ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARANG, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 11, 2023 -PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAMDRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARANG, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Marang, Terengganu 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Marang untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Marang 2000 – 2020  dan RT Daerah Marang 2030 (Penggubahan).Porgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (17 September 2023–16 Oktober 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Marang yang terkandung di dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 16 Oktober 2023 (Isnin).Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :Pn. Norhasnita binti Hj. Abd Samad (Pengurus Projek) di talian 011-32379161 atau;En. Ahmad Fauzi bin Abdul Shukor (Ketua Unit Jabatan Perancangan dan Pembangunan Landskap Majlis Daerah Marang) di talian  016-7705881 atau;En. Muhammad Nur Haszriezol bin Abdul Rahman (Pen. Pengurus Projek) di talian 014-8239786 atau;Pn. Athirah binti Ahmad Azmi (Pegawai Perancang Bandar PMT) di talian 010-2682084. Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut:1. Dokumen Rancangan Tempatan Majlis Daerah Marang 2035 (Penggantian)    i.   Jilid 1    ii.  Jilid 2    iii. Jilid 32. Ringkasan Eksekutif3. Poster4. Risalah5. Panel Pameran6. Borang Maklumbalas7. Borang Maklumbalas Melalui Pautan8. Banting9. Banner 10. Streamer11. Pelan Gunatanah Daerah Marang 2035...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARAN 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 08, 2023 -PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARAN 2035 (PENGGANTIAN)Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Maran 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Maran untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukan subseksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Maran 2020 yang telah tamat tempoh perancangan pada 31 Disember 2020.Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu bermula 11 September sehingga 10 Oktober 2023. Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Maran yang terkandung di dalam dokumen draf RT tersebut.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan dokumen draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen sebelum atau pada 10 Oktober 2023 (Selasa).Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Perancangan, Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap Majlis Daerah Maran di talian 09-618 2366 / 09-618 2368 atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang) di talian 09-5721181.Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :1. Dokumen RT Majlis Daerah Maran 2035 (P)     i. Jilid 1     ii. Jilid 2     iii. Jilid 32. Laporan Pangkalan Data Geospatial3. Ringkasan Eksekutif4. Poster5. Risalah6. Borang Maklum Balas7. Borang Maklum Balas Melalui Pautan8. Notis Akhbar9. Banting10. Banner11. Streamer12. Semakan Peta Cadangan Guna Tanah Keseluruhan, Blok Perancangan dan Blok Perancangan Kecil...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BERA 2035 (PENGGANTIAN)

Sep 07, 2023 -PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BERA 2035 (PENGGANTIAN)Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Bera dengan kerjasama PLANMalaysia@Pahang dan Pejabat Projek Zon Timur telah menyediakan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian) dan sedia untuk dipamerkan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Bera yang terkandung di dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian).Pameran bermula pada 11 September sehingga 10 Oktober September 2023 yang diadakan di 3 lokasi tetap seperti berikut :-1. Majlis Daerah Bera2. PLANMalaysia Pahang3. Pejabat Daerah dan Tanah Bera.Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)2. Laman Web PLANMalaysia@Pahang3. Laman Web Majlis Daearh Bera    Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :-1. Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)     Jilid I : Strategi Pembangunan     Jilid II : Peta Cadangan dan Kawalan Perancangan     Jilid III : Pengurusan, Pelaksanaan dan Sistem Maklumat Geografi2. Bannner Perasmian RT Majlis Daerah Maran 2035 (Penggantian) & RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)3. Ringkasan Eksekutif RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)4. Borang Bantahan Awam RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian) - Secara atas talian5. Borang Bantahan Awam RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian) - Bercetak6. Risalah7. Banner Publisiti RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)8. Streamer/Bunting RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)9. Panel/Bahan Pameran RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)10. Pop-Up Portable RT Majlis Daerah Bera 2035 (Penggantian)...

PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SUNGAI TEBRAU (MBJB) 2035

Aug 29, 2023 -DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SUNGAI TEBRAU (MBJB) 2035 Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Tebrau (MBJB) 2035 telah disediakan berdasarkan Peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Laporan Draf RKK ini disediakan bertujuan untuk pemeliharaan dan peningkatan kualiti alam sekitar terutamana kualiti air Sungai Tebrau. Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi laporan Draf RKK ini akan diadakan selama satu(1) bulan bermula 13 Julai 2023 sehingga 12 Ogos 2023. Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan laporan draf RKK di lokasi yang telah ditetapkan atau secara atas talian. Maklum balas atau cadangan boleh dikemukakan melalui saluran yang disediakan sepanjang tempoh ia dipublisitikan. Tarikh : 13 Julai 2023 hingga 12 Ogos 2023 Masa : Ahad – Rabu (8:30 pagi – 4.30 petang) Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang) Lokasi semakan/ maklum balas : Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan,Majlis Bandaraya Johor BahruJabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) Pautan : https://www.mbjb.gov.my/ms/info-mbjb/pusat-media/pengumuman/program-publisiti-dan-penyertaan-awam-draf-rancangan-kawasan-1  LAMPIRAN:Laporan Draf RKK Sungai Tebrau (MBJB) 2035Ringkasan EksekutifBorang Maklum BalasBorang Maklum Balas Atas TalianBanner...

PUBLISITI DRAF RKK ROYAL BELUM, PERAK

Apr 28, 2023 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAFRANCANGAN KAWASAN KHAS TAMAN NEGERI ROYAL BELUM, PERAKSukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], laporan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Negeri Royal Belum, Perak telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 2 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.Draf RKK Taman Negeri Royal Belum, Perak disediakan mengikut peruntukan di bawah seksyen 16B, Akta 172 yang juga berfungsi sebagai pelan pengurusan pemuliharaan. Kawasan RKK ini meliputi keseluruhan Taman Negeri Royal Belum yang berkeluasan 128,272 hektar dan kawasan zon penampan seluas 259,160 hektar. Taman Negeri Royal Belum diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] pada tahun 2012 dan telah dimasukkan dalam Tentative List pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2017.Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan selama empat (4) minggu ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap laporan Draf RKK tersebut terutamanya cadangan-cadangan pemeliharaan dan pemuliharaan di Taman Negeri Royal Belum dan kawasan zon penampan.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 31 Mei 2023.Berikut adalah tarikh dan lokasi semakan dokumen bagi orang awam:Tarikh : 2 Mei 2023 - 31 Mei 2023Lokasi Semakan :1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (PLANMalaysia@Perak)2. Majlis Daerah Gerik3. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak4. Jeti Awam Hentian Royal Belum Amnjaya, Pulau Banding, Gerik 1.Draf RKK Taman Negeri Royal Belum, Perak2.Ringkasan Eksekutif RKK Taman Negeri Royal Belum3.Borang Bantahan RKK Taman Negeri Royal Belum4.Panel Pameran RKK Taman Negeri Royal Belum5.Panel Saiz A3 RKK Taman Negeri Royal Belum6.Banner RKK Taman Negeri Royal Belum7.Bunting RKK Taman Negeri Royal Belum...

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS, PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR.

Dec 20, 2022 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS, PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR.Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Pusat Bandar Tangkak, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. Laporan Draf RKK ini disediakan bagi mencapai matlamat penjenamaan semula pusat bandar Tangkak sebagai bandar yang mampan, vibran serta berdaya maju.Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi laporan Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 13 Disember 2022 sehingga 13 Januari 2023. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum laporan Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan : Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan laporan Draf RKK di lokasi pameran yang telah ditetapkan atau secara atas talian serta mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas bagi menambahbaik laporan Draf RKK ini sebelum atau pada 13 Januari 2023.Tuan/ Puan boleh memuat turun bahan publisiti dan borang maklumbalas melalui pautan berikut :Tarikh:13 Disember 2022 – 13 Januari 2023Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)  Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang)Lokasi Semakan:1. Majlis Daerah Tangkak  2. Pejabat Daerah Tangkak  3. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Pusat Bandar TangkakMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (Dwi Bahasa)Muat-Turun3.Panel PameranMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.Borang Maklum BalasMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Roll UpMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI DRAF RKK SEDILI, KOTA TINGGI

Dec 20, 2022 -PROGRAM PUBLISITI DRAF RKK SEDILI, KOTA TINGGIPublisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili, Kota Tinggi, Johor bermula 18 Disember 2022 sehingga 18 Januari 2023 (hari bekerja) dilokasi semakan atau secara dalam talian. Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili, Kota Tinggi, Johor, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan:Tarikh:18 Disember 2022 hingga 18 Januari 2023Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)  Khamis (9.00 pagi – 3.30 petang)Lokasi Semakan:1. PLANMalaysia@Johor  2. Majlis Daerah Kota Tinggi  3. Pejabat Daerah Kota Tinggi Tuan/ Puan boleh memuat turun bahan publisiti dan borang maklumbalas melalui pautan berikut : BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Sedili, kota Tinggi, JohorMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.Panel PameranMuat-Turun5.Borang MaklumbalasMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI DRAF RKK TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

Dec 20, 2022 -PROGRAM PUBLISITI DRAF RKK TAMAN NEGARA ENDAU ROMPINPublisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Taman Negara Endau Rompin, Johor bermula 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 (hari bekerja) dilokasi semakan atau secara dalam talian. Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Taman Negara Endau Rompin, Johor, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan:Tarikh:15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)  Khamis (9.00 pagi – 3.30 petang)Lokasi Semakan:1. PLANMalaysia@Johor  2. Pejabat Taman Negara Johor, Endau-Rompin (Selai) Bekok  3. Majlis Perbandaran Kluang  4. Majlis Daerah Mersing  5. Pejabat Tanah & Daerah LabisTuan/ Puan boleh akses borang maklumbalas secara online melalui pautan QR Code dibawah :Tuan/ Puan boleh memuat turun bahan publisiti dan borang maklumbalas melalui pautan berikut : BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Taman Negara Endau Rompin, JohorMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (BM)Muat-Turun3.Ringkasan Eksekutif (BI)Muat-Turun4.BannerMuat-Turun5.Borang MaklumbalasMuat-Turun6.Bahan PameranMuat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh- Bandar Warisan Bijih Timah, 2020

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas RKK Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah, 2020 merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dan dikategorikan sebagai RKK bagi pembangunan semula (regeneration) kawasan dalam pusat bandar dan kawasan berkepentingan warisan (heritage). Kawasan Kajian RKK Pekan Ipoh dan Fungsinya :- Pusat Konurbasi Pertumbuhan Separa Wilayah Negara Pusat Wilayah Negeri (PWN) Pusat perdagangan dan perkhidmatan kawasan perancangan Pusat Bandaraya Ipoh (Central Business District) Teras Pembangunan :- Pengurusan tanah dan bangunan ke arah pembentukan bandar warisan mampan berdaya huni Pemeliharaan warisan alam bina dan budaya cara hidup (cultural lifestyle) bandar Pemeliharaan dan pengukuhan imej, rekabentuk, aktiviti dan ruang awam Pengurusan sirkulasi dan aksesibiliti ruang bandar sebagai bandar transit Penaiktarafan infrastruktur bandar bagi menyokong pembentukan bandar warisan yang efisien Pengukuhan rangka institusi dan pelaksanaan pemeliharaan warisan bandar Branding dan repositioning Bandar Warisan Ipoh dalam ekonomi masa hadapan   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Bunting Muat-Turun 3. Banner Muat-Turun 4. Streamer Muat-Turun 5. Draf Akhir RKK – Pekan Ipoh Bandar warisan Bijih Timah, 2020 Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Terengganu 2013-2030

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Terengganu 2030 meliputi enam kawasan khas dalam Pusat Bandar iaitu kawasan Ladang Tanjung. Nesan Empat, Paya Bunga, Batas Baru, Ladang Sahak dan Gong Kapas. Antara cadangan pembangunan yang utama iaitu cadangan pembangunan bersepadu di Jalan Sultan Ismail, cadangan pembangunan semula kediaman di Gong Kapas-Bukit Kecil, cadangan Pusat warisan Nesan Empat, cadangan pembangunan semula di Ladang Sahak dan cadangan penstrukturan semula tanah perkuburan di Paya Bunga.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Banner Muat-Turun 2. Pamplet Muat-Turun 3. Notis Akhbar Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun ...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti