ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS, PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR.

Dec 20, 2022 -PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM, DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS, PEMBAHARUAN SEMULA PUSAT BANDAR TANGKAK, JOHOR.Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Pusat Bandar Tangkak, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. Laporan Draf RKK ini disediakan bagi mencapai matlamat penjenamaan semula pusat bandar Tangkak sebagai bandar yang mampan, vibran serta berdaya maju.Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi laporan Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 13 Disember 2022 sehingga 13 Januari 2023. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum laporan Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan : Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan laporan Draf RKK di lokasi pameran yang telah ditetapkan atau secara atas talian serta mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas bagi menambahbaik laporan Draf RKK ini sebelum atau pada 13 Januari 2023.Tuan/ Puan boleh memuat turun bahan publisiti dan borang maklumbalas melalui pautan berikut :Tarikh:13 Disember 2022 – 13 Januari 2023Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)  Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang)Lokasi Semakan:1. Majlis Daerah Tangkak  2. Pejabat Daerah Tangkak  3. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia@Johor) BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Pusat Bandar TangkakMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (Dwi Bahasa)Muat-Turun3.Panel PameranMuat-Turun4.RisalahMuat-Turun5.Borang Maklum BalasMuat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Roll UpMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI DRAF RKK TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

Dec 20, 2022 -PROGRAM PUBLISITI DRAF RKK TAMAN NEGARA ENDAU ROMPINPublisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Taman Negara Endau Rompin, Johor bermula 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 (hari bekerja) dilokasi semakan atau secara dalam talian. Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Taman Negara Endau Rompin, Johor, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan:Tarikh:15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023Hari dan Masa:Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)  Khamis (9.00 pagi – 3.30 petang)Lokasi Semakan:1. PLANMalaysia@Johor  2. Pejabat Taman Negara Johor, Endau-Rompin (Selai) Bekok  3. Majlis Perbandaran Kluang  4. Majlis Daerah Mersing  5. Pejabat Tanah & Daerah LabisTuan/ Puan boleh akses borang maklumbalas secara online melalui pautan QR Code dibawah :Tuan/ Puan boleh memuat turun bahan publisiti dan borang maklumbalas melalui pautan berikut : BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Taman Negara Endau Rompin, JohorMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (BM)Muat-Turun3.Ringkasan Eksekutif (BI)Muat-Turun4.BannerMuat-Turun5.Borang MaklumbalasMuat-Turun6.Bahan PameranMuat-Turun ...

Rancangan Kawasan Khas Melaka World Solar Valley

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas Melaka World Solar Valley (RKK MWSV) adalah suatu rancangan pemajuan yang disediakan secara terperinci dan bercorak tempatan. RKK ini akan menjadi panduan agar komponen-komponen pembangunan di Melaka World Solar Valley akan menampilkan ciri-ciri sebagai Lembah Suria yang unik berdasarkan potensinya yang dilihat sebagai pusat kepada industri teknologi garapan tenaga suria. VISI PEMBANGUNAN MELAKA WORLD SOLAR VALLEY “Mewujudkan pembangunan bandar teknologi hijau bertaraf dunia yang berteraskan tenaga suria menjelang tahun 2020” MISI PEMBANGUNAN MELAKA WORLD SOLAR VALLEY Menyediakan sebuah kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga suria sebagai alternatif utama di dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lain di dalam kawasan seluas 7,248.43 hektar. Mewujudkan satu rantaian yang menyeluruh (complete chain) industri teknologi hijau khususnya tenaga suria yang akan memberikan faedah-faedah secara langsung dan tidak langsung kepada matlamat pembangunan yang mampan dan sosio-ekonomi tempatan.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Aturcara Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Streamer Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Rantau Panjang

Nov 14, 2022 - 1.1 Rancangan Kawasan Khas Rantau Panjang 2020 (RKK Rantau Panjang 2020) adalah merupakan Rancangan Pemajuan yang disediakan berasakan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 1.2 RKK Rantau Panjang 2020 meliputi keseluruhan Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 260.50 hektar dan terletak di dalam 3 mukim iaitu Mukim Pekan rantau Panjang, sebahagian Mukim Rantau Panjang dan sebahagian Mukim Lubok Gong. Ianya berada kira-kira 20km ke bandar Pasir Mas dan 44km ke bandar Kota Bharu serta bersempadan dengan selatan Negara Thailand. Ianya telah dizonkan sebagai kawasan ‘Zon Bebas Cukai’ di bawah Akta Kastam 1967 yang juga merupakan pintu keluar masuk utama ke Negara Thailand terutamanya ke Pekan Sungai Golok. 1.3 Strategi perancangan RKK Rantau Panjang 2020 diselaraskan dengan 5 komponen pembangunan yang telah dikenalpasti iaitu :- Keselamatan Pelancongan Ekonomi Pengangkutan dan Infrastruktur Pengurusan dan Pelaksanaan 1.4 Selaras dengan komponen pembangunan yang telah dikenalpasti, konsep dan strategi pembangunan RKK Rantau Panjang 2020 dibentuk berdasarkan hasil penemuan dan rangka kerja yang telah dibentuk iaitu keselamatan dan kedaulatan,pelancongan, ekonomi dan infrastruktur dan utiliti. Perincian kepada konsep yang dicadangkan adalah sebagaimana berikut : Merancang aksesibiliti dan fasiliti yang selamat, selesa dan menyeluruh bagi laluan antarabangsa dan dalaman RKK Rantau Panjang. Membangunkan tebing dan pesisir Sungai Golok berasaskan konteks keselamatan dan kedaulatan Negara. Membangunkan semula Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dalam konteks ekonomi dan pelancongan supaya ia lebih berdaya saing dan dinamik. Merancang pengelompokan kawasan pentadbiran dan institusi kerajaan untuk memudahkan pengurusan serta mewujudkan gunatanah yang lebih efisyen. Membangunkan sebuah hub pengangkutan awam bersepadu untuk memberikan alternatif kepada pengunjung dan pelancong. Merancang dan mencadangkan pecahan zon terperinci bagi kawasan RKK Rantau Panjang untuk memudahkan pengurusan dan pembangunan yang dicadangkan. 1.5 Berikut adalah strategi pembangunan yang dicadangkan mengikut rangka kerja kajian RKK Rantau Panjang: i- Strategi pembangunan keselamatan dan kedaulatan Membangunkan tebing Sungai Golok dengan cadangan tebatan banjir dan zon keselamatan Membangunkan landskap dan rekreasi dengan tema yang sesuai untuk menggalakkan aktiviti riadah serta mengurangkan penyeludupan ii- Strategi pembangunan pelancongan Membangunkan semula zon bebas cukai dengan konsep dan daya tarikan baru Menjadikan Masjid Beijing sebagai mercu tanda ke Rantau Panjang serta pembangunan pintu gerbang dengan imej yang sesuai iii- Strategi pembangunan ekonomi Mempelbagaikan aktiviti dan produk di zon bebas cukai Mengezonkan tanah berpotensi dengan kediaman dan perniagaan terancang iv- Strategi pembangunan infrastruktur dan utiliti Membangun dan menambahbaik jalan-jalan yang telah dikenalpasti Membangunkan sistem perparitan yang menyeluruh untuk mengurangkan banjir 1.6 Cadangan gunatanah utama RKK Rantau Panjang 2020 dihasilkan berdasarkan kepada konsep dan strategi pembangunan yang telah dibentuk. Cadangan gunatanah RKK Rantau Panjang 2020 adalah sebagaimana berikut : Cadangan gunatanah telah dibahagikan mengikut zon. Zon gunatanah bagi RKK Rantau Panjang ini dicadangkan mengikut halatuju yang telah ditetapkan iaitu meningkatkan keselamatan dan membantu pertumbuhan aktiviti pelancongan dan ekonomi pekan ini supaya lebih drastik dan ekonomik. Tanah-tanah yang berpotensi telah dizonkan sebagai kediaman terancang iaitu sebanyak 43.84% (282.18 ekar) untuk menggalakkan pembangunan kediaman berkonsepkan penyatuan tanah ataupon taman perumahan. Zon kediaman ini juga akan dijadikan kawasan untuk penempatan semula penduduk-penduduk di kawasan-kawasan yang bakal dibangunkan berdasarkan cadangan pemajuan RKK Rantau Panjang dan skim perumahan rakyat. Seterusnya zon perniagaan terancang yang dicadangkan adalah sebanyak 8.83% (56.87 ekar) di Zon Bebas Cukai yang dilihat bakal menjadi titik fokus dalam menjana aktiviti ekonomi dan pelancongan serta di zon 4 iaitu lot-lot di sepanjang Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Kawasan di sepanjang Sungai Golok pula akan di zonkan sebagai kawasan pembangunan landskap dan zon keselamatan yang merangkumi 6.62% (46.63 ekar) daripada keseluruhan kawasan. Zon keselamatan ini adalah bebas daripada sebarang pembangunan fizikal. 1.7 Perancangan gunatanah RKK Rantau Panjang 2020 yang dibahagikan mengikut zon bertujuan mewujudkan satu mekanisma dalam urusan pembangunan untuk memudahkan Majlis Daerah Pasir Mas mengurus tadbir serta membangunkan Rantau Panjang dengan lebih efisyen. Perincian kepada cadangan gunatanah ini adalah seperti berikut : Membangunkan sebuah zon bebas cukai baru dengan pengkhususan terhadap aktiviti perniagaan yang disokong oleh kemudahan awam dan infrastruktur yang baik dan Zon Bebas Cukai; Memusatkan pejabat dan pusat operasi agensi-agensi kerajaan yang berpotensi di Rantau Panjang; Membangunkan pusat atau terminal pengangkutan awam bersepadu yang akan memudahkan pengunjung dan penduduk setempat mendapatkan kemudahan pengangkutan awan; dan Mengezonkan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai kediaman dan pembangunan bercampur yang terancang.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Streamer Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh- Bandar Warisan Bijih Timah, 2020

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas RKK Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah, 2020 merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dan dikategorikan sebagai RKK bagi pembangunan semula (regeneration) kawasan dalam pusat bandar dan kawasan berkepentingan warisan (heritage). Kawasan Kajian RKK Pekan Ipoh dan Fungsinya :- Pusat Konurbasi Pertumbuhan Separa Wilayah Negara Pusat Wilayah Negeri (PWN) Pusat perdagangan dan perkhidmatan kawasan perancangan Pusat Bandaraya Ipoh (Central Business District) Teras Pembangunan :- Pengurusan tanah dan bangunan ke arah pembentukan bandar warisan mampan berdaya huni Pemeliharaan warisan alam bina dan budaya cara hidup (cultural lifestyle) bandar Pemeliharaan dan pengukuhan imej, rekabentuk, aktiviti dan ruang awam Pengurusan sirkulasi dan aksesibiliti ruang bandar sebagai bandar transit Penaiktarafan infrastruktur bandar bagi menyokong pembentukan bandar warisan yang efisien Pengukuhan rangka institusi dan pelaksanaan pemeliharaan warisan bandar Branding dan repositioning Bandar Warisan Ipoh dalam ekonomi masa hadapan   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Bunting Muat-Turun 3. Banner Muat-Turun 4. Streamer Muat-Turun 5. Draf Akhir RKK – Pekan Ipoh Bandar warisan Bijih Timah, 2020 Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Terengganu 2013-2030

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Terengganu 2030 meliputi enam kawasan khas dalam Pusat Bandar iaitu kawasan Ladang Tanjung. Nesan Empat, Paya Bunga, Batas Baru, Ladang Sahak dan Gong Kapas. Antara cadangan pembangunan yang utama iaitu cadangan pembangunan bersepadu di Jalan Sultan Ismail, cadangan pembangunan semula kediaman di Gong Kapas-Bukit Kecil, cadangan Pusat warisan Nesan Empat, cadangan pembangunan semula di Ladang Sahak dan cadangan penstrukturan semula tanah perkuburan di Paya Bunga.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Banner Muat-Turun 2. Pamplet Muat-Turun 3. Notis Akhbar Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kuala Perlis 2013-2018

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kuala Perlis merupakan sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi – agensi kerajaan dan pihak swasta dalam membangun dan menguruskan pembangunan di Kuala Perlis. Kandungan utama RKK ini adalah cadangan zon gunatanah masa hadapan, cadangan projek dan program serta perincian kaedah pelaksanaan mengikut fasa. Transformasi Kuala Perlis sebagai destinasi pelancongan utama utara tanah air melibatkan komponen-komponen berikut :- Pelabuhan pelancongan Pelabuhan perikanan Hab produk halal Pintu masuk utara tanah air Pusat makanan laut Industri marin Keunikan panorama semulajadi “Kuala Perlis dibangunkan berasaskan konsep pembangunan mampan, smart growth, pembangunan infill, moden dan terkawal”   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Streamer Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Draf Akhir RKK – Pusat Bandar Kuala Perlis 2013-2018 Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing

Nov 14, 2022 - Fungsi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing adalah melengkapkan sistem perancangan fizikal negara dengan menterjemahkan polisi, dasar dan strategi Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT). Membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan tindakan pembangunan dengan kadar segera bagi sesuatu kawasan. Program Pelaksanaan Fasa dan keutamaan jenis pembangunan Projek pembangunan, kos dan agensi pelaksana Bentuk intensif pembangunan Pendekatan pengurusan pelaksanaan termasuk prosedur pengambilan tanah dan pampasan Peranan PBT, agensi kerajaan dan swasta Peruntukan akta, peraturan sedia ada dan garis panduan bagi membantu pelaksanaan   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Bunting Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Besi, Dungun merupakan sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam membangun dan menguruskan pembangunan di Bukit Besi sehingga tahun 2025. Kandungan utama RKK ini adalah cadangan zon guna tanah masa hadapan, cadangan projek dan program serta perincian kaedah pelaksanaan mengikut fasa. Keperluan Penyediaan RKK Bukit Besi Berdasarkan hierarki petempatan Rancangan Tempatan Daerah Dungun (RTDD) 2015. Bukit Besi merupakan Pusat Penempatan Utama bersama Paka dan Al-Muktafi Billah Shah. Namun, perkembangan pembangunan di Bukit Besi adalah sangat perlahan dan sehingga kini, perancangan yang telah dilaksanakan hanyalah UiTM (Fasa 1). Cadangan projek-projek utama sangat penting bagi melonjakkan tahap pembangunan kawasan RKK. Penubuhan UiTM memberi impak besar dari segi ekonomi dan lain-lain pembangunan fizikal / infrastruktur di Bukit Besi. Ini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan kawasan secara menyeluruh agar dapat menarik lebih ramai penduduk dan peluang pekerjaan di kawasan RKK. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 sepanjang 185 kilometer mempunyai satu persimpangan keluar masuk (interchange) berhampiran Bukit Besi yang memberi kesan positif kepada pembangunan fizikal dan sosioekonomi penduduk khususnya bagi kawasan Bukit Besi dan Wilayah Ketengah amnya. Terdapat ciri-ciri tinggalan sejarah perlombongan zaman penjajah di Bukit Besi yang berpotensi dibangunkan sebagai pelancongan warisan. Kedudukan Bukit Besi dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjadi pemangkin kepada pembangunan berasaskan industri hiliran, pendidikan dan pelancongan sejarah. Ini diperkukuhkan dengan program-program pembangunan yang distingtif dan dinamik menerusi pelaksanaan projek pemangkin berimpak tinggi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Bukit Besi. Aktiviti perlombongan di Bukit Besi perlu dikawal agar produk warisan dan kualiti persekitaran tidak terjejas.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Bunting Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020 merupakan suatu Pelan Induk terperinci yang menjadi panduan bagi pembangunan masa hadapan bagi Kampung Sungai Ramal Dalam. RKK ini disediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RKK mengandungi cadangan-cadangan terperinci, garis panduan dan perancangan pengurusan pelaksanaan. Pelan Induk Perancangan Pelan Induk Perancangan keseluruhan Kampung Sungai Ramal Dalam bertujuan menjadi panduan pelaksanaan pembangunan ke arah mewujudkan persekitaran kawasan kediaman yang menepati aspirasi kehidupan dalam suasana perkampungan moden. Pelan Induk ini dilaksanakan berdasarkan aspirasi pembentukan suatu komuniti lengkap dan berdaya maju. Matlamat Membangunkan dan Memajukan Kampung Sungai Ramal Dalam sebagai penempatan yang lengkap dengan kemudahan berkualiti dan serasi dengan perbandaran di sekitarnya.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun ...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti