ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (Penggantian)

Nov 08, 2022 -PENGENALANRancangan Tempatan (RT) merupakan satu peta dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah dengan menterjemahkan dan memperincikan dasar- dasar strategik Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (Penggantian), dikenali sebagai RTMPK 2035 (Penggantian) ini merupakan laporan rancangan pembangunan dan pelan perancangan yang baru untuk menggantikan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020.TEMA PEMBANGUNAN RTMPK 2035(PENGGANTIAN)“KLANG BANDARAYA WARISAN DIRAJA 2035”WAWASAN RTMPK 2035 (PENGGANTIAN)“MEMPERKASA KLANG SEBAGAI BANDARAYA WARISAN DIRAJA DAN PELABUHAN YANG BERDAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL DENGAN MENEKANKAN PEMBANGUNAN MAMPAN SECARA HOLISTIK DAN BERIMEJKAN BANDAR WARISAN DAN DIGITAL MENJELANG 2035”.Wawasan RTMPK 2035 (Penggantian) disokong dan dilengkapkan oleh ENAM Dimensi Pembangunan Mampan Majlis Perbandaran Klang (MPK) :Dimensi Guna Tanah dan Sumber Asli OptimumDimensi Ekonomi Berdaya SaingDimensi Komuniti SejahteraDimensi Persekitaran BerkualitiDimensi Infrastruktur dan Pengangkutan EfisienDimensi Governans EfektifTuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan Eksekutif (Malay)Muat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (English)Muat-Turun3.Jilid 1Muat-Turun4.Jilid 2Muat-Turun5.Jilid 3Muat-Turun6.AturcaraMuat-Turun7.BackdropMuat-Turun8.BannerMuat-Turun9.BantahanMuat-Turun10.Cover CDMuat-Turun11.PosterMuat-Turun12.RisalahMuat-Turun13.Streamer PerasmianMuat-Turun14.Streamer PublisitiMuat-Turun15.PanelMuat-Turun16.Notis AkhbarMuat-TurunBorang Bantahan Awam Online kini dibuka. Klik Sini untuk mulakan bantahan....

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar 2020

Nov 08, 2022 -Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar (RTMPK) 2020 disediakan selaras dengan peruntukan Subsekyen 12 (1) Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, merupakan perancangan pembangunan di hierarki peringkat ketiga dalam sistem perancangan guna tanah dan fizikal negara iaitu selepas RFN dan RSN Perlis. RTMPK adalah dokumen perancangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang memperincikan cadangan-cadangan pemajuan tanah di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sehingga tahun 2020. RTMPK juga menrterjemahkan dasar-dasar kerajaan peringkat nasional, negeri dan peringkat kerajaan tempatan.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.ArtikelMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.Borang Bantahan dan RepresentasiMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2035 (Penggantian)

Nov 08, 2022 -RT MPKPs 2035 (Penggantian) disediakan mengikut Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar 1976 (Akta 172). Kawasan Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2035 meliputi keseluruhan Negeri Perlis. Keluasan kawasan kajian meliputi keseluruhan kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar iaitu 81,931.20 hektar. Kawasan RT MPKPs ini juga terdiri daripada 22 buah mukim. Bagi memandu perancangan secara bersepadu dan saling melengkapi, empat (4) Blok Perancangan (BP) dibentuk dengan peranan dan fungsi masing-masing.Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Jilid 1Muat-Turun2.Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.Borang BantahanMuat-Turun5.Streamer dan BannerMuat-Turun6.Bahan PameranMuat-Turun...

Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030

Nov 08, 2022 -Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 merupakan Pelan Pembangunan Strategik yang mengandungi pernyataan dasar, strategi dan cadangan am serta arah tuju pembangunan untuk memandu pembangunan fizikal. Negeri Perlis untuk jangka masa hingga 2030 dan merupakan asas kepada pembentukan Rancangan Tempatan. Penyediaannya adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang meliputi keseluruhan Negeri Perlis dengan merangkumi kawasan seluas 81,931 hektar (810 km persegi).Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan seperti berikut :-BILPERKARADOKUMEN1.Bahan PameranMuat-Turun2.ArtikelMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.StreamerMuat-Turun...

Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030

Nov 07, 2022 -Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 (dengan pindaan-pindaan di bawah Akta-Akta A866, A933, A1129, A1313) merupakan asas perundangan untuk penyediaan Rancangan Struktur Negeri. Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang pertama dinamakan “Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020” atau “RSNPP 2020” yang telah disediakan oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)Pulau Pinang pada 12 Jun 2007.Persetujuan kepada kelulusan JPN telah diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pulau Pinang pada 13 Jun, 2007, tarikh yang mana RSNPP 2020 mulai berkuatkuasa. Fakta persetujuan PBN telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Jilid 51 No 13 Tambahan No 1 bertarikh 28 Jun 2007. Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri ini disediakan sebagai memenuhi keperluan Seksyen 11(1), Akta 172 di mana seksyen ini menyatakan,“Sesuatu Rancangan Struktur yang telah mula berkuatkuasa adalah tertakluk kepada kajian semula setiap lima tahun seiring dengan penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri. Kajian semula itu hendaklah berkaitan dengan seluruh Negeri itu.”Tujuan Kajian Semula RSNPP 2020 adalah seperti berikut :-Mengintegrasikan rancangan, strategi, program dan dasar-dasar baharu di peringkat Nasional, Wilayah dan Negeri; termasuk Rancangan Pemajuan Nasional (Rancangan Fizikal Negara, Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara) dan Rancangan Malaysia Lima Tahun.Mengambilkira dasar, polisi dan garis panduan pembangunan baharu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) termasuk Pelan Induk Pengangkutan Negeri.Menyemak dan mengkaji semula pelaksanaan dasar, gambarajah, program dan projek-projek yang telah dikenalpasti untuk dikaji semula.Menyelesaikan isu-isu sektoral dengan mengambilkira kekuatan dan kelemahan dasar untuk mengenalpasti prospek dan cabaran pembangunan.Mengenalpasti prospek dan cabaran pembangunan dan implikasinya hasil daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut.Membentuk dasar-dasar baharu yang bersesuaian dan lebih berdaya laksana.Menggalakkan pembangunan di kawasan yang berpotensi untuk pembangunan.Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan isu-isu wilayah atau perkara-perkara lain yang dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) /agensi.Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Banner (Malayu)Muat-Turun2.Banner (English)Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020Muat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKK BB) 2020 (Penggantian)

Nov 07, 2022 -Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 7/2020 pada 28 September 2020 telah meluluskan Kertas Kerja Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Laporan Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKK BB) 2020 (Penggantian). Program ini akan bermula pada 26 Oktober 2020 sehingga 28 Disember 2020 (2 bulan).Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKKBB) 2020 (Penggantian) adalah merupakan satu pelan cadangan yang terperinci jika dibandingkan dengan Rancangan Tempatan.Bab ini akan menjelaskan secara terperinci peruntukan penyediaan RKK dan prosedur penyediaan RKK. Selain itu, bab ini juga akan menyentuh kepada Dasar – dasar dan Polisi – polisi di peringkat Negara, Negeri dan Tempatan terhadap pembangunan dan halatuju Bukit Bendera.Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Laporan Draf RKK Jilid 1Muat-Turun3.Laporan Draf RKK Jilid 2Muat-Turun4.BannerMuat-Turun5.BuntingMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.Notis Akhbar BMMuat-Turun8.Notis Akhbar BIMuat-Turun9.Notis Akhbar BCMuat-Turun10.Panel Pameran UtamaMuat-Turun11.Panel PameranMuat-Turun12.Panel Pameran 1Muat-Turun13.Panel Pameran 2Muat-Turun14.Panel Pameran 3Muat-Turun15.Panel Pameran 4Muat-Turun16.Panel Pameran 5Muat-Turun17.Panel Pameran 6Muat-Turun18.Panel Pameran 7Muat-Turun19.Panel Pameran 8Muat-Turun20.Panel Pameran 9Muat-Turun21.Panel Pameran 10Muat-Turun22.Panel Pameran 11Muat-Turun23.Backdrop PerasmianMuat-Turun24.Borang Maklumbalas Dalam TalianMuat-Turun25.Borang Maklumbalas Bantahan 1Muat-Turun26.Borang Maklumbalas Bantahan 2Muat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti