ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RKK EKO PELANCONGAN LESTARI KAMPAR, PERAK

Dec 11, 2025 -PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RKK EKO PELANCONGAN LESTARI KAMPAR, PERAKJabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Unit Rancangan Pembangunan 4 Pejabat Projek Zon Tengah Bersama Majlis Daerah Kampar dan PLANMalaysia Perak sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak. Program Publisiti Awal ini  adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].Program Publisiti Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak diadakan untuk memaklumkan kepada pihak penduduk setempat dan pihak berkepentingan bahawa Kajian RKK Eko Pelancongan Lestari Kampar, Perak akan disediakan oleh Majlis Daerah Kampar dengan kerjasama PLANMalaysia dan PLANMalaysia Negeri Perak.Program ini turut memastikan semua pihak berkepentingan diberi peluang yang sewajarnya untuk menyampaikan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan serta aktiviti eko pelancongan di dalam kawasan kajian RKK. Maklum balas tersebut akan membantu memastikan penyediaan RKK menjadi lebih komprehensif, inklusif dan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan.Kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dalam proses perancangan ini dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas melalui kaji selidik atas talian yang disediakan. Segala maklumat yang dinyatakan dalam maklum balas soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan kajian ini sahaja.Sebarang pertanyaan sila hubungi :Majlis Daerah Kampar (MDKpr)Puan Khumaizah binti Aziz (012-540 6130),Encik Mohd Ashhar Amin bin Alias (019-559 7649) Pejabat Projek Zon Tengah,(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)Puan Amilia binti Muhamad Nor (019-632 2068)Encik Norarief bin Abdullah (011-2781 4438) BILPERKARADOKUMEN1.Roll Up Publisiti AwalMuat Turun2.Kod QR Borang Soal SelidikMuat Turun3.Link Borang Soal Selidik (Awam)Muat Turun4.Link Borang Soal Selidik (Agensi)Muat Turun...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA 2035 (PENGGANTIAN)

Dec 03, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMKAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA 2035 (PENGGANTIAN)04 DISEMBER 2025 (KHAMIS) – 31 DISEMBER 2025 (RABU)Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2035 (Penggantian) (RT MPHTJ 2035) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RT MPHTJ 2035 telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Melaka (PLANMalaysia Melaka) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. Draf RT MPHTJ 2035 merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai bandaraya pintar dan rendah karbon berteraskan pembangunan mampan dan berteknologi hijau selaras dengan aspirasi pembangunan negeri dan negara menjelang tahun 2035.Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RT MPHTJ 2035 sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPHTJ 2035 akan diadakan bermula pada 04 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 31 Disember 2025 (Rabu)Selain daripada platform Portal e-Publisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:1. Semakan Dokumen Secara FIzikal:Lokasi Semakan:1. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka  2. Lobi Wisma Negeri, Melaka  3. Lobi Menara Persekutuan, MelakaHari dan Masa Semakan: Isnin - Jumaat (9.00 pagi – 4.00 petang)Tarikh Semakan: 04 Disember 2025 – 31 Disember 20252. Semakan Dokumen Secara Dalam Talian:1.Laman Web MPHTJ: https://www.mphtj.gov.my/2.Muat turun dari pautan disediakan PPZS :  :https://drive.google.com/drive/folders/1n2kXZ1uUc8VelHZwxFNCCdsTfHn5OJbT?usp=drive_linkTuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:BILPERKARADOKUMEN1Laporan Draf RT MPHTJ 2035 Jilid IMuat naikJilid IIMuat naikJilid IIIMuat naik2Ringkasan Eksekutif Muat naik3Panel PameranMuat naik4Panel RumusanMuat naik5Pelan Gunatanah CadanganMuat naik6Borang Bantahan dan Maklum Balas AwamMuat naik7BannerMuat naik8BuntingMuat naik...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KEMAMAN 2035 (PENGUBAHAN 3)

Dec 02, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KEMAMAN 2035 (PENGUBAHAN 3)Dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Draf Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2035 (Pengubahan 3) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 1 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di lokasi berikut :-1. Majlis Perbandaran Kemaman;2. PLANMalaysia Terengganu; dan3. Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Berikut merupakan Laporan Tinjauan dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan.BIL PERKARAMUAT TURUN1.RisalahMuat Turun2.Laporan RT Daerah KemamanMuat Turun3.Kain Rentang Dan GegantungMuat Turun4.Folder Cadangan A3Muat Turun5.Borang Maklum BalasMuat Turun...

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Nov 24, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMKAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN24 NOVEMBER 2025 (ISNIN) – 23 DISEMBER 2025 (SELASA)9.00 PAGI – 4.00 PETANG Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Tinjauan. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti di peringkat Laporan Tinjauan. Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama 30 hari bermula pada 24 November 2025 hingga 23 Disember 2025. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan yang telah disediakan di lokasi-lokasi berikut:Lokasi Tetap:1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang)Ruang Legar Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10000 George Town, Pulau Pinang 2. Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)Ruang Legar Aras 3, 10000 George Town, Pulau Pinang 3. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)Ruang Lobi, Menara Bandaraya, Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangSemakan dalam talian:1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)(https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/358)2. Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pulau Pinang(https://jpbd.penang.gov.my)Berikut merupakan Laporan Tinjauan dan dokumen publisiti yang boleh dirujuk untuk tujuan semakan. BILPERKARAMUAT TURUN1.Laporan Tinjauan Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula)Muat Turun2.Flip Folio Muat Turun3.StreamerMuat Turun4.BannerMuat Turun5.RisalahMuat Turun6.FlyersMuat Turun7.PopupMuat Turun8.Borang Bantahan (Untuk Cetakan)Muat Turun9.Borang Bantahan (Online)Muat Turun10.Borang Maklum Balas PelangganMuat Turun...

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 12, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)16 NOVEMBER 2025 (AHAD) – 15 DISEMBER 2025 (ISNIN)Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah 2035 (Penggantian) [RTMDBB 2035 (P)] telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RTMDBB 2035 (P) telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan Asnatech Planning Consultant Sdn. Bhd. Draf RTMDBB 2035 (P) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi membangunkan Bandar Baharu sebagai daerah bersempadanan berdaya saing dan berdaya huni melalui aktiviti ekonomi mampan dan vibran.Draf RTMDBB 2035 (P) ini merangkumi:Jilid I: Penyataan Bertulis dan Peta CadanganJilid II: Kawalan Perancangan dan Garis PanduanJilid III: Pengurusan dan PelaksanaanSelaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 16(1), Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RTMDBB 2035 (P) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Semua pihak dijemput mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan dengan hadir ke lokasi pameran atau mengimbas kod QR di bawah. Sebarang maklum balas awam (Borang Maklum Balas Awam) hendaklah dikemukakan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atau melalui e-mel di alamat perancangmdbb@gmail.com sebelum atau pada 15 Disember 2025 (Isnin).Selain daripada platform Portal e-Publisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak dilokasi / pautan seperti berikut:1. Semakan dokumen secara fizikal:Lokasi Pameran Tetap1.2.3.4.Majlis Daerah Bandar BaharuPejabat Cawangan Majlis Daerah Bandar BaharuJabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysiaWaktu Pameran: 9.00 Pagi – 4.00 Petang (Ahad – Rabu)9.00 Pagi – 1.00 Petang (Khamis)Lokasi Pameran Bergerak1.2.3.Pasar Pagi Serdang (Jumaat – Sabtu)Pasar Malam Serdang (Isnin)Pasar Malam Bandar Baharu (Rabu)Waktu Pameran:9.00 Pagi – 11.00 Pagi (Pasar Pagi)5.00 Petang – 7.00 Malam (Pasar Malam)2. Semakan dokumen secara atas talian:i. Laman Web MDBB : https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-bandar-baharu/ ii. Dashboard : https://url-shortener.me/95LA Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:BILPERKARADOKUMEN1.KESELURUHAN BAHAN SERANTA DRAF RT MDBB 2035 Muat-Turun2.Jilid IMuat-TurunJilid IIMuat-TurunJilid IIIMuat-TurunKeseluruhan Jilid RTMuat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.Panel PameranMuat-Turun6.Borang Maklum Balas AwamMuat-Turun7.Video RT MDBB 2035Muat-Turun8.Dashboard RT MDBB 2035Muat-Turun9.Lain-Lain Bahan Seranta RT MDBB 2035Muat-Turun...

LAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

Nov 11, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMLAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) ini merupakan satu laporan penemuan semasa kajian berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji hasil kombinasi data primer dan sekunder yang diperolehi melalui kajian literatur (ilmiah) mengikut sektoral.Data-data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis bagi mengenalpasti isu dan prospek pembangunan negeri. Hasil daripada analisis yang dijana secara hubungkait antara sektoral bagi mengenal pasti isu, potensi dan prospek pembangunan kawasan kajian.Kepentingan laporan tinjauan:-Mengemukakan penemuan utama berdasarkan analisis telah dijalankan bagi tujuan pengesahan semasa publisiti dan penyertaan awam.Mengemukakan unjuran serta kedapatan dan kesesuaian tanah untuk perancangan pembangunan sehingga tamat tahun perancanganMembolehkan matlamat dan objektif pembangunan negeri ditetapkan.Mengemukakan cadangan konsep dan strategi pembangunan bagi menentukan halatuju pembangunan masa hadapan.Membolehkan pihak awam memeriksa laporan, mengemukakan pandangan berkaitan penemuan, unjuran dan strategi pembangunan yang dicadangkan semasa program publisiti dan penyertaan awam.Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan berlangsung bermula pada 10 November 2025 hingga 9 Disember 2025. Semua pihak dijemput hadir untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) di lokasi pameran atau secara dalam talian dengan mengemukakan maklum balasdan cadangan kepada Urus Setia Borang Penyertaan Awam sebelum atau pada 9 Disember 2025. melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian seperti berikut :Semakan Tetap (Hari Isnin – Jumaat, jam 8.30 pagi – 4.00 petang):Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30646 Ipoh, Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri PerakLobi Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, PerakPejabat Projek Zon TengahJabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)Aras 4, Blok F5, Kompleks F, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675, PutrajayaSemakan Dalam Talian :Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)Laman Web Rasmi PLANMalaysia PerakSila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.BILPERKARAMUAT TURUN1.Laporan Tinjauan RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula)Muat Turun2.Folio Laporan Tinjaun Rsn Perak 2040Muat Turun3.Borang Penyertaan Awam LT RSN Perak 2040Muat Turun4.Pautan Flipbook Ringkasan Laporan Tinjauan RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula)Muat Turun5.Pop-Up StreamerMuat Turun6.Panel Pameran Lt Rsn Perak 2025Muat Turun7.Bunting Hebahan PublsitiMuat Turun8.Borang Penyertaan Awam Secara Atas TalianMuat Turun...

LAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Nov 05, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF LAPORAN TINJAUAN, RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)Draf Laporan Tinjauan, Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu memaparkan penemuan hasil kombinasi data primer dan sekunder yang diperolehi mengikut sektoral. Data ini dianalisis bagi mengenal pasti isu, potensi dan prospek pembangunan kawasan kajian.Secara amnya laporan ini mengandungi :Analisis Keadaan Semasa (Rumusan Penemuan Kajian);Rumusan Pencapaian Dasar RSN Pahang 2050;Tinjauan Utama (TU), Tinjauan Sekunder (TS), Cadangan Utama (CU), Cadangan Sekunder (CS) dan Unjuran Sektor; danStrategi Pembangunan, Konsep dan Indikator Pembangunan. Teras pembangunan dan sektor yang dikaji bagi kajian ini merangkumi :Teras 1: Fizikal Mampan dan Berdaya TahanTeras 2 : Sosioekonomi Kukuh dan Rakyat SejahteraTeras 3 : Pelancongan Unggul dan Alam Semulajadi LestariTeras 4 : Kemudahsampaian Tinggi, Infrastruktur Menyeluruh dan Teknologi HijauTeras 5 : Tadbir Urus dan Sistem Penyampaian EfektifProgram Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan berlangsung selama 30 hari bermula pada 6 November 2025 hingga 6 Disember 2025. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen tersebut di lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas sebelum atau pada 6 Disember 2025 melalui semakan di lokasi pameran tetap dan juga secara dalam talian sepertimana berikut :Semakan Tetap (Waktu Pejabat) :Lobi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang)Lobi Blok B, Wisma Sri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan PahangLobi di semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri PahangSemakan Dalam Talian :Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)Laman Web Rasmi PLANMalaysia PahangSila rujuk dokumen-dokumen yang dilampirkan di bawah untuk tujuan semakan.Bil        PerkaraDokumen1.Draf Laporan Tinjauan, Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula)Muat turun2.Ringkasan EksekutifMuat turun3.Panel Pameran(Keseluruhan)Muat turun4.Panel Pameran(Rumusan)Muat turun5.RisalahMuat turun6.Banner SemakanMuat turun7.Bunting SemakanMuat turun8.Poster SemakanMuat turun9.Borang Bantahan Dan Maklum BalasMuat turun10. Borang Bantahan dan Maklum Balas Dalam TalianMuat turun...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

Jun 30, 2025 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMKAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)01 JULAI 2025 – 01 OGOS 2025Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (PLANMalaysia Selangor) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan SS Planning Group Sdn. Bhd. Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi memperkasakan Sepang sebagai bandar pintar, mampan dan berdaya saing.Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) akan diadakan bermula pada  01 Julai 2025 sehingga 01 Ogos 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 01 Ogos 2025 (Jumaat)Selain daripada platform Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:Semakan Dokumen Secara FIzikal:Lokasi Semakan Pejabat Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)  Pejabat PLANMalaysia Selangor  Ibu Pejabat PLANMalaysia, Putrajaya  Pejabat Daerah dan Tanah SepangHari dan Masa Semakan      Isnin - Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang)Tarikh Semakan      01 Julai 2025 – 01 Ogos 2025 Semakan Dokumen Secara Atas Talian:1)Dashboard: https://shorturl.at/4SX3l2)Laman Web MPSepang:  https://www.mpsepang.gov.my/ Lokasi Pameran Bergerak:       Lokasi SemakanTarikh Semakan D’Pulze Shopping CentrePersiaran Multimedia, Cyberjaya: 01 Julai 2025 – 06 Julai 2025 IOI City MallLebuh IRC, IOI Resort Putrajaya:07 Julai 2025 – 12 Julai 2025 KIP MallKota Warisan, Sepang:13 Julai 2025 – 18 Julai 2025 Mitsui Outlet Park KLIAPersiapan Komersial, KLIA:19 Julai 2025 – 24 Julai 2025 Pusat Informasi Bagan Lalang, Bagan Lalang:25 Julai 2025 – 01 Ogos 2025 Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian)Jilid IMuat TurunJilid IIMuat TurunJilid IIIMuat Turun2.Ringkasan EksekutifMuat Turun3.Risalah / PamphletMuat Turun4.Panel PameranMuat Turun5.Borang Maklum Balas AwamMuat Turun6.Video RT MPSepang 2035 (Penggantian)Muat Turun7.Dashboard RT MPSepang 2035 (Penggantian)Muat Turun #RTMPSepang2035#PLANMalaysia#URP1/PPZT#pejabatprojekzontengah#MalaysiaMadani#MPSepang...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM LAPORAN TINJAUAN KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA)

Dec 20, 2024 - PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM LAPORAN TINJAUAN KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA) Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) disediakan bagi menggantikan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 yang telah disediakan pada tahun 2010 dan diwartakan pada 6 Disember 2012 (Warta Kerajaan Jilid 55 No.25 Tambahan No.1). Penyediaan dokumen RSN ini akan melibatkan 4 peringkat penyediaan laporan utama iaitu Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Tinjauan dan Draf Rancangan Struktur. Laporan Tinjauan merupakan laporan yang mengandungi maklumat, pencapaian dan potensi semasa Negeri Perlis berdasarkan kepada sektor-sektor yang dikaji. Laporan ini akan dipublisitikan selama 1 bulan bagi memberi peluang kepada pihak awam untuk mengemukakan pandangan dan cadangan. Pandangan dan cadangan yang diterima oleh Pengarah Negeri ini kemudiannya akan diambilkira di dalam penyediaan awal Draf Rancangan Struktur selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) akan diadakan selama 4 minggu  bermula pada 16 Disember 2024 sehingga 16 Januari  2025 dan selari dengan Subseksyen 9(1)(a) Akta 172 yang bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada orang awam dan pihak yang berkepentingan terhadap cadangan dan strategi pembangunan yang telah dirangka untuk pembangunan di Negeri Perlis. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) ini akan diadakan di 3 lokasi tetap  dan 4 lokasi bergerak seperti berikut :- Lokasi Tetap  Tarikh : 16 Disember 2024 – 16 Januari 2025 Hari dan Masa : Isnin – Jumaat (9.30 pagi – 4.30 petang) 1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis  (PLANMalaysia Perlis) 2. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) 3. Majlis Perbandaran Kangar, Perlis   Lokasi Bergerak Hari dan Masa : Ahad – Jumaat (10.00 pagi – 5.00 petang) 1. Konkos Kuala Perlis, Perlis  (16 – 23 Disember 2024) 2. C-MART Arau, Perlis (24 – 31 Disember 2024) 3. Plaza Niaga Padang Besar, Perlis (1 – 9 Januari 2025) 4. Pusat Khidmat Dun Sanglang ( 9 – 16 Januari 2025) Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap laporan tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 23 Januari 2025.    Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :- 1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) 2. Laman Web PLANMalaysia Perlis  3. Laman Web Majlis Perbandaran Kangar, Perlis    Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) boleh didapati melalui pautan berikut :- 1. Dokumen Laporan Tinjauan 2. Ringkasan Laporan Tinjauan 3. Risalah 4. Poster 5. Streamer 6. Borang Bantahan   Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:- Pengarah  PLANMalaysia Perlis Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan, 01000, Kangar< Perlis No. Tel : 04-9708448 Email : rancamaju.perlis@gmail.com ...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KULAI 2035

Nov 29, 2024 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KULAI 2035Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Menurut peruntukan di bawah subseksyen 16(1) Akta 172, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan pada bila-bila masa boleh membuat cadangan pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu Rancangan Tempatan.Draf Rancangan Tempatan Kulai 2035 ini disediakan oleh Majlis Perbandaran Kulai dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor (PLANMalaysia Johor) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd.bertujuan bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kulai 2025 (Penggantian) yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2025.Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Kulai 2035 ini akan berlansung selama satu (1) bulan bermula 3 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RT Kulai ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Berukut merupakan Lokasi pameran dan meriksaan laporan :            Tarikh                        :           3 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025            Hari dan Masa          :           Ahad – Rabu (8.00 pagi – 4.30 petang)                                                         Khamis (8.00 pagi – 3.30 petang)            Lokasi Pemeriksaan :          - Pejabat Majlis Perbadaran Kulai                                                        - Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor (PLANMalaysia Johor)                                                        - Pejabat Tanah dan Daerah Kulai                                                        - Aras Bawah, IOI Mall, KulaiSekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Tempatan Kulai 2035, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas yang disediakan dan mengembalikan semula kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.BILPERKARADOKUMEN1.Draf RT Daerah Kulai 2035_Jilid 1Muat Turun2.Draf RT Daerah Kulai 2035_Jilid 2Muat Turun3.Ringkasan Eksekutif Draf RT Daerah Kulai 2035 (Dwi Bahasa)Muat Turun4.Panel PameranMuat Turun5.Banner - PerasmianMuat Turun6.BannerMuat Turun7.Bunting - PerasmianMuat Turun8.BuntingMuat Turun9.PamphletMuat Turun10.Notis Akhbar BMMuat Turun11.Notis Akhbar BIMuat Turun12.Borang Bantahan AwamMuat Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti