ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Tanah Merah 2020

Nov 09, 2022 -Jajahan Tanah Merah ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Nama Tanah Merah diambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di Bandar Tanah Merah pada suatu ketika dahulu. Menurut sejarah, nama Tanah Merah ini dinamakan oleh penduduk Kusial Baru. Tanah yang dimaksudkan ialah sejenis tanah laterit yang memanjang di tepi tebing Sungai Kelantan yang terletak di Kampung To’ Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan Kampung Kusial Baru. Penduduk dari kampong To’ Cho Bor dan Kampung Kusial Bharu telah membuka satu perkampungan berhampiran Bukit Remah di mana tanah di kawasan tersebut adalah kemerah-merahan. Setelah tanah ini diterokai lalu ia dinamakan dengan Tanah Merah. Jajahan ini juga disempadani Negara Thailand (Buketa) di bahagian Barat Laut yang merupakan pintu masuk ketiga utama ke Negeri Kelantan. Jajahan ini juga dihubungkan dengan sistem perhubungan yang baik iaitu Jalan Machang – Jeli dan Jalan Kuala Krai – Tanah Merah.Rancangan Tempatan Jajahan (RTJ) Tanah Merah ini disediakan bagi tujuan menterjemahkan Rancangan Struktur Negeri Kelantan, 2020 yang telah diwartakan pada 1 Januari 2009 dan merupakan lanjutan dari Rancangan Tempatan Tanah Merah, 1999 – 2010 yang telah diwartakan pada 27 Mac 2003 dan akan digunapakai sehingga tahun 2013 (tempoh lanjutan dari tahun 2010). Rancangan Tempatan ini akan menjadi alat dalam memandu dan merancang pembangunan Jajahan Tanah Merah sehingga Tahun 2020 selaras dengan senario, trend pembangunan, kedudukan dan peranan Jajahan Tanah Merah di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Negeri Kelantan.Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah melibatkan keseluruhan Jajahan Tanah Merah dengan keluasan 86,760 hektar yang merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Kusial, Ulu Kusial dan Jedok yang melibatkan 15 mukim dan menampung penduduk seramai 116,182 orang pada tahun 2010. Tahun 2010 telah mencatatkan keluasan tanah pertanian seluas 52,414.23 hektar dan diikuti oleh gunatanah perhutanan seluas 27,007 hektar. Bandar Tanah Merah merupakan Pusat Pertumbuhan Utama bagi Jajahan Tanah Merah yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan bagi kawasan Jajahan Tanah Merah. Selain Bandar Tanah Merah, pusat-pusat pertumbuhan utama lain adalah seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Gual Ipoh, Kusial Baru, Kuala Tiga, Bukit Panau dan Bukit Mas yang berfungsi sebagai pusat perdagangan bagi keperluan tempatan.Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah ini mempunyai wawasan untuk “membolehkan dan menjadikan Jajahan Tanah Merah sebagai kawasan penempatan yang kondusif serta disokong oleh pembangunan ekonomi yang berdaya saing, peningkatan kualiti hidup yang mampan dan pengurusan sumber jaya yang cekap menjelang tahun 2020”. Konsep Pembangunan Seimbang dan Bersepadu telah dirangka sebagai asas kepada peta cadangan gunatanah yang menunjukkan jenis kegunaan tanah bagi seluruh lot tanah di Jajahan Tanah Merah sehingga tahun 2020.Tumpuan PembangunanZon keutamaan pembangunan yang melibatkan pusat pertumbuhan utama iaitu Bandar Tanah Merah sebagai pusat pentadbiran, perniagaan dan kediaman (domitori) menjelang tahun 2020, di samping pusat petempatan kecil yang lain seperti pekan Gual Ipoh, Batu Gajah, Batang Merbau, Kusial Baru, Kuala Tiga dan Bukit Panau sebagai pusat perbandaran sokongan.Bandar Bukit Bunga sebagai Bandar pelancongan sempadan selaras dengan wawasan menjadikan Bukit Bunga sebagai Pekan Membeli belah dan “Pintu Masuk” Sempadan.Cadangan pembangunan utama di Bandar Tanah Merah melibatkan cadangan seperti Merah Walk, Tanah Merah Central, Merah Riverfront, Merah Square, Taman Bandar, Taman Rekreasi Maka, Padang MDTM, Taman Istana, Taman Bentara dan lain-lain.Pembangunan kawasan perindustrian terancang di Tanah Merah dan Batang Merbau serta penempatan semula industry sedia ada di akwasan Bandar Tanah Merah mengikut kesesuaian kluster seperti kluster perkayuan, burung walit, bahan binaan, IKS dan perkhidmatan.Cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Tanah Merah yang menggabungkan stesen keretapi, stesen bas dan stesen teksi di satu tempat yang strategik di dalam Bandar di samping cadangan lintasan keretapi tidak searas yang menjadi laluan alternatif.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan Pameran PerasmianMuat-Turun3.Bahan PameranMuat-Turun4.ArtikelMuat-Turun5.RisalahMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020

Nov 09, 2022 -Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 227, 670 hektar meliputi tiga buah daerah yang ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu majlis Daerah Kuala Krai bagi Daerah Batu Mengkebang dan Majlis Daerah Dabong bagi Daerah Olak Jeram dan Daerah Dabong. Jumlah penduduk seramai 101,370 orang pada tahun 2010 yang majoritinya adalah orang Melayu dan kadar pertumbuhannya kurang daripada satu peratus. Guna tanah semasa yang terbesar di jajahan ini didominasi oleh perhutanan dengan 129,000 hektar (57%) diikuti pertanian seluas 89,180.67 hektar (39%). Kawasan tepu bina hanyalah seluas 4,920.10 hektar (2%) sahaja. Kehijauan alam semula jadinya serta rupa bentuk yang unik menjadikan jajahan ini kaya dengan sumber alam semula jadi seperti hutan, gunung, bukit, air terjun, gua dan sumber tempatan yang wajar dipelihara untuk kelestraian pada masa hadapan.Di sinilah terdapatnya Taman Negeri Gunung Stong telah disenaraikan dikedudukan ke lima destinasi unik eko lancong di Malaysia. Taman ini mempunyai keluasan 21,950 hektar yang diperkayakan dengan sejumlah puncak gunung, gua batu kapur, litupan hutan simpan dan jaringan sungai yang di sulami jeram dan air terjun. Memperkasakan produk pelancongan dengan kemudahan asas dan kemudahsampaian merupakan salah satu rancangan pembangunan untuk jajahan ini. Kedapatan dua bandar utama iaitu Bandar Kuala Krai yang akan dimajukan sesuai dengan peranannya sebagai pusat ekonomi, pusat warisan dan budaya serta pusat pengangkutan bagi jajahan dan wilayah ini. Sementara Pekan Dabong pula merupakan gerbang dan transit alam semula jadi denganpotensi Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang sebagai tarikan pelancongan semula jadi.Bandar Kuala Krai dan di bahagian utaranya berpotensi untuk dijadikan kawasan penternakan burung walit serta menghasilkan kualiti sarang burung antara yang terbaik di dunia. Pembukaan kawasan industri bersepadu bagi penternakan burung walit (Krai Eco Park) mampu menjadi ikon baru untuk menarik pengusaha dari luar. Pembinaan Empangan Lebir (270MW) dan Nenggiri (416MW) dijangka dapat menampung keperluan bekalan elektrik, mengurangkan masalah banjir dan menyelesaikan masalah air bersih di Jajahan Kuala Krai serta Negeri Kelantan khususnya. Keistimewaan dan keunikan Jajahan Kuala Krai ini didokumenkan dalam Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020 yang memberi peluang kepada orang awam membuat cadangan ke arah merealisasikan wawasan pembangunan, Kuala Krai Makmur Lestari, Dabong Gerbang Semula Jadi. Publisiti akan diadakan pada 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.Orang awam boleh membuat semakan kepada rancangan tempatan dan pelan-pelan perancangan berkenaan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan, Majlis Dearah Kuala Krai, Majlis Dearah Dabong, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong Cawangan Laloh pada waktu pejabat. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranMuat-Turun3.Jilid I : Pernyataan BertulisMuat-Turun4.Jilid II : Peta CadanganMuat-Turun5.ArtikelMuat-Turun6.PosterMuat-Turun7.RisalahMuat-Turun8.BannerMuat-Turun9.BuntingMuat-Turun10.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Pasir Puteh 2020

Nov 09, 2022 -Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Jajahan Pasir Puteh akan dibangunkan dan dirancang kepada tempat yang sesuai didiami dan bekerja menerusi perancangan yang baik dalam mentranformasikan pembangunan negara yang lebih cemerlang pada depan dan untuk generasi akan datang. Jajahan Pasir Puteh mempunyai luas 42,302.00 hektar adalah kawasan berciri fizikal unik iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Sebahagian besar bahagian Timur merupakan kawasan landai dengan kebanyakan kawasan adalah kawasan rendah yang sesuai untuk pertanian padi.Manakala jumlah penduduk jajahan ini pada tahun 2010 seramai 113,069 orang. Tumpuan petempatan penduduk adalah di lembangan subur Jelapang Padi di Sungai Rasau dan Sungai Semerak. Jajahan ini juga sinonim dengan pantai yang bersih yang terletak bertentangan dengan Laut China Selatan, iaitu Pantai Bisikan Bayu, Semerak dan Pantai Tok Bali. Tok Bali akan dibangunkan sebagai bandar pelabuhan berteraskan kepada industri maritin dan pelancongan serta penempatan pusat pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dengan industri marin, keselamatan, kesihatan dan juga institusi pendidikan. Jajahan ini juga berpotensi sebagai kawasan pelancongan sejarah perjuangan Tok Janggut dan pelancongan warisan.Pasir Puteh juga akan menjadi kawasan industri gas dengan adanya penyaluran gas oleh Trans- Nusantara Pipeline yang akan mempunyai terminal gas di utara kawasan Tok Bali (Melawi Bachok). Selain daripada itu, bandar Pasir Puteh juga akan diberi penambahbaikan imej perbandaran yang lebih efisien dengan penambahan kemudahan-kemudahan baru seperti pasar baru, terminal bus, bazar, perkedaian dan rangkaian jalan yang lebih efisien. Orang awam boleh membuat semakan kepada Laporan dan pelan-pelan perancangan tersebut di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan dalam tempoh publisiti bermula jam 9.00 pagi -5.00 petang (Ahad-Rabu), jam 9.00 pagi – 3.30 petang (Khamis) sepanjang 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranMuat-Turun3.ArtikelMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.PemberitahuanMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun8.Borang Bantahan AwamMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Jeli 2020

Nov 09, 2022 -Keunikkan dan mitos Gunung Reng amat sinonim dengan Jajahan Jeli sejak dulu hingga kini. Seiringan dengan perkembangan transformasi pembangunan negara, landskap perancangan pembangunan Jajahan Jeli akan difokuskan ke arah sebuah wilayah institusi pendidikan syumul yang akan menjadi nadi pemangkin kepada kemajuan jajahan. Jajahan Jeli berkeluasan 129,680.26 hektar dan mempunyai ketinggian antara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut.  Jumlah penduduk pada tahun 2010 telah mencatatkan jumlah seramai 39,322 orang. Bentuk topografinya didominasi oleh kawasan berbukit, hutan simpan, tanah tinggi dan sungai yang mewakili 98.3% gunatanah.  Faktor bentuk topografi yang berbukit dan semulajadi menjadi aset utama tarikan pelancongan jajahan ini.Amnya, jajahan ini amat sinonim dengan pelbagai lokasi pelancongan menarik antaranya seperti Gunung Reng, Tasek Pergau, Air Terjun Lata Janggut, Kolam Air Panas dan pelbagai lokasi menarik yang lain.  Bagi pembangunan bandar, ia akan ditumpukan kepada rantaian aktiviti ekonomi yang mengeksploitasi projek-projek komited berteraskan institusi pendidikan iaitu Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Jeli dan Sek. Menengah Sains Jeli disamping kemudahan pendidikan sedia ada seperti MRSM Jeli sebagai penggerak pemangkin pembangunan jajahan ini. Sehubungan itu, Gemang akan dibangunkan sebagai Bandar Universiti bagi menyediakan keperluan-keperluan asas dan prasarana kepada penuntut dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi tersebut khususnya UMK dan Politeknik Jeli.Bandar Jeli pula akan dibangunkan sebagai Bandar Pentadbiran yang lebih tersusun selain penambahbaikan imej perbandaran yang lebih menarik dan efisyen melalui cadangan penyediaan elemen-elemen lanskap, kemudahan infrastruktur, menaiktaraf terminal bas dan pembangunan promenade pinggir sungai Jeli serta penerapan imej keislaman dalam elemen perabot jalan dan papan tanda. Orang awam boleh membuat semakan terhadap Draf Rancangan Tempatan Jeli 2020 tersebut di pejabat Majlis Daerah Jeli dan pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan sepanjang tempoh publisiti diadakan iaitu bermul 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011 (hari bekerja sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (ahad hingga rabu) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang (khamis).Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Bahan PameranMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.PosterMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian)

Nov 08, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian)Bermula 1 Oktober 2022 sehingga 14 November 2022Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan dibawah peruntukan subseksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2020 yang telah tamat tempoh perancangan.Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 6 minggu bermula 1 Oktober 2022 sehingga 14 November 2022. Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah yang terkandung di dalam dokumen Rancangan Tempatan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan dokumen di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen sebelum atau pada 14 November 2022.Untuk sebarang pertanyaaan, sila hubungi Majlis Perbandaran Alor Gajah di talian 06-556 1600 atau PLANMalaysia@Melaka di talian 06-333 5135.Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :BILPERKARADOKUMEN1.Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian)  Jilid IMuat-Turun Jilid IIMuat-Turun Jilid IIIMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (RE)Muat-Turun3.Pop UpMuat-Turun4.PanelMuat-Turun5.BrosurMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang Maklum BalasMuat-Turun...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 08, 2022 -PADA 1 OKTOBER 2022 – 31 OKTOBER 2022Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian)merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan MajlisPerbandaran Jasin untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan dibawah peruntukan Subseksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020.Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu [1 Oktober – 31 Oktober 2022] yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Jasin yang terkandung di dalam dokumen Rancangan Tempatan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi – lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen dan mengemukakan maklumm balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen sebelum atau pada 31 Oktober 2022 melalui Portal ePublisiti http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti atau borang maklumbalas yang boleh didapati disemua lokasi pameran.Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :BILPERKARADOKUMEN1.Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian)  Jilid IMuat-Turun Jilid IIMuat-Turun Jilid IIIMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (RE)Muat-Turun3.Borang Maklum BalasMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.Bahan PameranMuat-Turun8.Notis AkhbarMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Zon Pelancongan Ayer Keroh

Nov 08, 2022 -Rancangan Kawasan Khas Zon Pelancongan Ayer Keroh di sediakan oleh PLANMalaysia untuk kerajaan Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, dan lain-lain agensi pelaksana.Rancangan Kawasan Khas ini telah disediakan di bawah peruntukan seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).Tuan/puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Laporan RKK Zon Pelancongan Ayer KerohMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.Panel PameranMuat-Turun4.BookletMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara – Pengkalan Balak

Nov 08, 2022 -Kerajaan Negeri Melaka melalui kerjasama diantara Majlis Perbandaran Alor Gajah dan PLANMalaysia telah menjalankan satu kajian khusus terhadap kawasan pesisir pantai ini, iaitu Kajian Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara – Pengkalan Balak. ia melibatkan kawasan pesisir pantai dan persekitarannya sepanjang kira-kira 7.8 yang bermula dari Pantai Tg. Bidara, Pantai Balik batu, Pantai Padang Kemunting, dan Pantai Telok Gong dengan keluasan kawasan kajian seluas 525.62 hektar ia turut merangkumi zon-zon kediaman, kawasan pertanian, infra struktur serta utiliti lainnnya.Secara umumnya kajian ini mengenalpasti setiap potensi yang ada untuk diketengah dan dibangunkan secara sistematik selaras dengan dasar-dasar di peringkat negeri dan juga nasional. Pada masa yang sama setiap permasalahan dan isu yang timbul ditangani menerusi pelan tindakan pembangunan yang komprehensif dan praktikal melalui perancangan fizikal dan pembangunan spatial yang mampan, moden, berdaya saing dan menarik bagi tujuan pelaksanaan.Antara isu-isu utama yang telah dikenalpasti dan perlu ditangani secara bersepadu adalah:Hakisan PantaiPemajuan Tanpa KelulusanPencerobohan Tanah Kerajaan di Pesisir PantaiSistem Jaringan Jalan Yang Tidak EfisienAncaman Terhadap Pendaratan Penyu KarahPencemaran Sungai TuangSistem Perparitan dan Pembentungan Yang Tidak SempurnaDraf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara – Pengkalan Balak ini merupakan wawasan, matlamat dan cadangan untuk memandu pembangunan kawasan tanjung bidara – pengkalan balak bagi 15 tahun akan datang.Untuk itu Program Publisti  dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara – Pengkalan Balak adalah sebagai medium kepada orang awam, pemilik tanah dan juga pihak berkepentingan untuk memberi pandangan, cadangan dan idea .Marilah kita bersama-sama merancang pembangunan masa hadapan kawasan Tanjung Bidara – Pengkalan Balak.BILPERKARADOKUMEN1.Laporan RKKMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.BannerMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.Bahan PameranMuat-Turun6.PosterMuat-Turun7.Borang BantahanMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISTI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN KAWASAN KHAS GENTING HIGHLANDS, HULU SELANGOR.

Nov 08, 2022 -Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands, Hulu Selangor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh pihak Pejabat Projek Zon Tengah dengan kerjasama PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui perunding yang dilantik iaitu SS Planning Consult. RKK ini disediakan bagi merancang dan mengawal pembangunan yang berharmoni dengan alam sekitar di Kawasan Pengurusan Khas Genting Highlands.Publisiti dan Penyertaan AwamBerdasarkan Seksyen 13(1), Akta 172, Laporan Draf RKK Genting Highlands, Hulu Selangor yang telah disediakan perlu dipamerkan untuk semakan awam. Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama satu bulan bermula pada 16 Ogos 2022 hingga 15 September 2022.Keluarga Malaysia dijemput hadir ke lokasi pameran yang ditetapkan untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan sebelum atau pada 15 September 2022.Berikut merupakan butiran dan lokasi pameran sepanjang tempoh program publisiti dan penyertaan awam ini diadakan :-Butiran Publisiti :Tarikh    : 16 Ogos 2022 – 15 September 2022Hari        : Isnin – Jumaat (Hari Bekerja)Masa     : 9.00 pagi – 5.00 petangLokasi Pameran:Lobi Kaunter Bersepadu, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu: danPLANMalaysia@Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :BILPERKARADOKUMEN1.Draf RKK Genting Highlands Hulu SelangorMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.PhampletMuat-Turun4.Panel PameranMuat-Turun5.Notis Akhbar BMMuat-Turun6.Notis Akhbar BIMuat-Turun7.BannerMuat-Turun8.Borang Bantahan AwamMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor 2025

Nov 08, 2022 -1.0 LATAR BELAKANG1.1 Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan satu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan segera (Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas, JPBD Semenanjung Malaysia, 2013).1.2 Proses RKK Bandar Malawati Kuala Selangor ini adalah berdasarkan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];1.3 Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025 (RT MDKS 2025) telah diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri Selangor pada 28 April 2015 dengan no.warta 1924. Manakala Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor (Pengubahan 1) 2025 pula telah diwartakan pada 14 Februari 2019 dengan no.warta 525.1.4 Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025 telah mengenalpasti lima (5) kawasan bagi cadangan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan Bandar Lama Kuala Selangor adalah merupakan salah satu daripada kawasan yang telah dikenalpasti tersebut.1.5 Penyediaan Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor 2025 telah bermula pada Jun 2019 dengan kos keseluruhan sebanyak RM600,000.00. Penyediaan Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor 2025 adalah dengan kerjasama di antara PLANMalaysia@Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor dengan dibantu oleh perunding yang dilantik iaitu Citiplan Networks Sdn. Bhd.1.6 Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor 2025 ini telah melalui beberapa siri kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan hasil utama kajian ini adalah Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor 2025 yang telah siap sepenuhnya pada Disember 2019.1.7 Majlis Daerah Kuala Selangor telah menimbang dan bersetuju terhadap pemakluman penyiapan dokumen laporan dan cadangan mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor 2025. Perkara ini telah diterima di dalam Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Selangor Bil.2/2020 bertarikh 26 Februari 2020 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, Majlis Daerah Kuala Selangor.2.0 ASAS PERTIMBANGAN2.1 Keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati, Kuala Selangor adalah seperti berikut:i. Pengisytiharan Bukit Malawati sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada 18 Oktober 2018 oleh Jabatan Warisan Negara (JWN);ii. Membangunkan potensi pelancongan berasaskan warisan, sejarah dan alam semulajadi selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor;iii. Menyediakan pelan tindakan pembangunan terperinci bagi memudahkan pihak MDKS melaksanakan projek-projek pembangunan untuk memulihara, mengurus dan mengimplementasikan tindakan kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.iv. Mengoptimumkan nilai-nilai warisan dan sejarah yang terdapat di kawasan kajian bagi memastikan ia dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang. v. Penyelarasan dasar dan cadangan pembangunan berkaitan kawasan kajian di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.3.0 PROFIL KAWASAN KAJIAN3.1 Lokasi Tapak Kajiani. Kawasan kajian terletak di dalam Daerah Kuala Selangor di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan keluasan kawasan seluas 9.04 km2 atau 904.22 hektar (2,234.38 ekar). Kuala Selangor juga berperanan sebagai Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Selangor.ii. Kawasan kajian terletak di dalam Mukim Kuala Selangor dan di bawah Blok Perancangan 1 (Kuala Selangor) meliputi kawasan Taman Alam, Pekan Lama Kuala Selangor dan Bukit Malawati.iii. Kawasan kajian boleh dihubungkan atau diakses melalui Jalan Persekutuan 5  yang menghubungkan Sabak Bernam – Klang dan Jalan Persekutuan 54 yang menghubungkan Kuala Selangor – Kepong. Selain itu, kawasan kajian juga boleh dihubungkan melalui Lebuh Raya Latar (Kuala Lumpur – Kuala Selangor).  3.2 Guna Tanah Semasa i. Kawasan Zon Teras (Core Zone)Kawasan Zon Teras merangkumi daripada guna tanah perumahan, pengangkutan, hutan, tanah lapang dan rekreasi. Kawasan tanah lapang dan rekreasi meliputi sebanyak 47.06 ekar atau 75.41% daripada keseluruhan kawasan zon teras. Jumlah keseluruhan kawasan zon teras adalah sebanyak 62.39 ekar atau 2.79% daripada keseluruhan kawasan kajian.ii. Kawasan Zon Penampan (Buffer Zone)Kawasan Zon Penampan merupakan kawasan selain daripada kawasan cadangan pewartaan kawasan zon teras. Kawasan ini merangkumi guna tanah perumahan, komersial, pengangkutan, hutan, badan air, infrastruktur dan utiliti, tanah kosong, tanah lapang dan rekreasi serta pertanian. Jumlah keseluruhan kawasan zon penampan adalah sebanyak 2,171.99 ekar atau 97.19% daripada keseluruhan kawasan kajian. Perincian guna tanah adalah seperti di jadual 1.4.0 HALA TUJU PEMBANGUNAN RKK BANDAR MALAWATI KUALA SELANGOR 20254.1 Aspirasi KajianMewujudkan Persekitaran Perbandaran Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi Hijau, Pemeliharaan Alam Sekitar, Warisan & Sejarah serta Pelancongan Berasaskan Komuniti bertaraf Kebangsaan.5.2 Matlamat Kajian“Menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati, Kuala Selangor Ke Arah Melestarikan Eko-Pelancongan Warisan dan Sejarah”5.3 Objektif Kajiani. Menyediakan dokumen perancangan yang komprehensif sebagai rujukan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan pemegang taruh yang berkaitan;ii. Menyediakan perancangan guna tanah melalui penyediaan pelan pembangunan yang komprehensif bagi memudahkan kawalan perancangan;iii. Mempromosi dan penjenamaan semula melalui ekonomi berteraskan pelancongan eko, warisan dan sejarah;iv. Memelihara dan memulihara aset-aset warisan dan semulajadi sedia ada terpelihara melalui pengurusan pembangunan mampan supaya ianya dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang;v. Membentuk imej kawasan kajian melalui cadangan projek pembangunan yang berdaya laksana; danvi. Mencadangkan projek-projek yang boleh dilaksanakan supaya dapat meningkatkan produktiviti kawasan kajian iaitu sosial, ekonomi, dan fizikal.5.4 Konsep PembangunanKonsep pembangunan RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 ini dirangka sebagai asas bagi pembentukan strategi dan hala tuju cadangan pembangunan bagi keseluruhan kawasan kajian.Asas utama bagi penentuan konsep pembangunan ini adalah berteraskan kepada tema-tema kajian yang telah ditentukan pada peringkat awal dan merujuk kepada penyelesaian isu, masalah serta mengambil kira prospek dan cabaran serta hala tuju pembangunan masa hadapan. Antara perkara utama yang menjadi teras kepada konsep pembangunan RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 ini adalah seperti berikut :5.0 CADANGAN PEMBANGUNANPembentukan RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 ini dilaksanakan berasaskan kepada perancangan mengikut tiga (3) tema pembangunan yang telah ditetapkan di dalam terma rujukan dan susulan daripada Laporan Pendekatan Kajian yang telah disediakan.Daripada tiga (3) tema pembangunan ini, lapan (8) strategi pembangunan dirangka dengan mengambilkira prinsip, dasar dan pencapaian matlamat serta cadangan awal yang dibentuk pada awal kajian RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 ini dijalankan.6.1       Strategi PembangunanBeberapa strategi pembangunan telah dibentuk bagi melaksanakan cadangan di dalam Draf RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 iaitu:i. Perancangan Guna Tanah Yang Mampan dan Perkembangan Bandar Yang Terancang serta Berdaya Huniii. Memperkukuhkan Sistem Perhubungan dan Pengurusan Lalu Lintas dan Meningkatkan Kemudahan Pengangkutan Awamiii. Penyediaan Infrastruktur dan Utiliti Bandar Yang Lengkap, Efisien dan Menerapkan Teknologi Hijauiv. Pengurusan Alam Sekitar dan Risiko Bencana Yang Teratur dan Efektifv. Perancangan Pembangunan Pelancongan, Warisan & Sejarah Sebagai Sumber Tarikan yang Pelbagai Serta Menyokong Perkembangan Industri Pelancongan Kawasan RKK Bandar Malawati Kuala Selangor 2025vi. Mengintegrasikan Imej Bandar, Rekreasi & Lanskap Ke Arah Bandar Hijau, Mampan dan Beridentitivii. Mewujudkan Kepelbagaian Asas Ekonomi yang Dinamik sebagai Penjana Ekonomi Sokonganviii. Pengurusan GIS Ke Arah Memperkukuhkan Pengawalan Sumber dan Aset BandarDaripada lapan (8) strategi pembangunan tersebut akan membentuk cadangan yang berupa pelan tindakan seperti berikut:a) 11 PROJEK BERIMPAK TINGGI (HIGH IMPACT DEVELOPMENT)Projek yang berpotensi, strategik dan memberi impak besar jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negeri atau negara, meningkatkan peluang pekerjaan serta mempunyai nilai pelaburan yang tinggi;b) 24 PROJEK SOKONGANProjek yang mempunyai jangka masa yang panjang (boleh melebihi jangka masa yang ditetapkan); danc) 17 PROJEK QUICK-WIN yang menyokong pembangunan semasaProjek yang mempunyai manfaat sebaik pelaksanaannya dan boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.6.0 PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM6.1 Selaras dengan peruntukan seksyen 13, Akta 172, publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan hendaklah disediakan untuk diperiksa. Program publisiti ini juga hendaklah diadakan tidak kurang daripada empat (4) minggu dari tarikh salinan mula tersedia untuk diperiksa dan boleh dilanjutkan sekali oleh Majlis Daerah Kuala Selangor selama tidak lebih daripada empat (4) minggu atas permohonan mana-mana orang.6.2 Pernyataan publisiti ini hendaklah disiarkan dalam tiga (3) keluaran daripada sekurang-kurangnya dua (2) akhbar tempatan dan satu (1) daripadanya dalam bahasa kebangsaan suatu notis yang menyatakan tarikh dan lokasi salinan draf rancangan tempatan mula tersedia untuk diperiksa.6.3 Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 bertujuan mengawal penyakit berjangkit Covid-19 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang telah diwartakan pada 18 Mac 2020.6.4 Sehubungan dengan itu, publisiti dan penyertaan awam dicadangkan untuk diadakan secara dalam talian (on-line) dengan kaedah berikut;6.4.1 Membangunkan aplikasi pintar Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 bagi memudah serta menggalakkan masyarakat menyemak dan memberi pandangan  terhadap laporan menerusi kaedah e-publisiti;6.4.2 Membuat hebahan di laman Sesawang Majlis Daerah Kuala Selangor, PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) dan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia); dan6.4.3 Membuat hebahan di media sosial milik Majlis Daerah Kuala Selangor, PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) dan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia).6.5 Selain itu, laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 juga bersedia untuk diperiksa di Majlis Daerah Kuala Selangor dan PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor).6.6 Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 dicadang untuk diadakan pada 13 Julai 2020 sehingga 10 Ogos 2020.6.7 Majlis perasmian bagi Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 dicadang untuk diadakan pada 4 Ogos 2020 secara langsung (live streaming) menerusi media sosial Majlis Daerah Kuala Selangor dan PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) serta media jemputan yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin b. Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor atau Pengerusi Jawatankuasa Tetap yang berkaitan.6.8 Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas dan seterusnya bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklumbalas, bantahan dan rayuan daripada pemegang taruh termasuk orang perseorangan, pertubuhan, badan persatuan, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), pemaju dan syarikat swasta, pertubuhan politik dan sebagainya berkenaan cadangan pembangunan yang dinyatakan dalam laporan Draf Rancangan Tempatan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 ini.6.9 Pandangan, maklumbalas, bantahan dan rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan akan didengar dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam yang dilantik oleh Jawatankuasa Perancang Negeri selaras dengan peruntukan subseksyen 14(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172] dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri.BILPERKARADOKUMEN1.Laporan RKKMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.BannerMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.Notis AkbarMuat-Turun6.Bahan PameranMuat-Turun7.ArtikelMuat-Turun8.PosterMuat-Turun9.Borang MaklumbalasMuat-Turun10.Borang Bantahan OnlineMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti