00 petang 1.      Anjung Siswa, UiTM Perlis, Kampus Arau Tarikh : 9 Ogos – 12 Ogos 2022 2.      Masjid Negeri, Arau Tarikh : 15 Ogos – 19 Ogos 2022 3.      Masjid Al-Mursyid, Pauh Tarikh : 22 Ogos – 26 Ogos 2022 4.      Kolej Kediaman Tunku Tengku Putra, UniMAP Tarikh : 29 Ogos – 2 September 2022 5.      Kompleks Tok Arau (Pasaraya C-Mart) Tarikh : 5 September – 8 September 2022   Orang ramai dijemput hadir  ke lokasi-lokasi yang ditetapkan bagi membuat semakan Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Kota Raja – Pauh Putra serta mengemukakan maklumbalas, cadangan atau bantahan. Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :   BIL PERKARA DOKUMEN 1. LAPORAN DRAF RKK KOTA RAJA PAUH PUTRA Muat-Turun 2. LAPORAN EKSEKUTIF RKK KOTA RAJA – PAUH PUTRA (BI) Muat-Turun 3. LAPORAN EKSEKUTIF RKK KOTA RAJA – PAUH PUTRA (BM) Muat-Turun 4. BROSUR Muat-Turun 5. PANEL PAMERAN Muat-Turun 6. NOTIS AKHBAR Muat-Turun 7. BANNER Muat-Turun 8. POSTER Muat-Turun 9. STREAMER SELAMAT DATANG Muat-Turun 10. STREAMER Muat-Turun 11. BANTAHAN AWAM ONLINE_GOOGLEFORM Muat-Turun 12. BORANG BANTAHAN AWAM Muat-Turun   ...

Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian)

Nov 09, 2022 -Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2020 yang telah diwartakan pada 20 Disember 2012 melalui Warta Kerajaan Negeri No. 2079 dan telah tamat tempoh perancangannya.Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I : Pernyataan Bertulis, Hala Tuju & Strategi PembangunanJilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan PembangunanJilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan ProjekProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 17 Oktober – 30 November 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Jajahan Pasir Puteh yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 30 November 2021.Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Draf Laporan RTJPP Jilid 1Muat-Turun2.Draf Laporan RTJPP Jilid 2Muat-Turun3.Draf Laporan RTJPP Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.Panel PameranMuat-Turun6.Feature ArticleMuat-Turun7.Risalah ProgramMuat-Turun8.Borang MaklumbalasMuat-Turun9.BannerMuat-Turun10.BuntingMuat-Turun11.Notis AkhbarMuat-Turun12.PosterMuat-Turun13.Borang Bantahan (Online)Muat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti