ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

Jul 15, 2024 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM,SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian) ini disediakan bertujuan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025 yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2025.Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi draf laporan ini akan diadakan bermula 15 Julai 2024 (Isnin) sehingga 15 Ogos 2024 (Khamis) bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian).Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.Orang ramai dijemput hadir untuk membuat pemeriksaan dokumen ini dan mengemukakan pandangan atau bantahan di lokasi tetap, lokasi bergerak dan atas talian seperti berikut:LOKASI TETAP8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)1. Pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, Selangor2. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor),Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.LOKASI BERGERAK8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)1. Dewan Seri Sekinchan - 15 hingga 19 Julai 20242. Dewan Tun Razak, Sabak - 22 hingga 26 Julai 20243. Dewan Simpang 5 - 29 Julai hingga 2 Ogos 20244. Dewan Merbau Berdarah - 5 hingga 9 Ogos 2024Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut :1. TPr Mohd Sabri bin Muhammad (03-8091 0376)2. En. Mohd Faizal Bin Abu Bakar (03-8091 0375)3. Pn. Nur Fatihah binti Jusoh (03-8091 0375)4. TPr Roslan bin Amat Zainal (03-3224 1655)Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Sabak BernamMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif RT Sabak Bernam Muat-Turun3.Panel PameranMuat-Turun4.BroshureMuat-Turun5.Folio A3Muat-Turun6.Banner PameranMuat-Turun7.Borang Bantahan Deraf RT Sabak Bernam 2024Muat-Turun8.Bahan Pameran AwamMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2040

Jan 12, 2024 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2040PADA 13 JANUARI 2024 – 29 FEBRUARI 2024Rancangan Struktur (RS) Labuan 2040 merupakan dokumen perancangan statutori yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan) sehingga tahun 2040. Menurut Subseksyen 8(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], RS didefinisikan sebagai suatu penyataan bertulis yang merumuskan dasar dan cadangan am Perbadanan Labuan berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Wilayah Persekutuan Labuan dan disokong oleh gambar rajah utama.Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 13 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 (DRS Labuan 2040). Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Struktur diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RS tersebut di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam sebelum atau pada 28 Februari 2024 (Rabu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran tetap seperti berikut :LOKASI TETAPJabatan Perancangan & Kawalan Pembangunan, Perbadanan Labuan Masa semakan:Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 4.30 petang)Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut :En. Ag. Aizal Bin Ag. Anak (087-408 751)En. Ahmad Fuad Bin Mohd Daim (087-408 752)Pn. Mariam Binti Sikau (087-408 752)En. Md Azizon Bin Mat Usof (087-408 752) Tuan/Puan juga boleh memuat turun bahan-bahan publisiti dan borang maklum balas pelanggan melalui pautan berikut :BILPERKARADOKUMEN Laporan Draf Rancangan Struktur Labuan 2040Muat Turun Ringkasan EksekutifMuat Turun RisalahMuat Turun StreamerMuat Turun BannerMuat Turun Borang Bantahan AwamMuat Turun Iklan PublisitiMuat Turun Pop UpMuat Turun Roll UpMuat Turun BackdropMuat Turun BillboardMuat Turun#DRSLabuan2040#PLANMalaysia#URP4/PPZT#pejabatprojekzontengah#MalaysiaMadani...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Dec 14, 2023 - PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN) Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 20 Disember 2023 sehingga 20 Januari 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) (DRT Daerah Padang Terap, 2035 (Penggantian)) Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan. Penyediaan DRT Daerah Padang Terap, 2035 (Penggantian) ini adalah bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2020, No.Warta: No. 997 Jil.54 No.18 pada 29 Disember 2011. Semua dijemput hadir untuk membuat pemeriksaan dokumen ini dan mengemukakan pandangan atau bantahan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut: LOKASI TETAP 9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis) Majlis Daerah Padang Terap Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) LOKASI BERGERAK 9.00 pagi – 11.00 pagi (Pekan Sehari), 5.00 petang-7.00 petang (Pasar Malam) Nat Kuala Nerang (Ahad dan Selasa) Pekan Sehari Naka (Ahad) Pekan Sehari Lubuk Merbau (Ahad) Pasar Malam Pedu (Selasa) Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut : Pn. Hairulliza Binti Abdul Rahman (04-731 4688 ext 106) TPr Kok Lai Kuan (04-731 4688 ext 156) Pn. Hayati Binti Kuneh (04-731 4688 ext 165) Pn. Nor Zuhaizan Binti Zulkifli (04-731 4688 ext 164) En. Amir Hamzah Bin Abdullah Sani (04-731 4688 ext 160) En. Mohd Azizi Bin Mohd Tajidi (04-731 4688 ext 158) Tuan/Puan juga boleh memuat turun bahan-bahan publisiti dan borang maklum balas pelanggan melalui pautan berikut : BIL PERKARA DOKUMEN   Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian)     Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Peta Cadangan Muat Turun   Jilid II : Garis Panduan dan Kawalan Pembangunan Muat Turun   Ringkasan Eksekutif Muat Turun   Flip Folio Muat Turun   Risalah Muat Turun   Streamer Muat Turun   Banner Muat Turun   Borang Bantahan Awam Muat Turun   Borang Maklumbalas Pelanggan Muat Turun #DRTDaerahPadangTerapKedah2035Penggantian #PadangTerapPrestij  #KedahSejahtera #TheGreaterKedah #PLANMalaysia #PLANMalaysiaKedah #PPZU #pejabatprojekzonutara #MalaysiaMadani ...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR SEGAMAT, JOHOR

Dec 07, 2023 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR SEGAMAT, JOHORDraf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Bandar Segamat, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) melalui perunding yang dilantik iaitu Focus Architects & Urban Planners Sdn. Bhd.Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 10 Disember 2023 sehingga 9 Januari 2024. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas(RKK) Pembaharuan Semula Bandar Segamat, Johor diadakan:Tarikh : 10 Disember 2023 – 9 Januari 2024Hari dan Masa :Ahad – Rabu (8.30 pagi – 4.30 petang)Khamis(8.30 pagi – 3.00 petang)Lokasi Semakan1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor)2. Majlis Perbandaran Segamat3. Pejabat Daerah SegamatSekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Bandar Segamat, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalamborang tersebut.Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang MaklumBalas Awam melalui pautan berikut :BILPERKARADOKUMEN1.LAPORAN DRAF RKK PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR SEGAMATMuat-Turun2.RINGKASAN EKSEKUTIFMuat-Turun3.BROCHUREMuat-Turun4.PANEL PAMERANMuat-Turun5.BANNER PAMERANMuat-Turun6.BUNTING PAMERANMuat-Turun7.BORANG MAKLUM BALAS AWAMMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHOR

Nov 24, 2023 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHORDraf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 4 Disember 2023 sehingga 4 Januari 2024. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor diadakan:Tarikh:4 Disember 2023 – 4 Januari 2024Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)  Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang)Lokasi Semakan:1. Majlis Perbandaran Batu Pahat  2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor)Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut :BILPERKARADOKUMEN1.LAPORAN DRAF RKK PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHORMuat-Turun2.RINGKASAN EKSEKUTIFMuat-Turun3.BROCHUREMuat-Turun4.PANEL PAMERANMuat-Turun5.BANNER PAMERANMuat-Turun6.BUNTING PAMERANMuat-Turun7.BORANG MAKLUM BALAS AWAMMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 08, 2023 -PROGRAM PUBLISITI AWALKAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)Pejabat Projek Zon Tengah di bawah Unit Rancangan Pembangunan 1 sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian). Program Publisiti Awal adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal daripada pihak yang berkepentingan.Program Publisiti Awal akan dijalankan pada 21 November 2023. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklum balas melalui Borang Maklum Balas dengan mengimbas kod QR bermula 8 November 2023 sehingga 8 Disember 2023.Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian).Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya: BILPERKARADOKUMEN1.BrosurMuat-Turun2.Video PendekMuat-Turun3.Maklum BalasMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KELANTAN 2035 (PENGGANTIAN)

Nov 08, 2023 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KELANTAN 2035 (PENGGANTIAN)PADA 14 NOVEMBER – 13 DISEMBER 2023Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Ketereh untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Jajahan Kota Bharu 2020 (Majlis Daerah Ketereh).Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (14 November 2023 sehingga 13 Disember 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 13 Disember 2023 (Rabu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di 3 lokasi pameran tetap seperti berikut:   i. Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam  ii. Lobi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu iii. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan Kompleks Kota Darulnaim, Kota BharuMasa semakan:Ahad – Rabu (8.30 pagi – 4.30 petang) Khamis, (8.30 pagi – 3.00 petang)Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :     i. Pn. Norasniza binti Hamzah (Pengurus Projek) di talian 019-9121179 atau;    ii. En. Abd. Rahman bin Mustapha (Bahagian Perancangan dan Bangunan) di talian 013-9905838 atau;   iii. En. Sabry bin Hamid (Peg. Perancang Bandar) di talian 019-9106881 atau;   iv. En. Muhamad Alif bin Hashim (Pegawai Perancang Bandar PM@K) di talian 018-9497844Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Awam DRTMDKPI, Kelantan 2035 (P) boleh didapati melalui pautan berikut:1. Dokumen RT Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan 2035 (Penggantian)      i. Jilid 1     ii. Jilid 2    iii. Jilid 32. Ringkasan Eksekutif     i. Bahasa Melayu     ii. English3. Banner Laman Web4. Risalah5. Panel Pameran6. Borang Maklum Balas7. Borang Maklum Balas Melalui Pautan8. Bunting...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Oct 26, 2023 - PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)   Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 30 Oktober 2023 sehingga 29 November 2023 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling, Kedah 2035 (Penggantian) (DRTMDB 2035). Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan. Penyediaan DRTMDB 2035 ini bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Baling 2020 (RTDB 2020) yang telah tamat tempoh, di mana kali terakhir diwartakan pada 14 Mac 2019 iaitu RTDB 2020 (Pengubahan 3). Semua dijemput hadir untuk membuat semakan dokumen ini dan mengemukakan pandangan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut: LOKASI TETAP (9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis)) Majlis Daerah Baling Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Pejabat Daerah & Tanah Baling Majlis Daerah Baling Cawangan Kuala Ketil LOKASI BERGERAK (8.00 pagi – 12.00 tengah hari) Pasar Pagi Pekan Baling (Ahad) Pasaraya Econsave Baling (Isnin & Rabu) Pasar Sehari Kg Lalang (Selasa) UTC Sg Petani (Khamis) Pasar Pagi Kupang (Jumaat) Pasar Pagi Kuala Ketil (Sabtu) Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut: Haji Mustafa Bakri bin Alias Sani (04-735 2870 ext 105) Ayesha binti Ahmad Zawawi (04-735 2870 ext 146) Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Awam DRTMDB 2035 boleh didapati melalui pautan berikut: Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling 2035 (Penggantian) Jilid 1 : Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis Jilid 2 : Garis Panduan Kawalan Perancangan Ringkasan Eksekutif Flip Folio Banner Bunting Brochure Borang Bantahan Awam Borang Maklum Balas Pelanggan   #RTBALING2035 #DRTMDB2035 #BalingBahagia #BalingDaerahPelanconganEko #BalingBerdayaHuni #KedahSejahtera #TheGreaterKedah #PPZU #pejabatprojekzonutara #PLANMalaysia #MalaysiaMadani ...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 27, 2023 - PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN) Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) [RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian)] disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkenaan keperluan pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu Rancangan Tempatan. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu (1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan baharu bagi Daerah Yan sehingga tahun perancangan 2035. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (Selasa). PERANAN ANDA Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan (RT MDY), Kedah 2035 (Penggantian) di lokasi-lokasi berikut: i. Majlis Daerah Yan ii. Pejabat Daerah dan Tanah Yan iii. Pejabat PLANMalaysia Kedah Anda boleh memeriksa Laporan Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) sepanjang tempoh publisiti diadakan; Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Yan. Semakan juga boleh diperiksa secara atas talian di laman sesawang berikut:- i. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) ii. Laman Web PLANMalaysia Kedah iii. Laman Web Majlis Daerah Yan Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :- 1. Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan , Kedah 2035 (Penggantian) Jilid I :  Draf RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) Jilid II : Draf RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 2. Ringkasan Eksekutif RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 3. Flip Folio RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 4. Cover Panel RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 5. Risalah RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) - Halaman Hadapan - Halaman Belakang 6. Borang Bantahan RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 7. Poster RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 8. Banner Publisiti RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) 9. Streamer RT MDY Kedah 2035 (Penggantian) Cadangan atau bantahan berkenaan rancangan tersebut boleh dibuat melalui Borang Bantahan Awam atau memorandum dan difaks / email / pos sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (atau melalui google form di pautan borang bantahan dan maklumbalas: https://forms.gle/VnJAbVjXEvsfoJSv6) #PLANMalaysia #MalaysiaMadani #KedahSejahteraNikmatUntukSemua #rtmdy2035 #yanlestari #yandaerahpelancongandesa #pejabatprojekzonutara ...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 27, 2023 - PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN) Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Sik untuk tempoh perancangan sehingga 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Sik 2007-2020 yang telah tamat tempoh perancangannya pada tahun 2020. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 27 September 2023 sehingga 27 Oktober 2023 yang bertujuan untuk untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan terhadap cadangan pembangunan yang terkandung di dalam dokumen Draf RT tersebut bagi kawasan Majlis Daerah Sik. Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) ini akan diadakan di 2 lokasi tetap seperti berikut :- 1. Majlis Daerah Sik 2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia seperti mana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 27 Oktober 2023. Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :- 1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) 2. Laman Web PLANMalaysia Kedah 3. Laman Web Majlis Daerah Sik Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :- 1. Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik , Kedah 2035 (Penggantian)      Jilid I :  Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis      Jilid II : Garis Panduan dan Kawalan Perancangan      Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan 2. Ringkasan Eksekutif RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 3. Pop Up RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) - Pop Up 1 - Pop Up 2 4. Flip Folio RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 5. Panel Pameran RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 6. Risalah RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 7. Poster RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 8. Banner Publisiti RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) 9. Borang Bantahan ...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti