ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020 merupakan suatu Pelan Induk terperinci yang menjadi panduan bagi pembangunan masa hadapan bagi Kampung Sungai Ramal Dalam. RKK ini disediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RKK mengandungi cadangan-cadangan terperinci, garis panduan dan perancangan pengurusan pelaksanaan. Pelan Induk Perancangan Pelan Induk Perancangan keseluruhan Kampung Sungai Ramal Dalam bertujuan menjadi panduan pelaksanaan pembangunan ke arah mewujudkan persekitaran kawasan kediaman yang menepati aspirasi kehidupan dalam suasana perkampungan moden. Pelan Induk ini dilaksanakan berdasarkan aspirasi pembentukan suatu komuniti lengkap dan berdaya maju. Matlamat Membangunkan dan Memajukan Kampung Sungai Ramal Dalam sebagai penempatan yang lengkap dengan kemudahan berkualiti dan serasi dengan perbandaran di sekitarnya.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Padang Besar

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kawasan Khas Pusat Bandar Padang Besar yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand, Padang Besar merupakan salah satu pintu keluar masuk utama darat ke negara jiran. Terkenal sebagai destinasi membeli-belah bagi rakyat Malaysia kerana terdapatnya pasar terbuka yang melibatkan pelbagai jenis barangan yang diimport dengan harga yang berpatutan. RKK Pusat Bandar Padang Besar meliputi kawasan keluasan 102.88 hektar. Ia disempadani oleh landasan keretapi dibahagian barat, sempadan Malaysia-Thailand di utara dan timur, serta Jalan Chuping di bahagian selatan. Pusat Bandar Padang Besar dihubungi melalui Kangar (35km), Bandaraya Alor Setar (80km) dan Jeti Kuala Perlis (46km). Kediaman adalah gunatanah terbesar (26.35 hektar) dan diikuti oleh institusi dan kemudahan masyarakat (23.73 hektar), pengangkutan (19.94 hektar), tanah kosong (18.64 hektar) dan perniagaan serta perkhidmatan (10.34 hektar). Matlamat Pembangunan “Membangunkan Pusat bandar Padang Besar sebagai Pusat Pelancongan Membeli-Belah Harga Rendah dengan Prasarana yang Lengkap”   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Streamer Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing

Nov 14, 2022 - Fungsi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing adalah melengkapkan sistem perancangan fizikal negara dengan menterjemahkan polisi, dasar dan strategi Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT). Membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan tindakan pembangunan dengan kadar segera bagi sesuatu kawasan. Program Pelaksanaan Fasa dan keutamaan jenis pembangunan Projek pembangunan, kos dan agensi pelaksana Bentuk intensif pembangunan Pendekatan pengurusan pelaksanaan termasuk prosedur pengambilan tanah dan pampasan Peranan PBT, agensi kerajaan dan swasta Peruntukan akta, peraturan sedia ada dan garis panduan bagi membantu pelaksanaan   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Bunting Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Besi, Dungun merupakan sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam membangun dan menguruskan pembangunan di Bukit Besi sehingga tahun 2025. Kandungan utama RKK ini adalah cadangan zon guna tanah masa hadapan, cadangan projek dan program serta perincian kaedah pelaksanaan mengikut fasa. Keperluan Penyediaan RKK Bukit Besi Berdasarkan hierarki petempatan Rancangan Tempatan Daerah Dungun (RTDD) 2015. Bukit Besi merupakan Pusat Penempatan Utama bersama Paka dan Al-Muktafi Billah Shah. Namun, perkembangan pembangunan di Bukit Besi adalah sangat perlahan dan sehingga kini, perancangan yang telah dilaksanakan hanyalah UiTM (Fasa 1). Cadangan projek-projek utama sangat penting bagi melonjakkan tahap pembangunan kawasan RKK. Penubuhan UiTM memberi impak besar dari segi ekonomi dan lain-lain pembangunan fizikal / infrastruktur di Bukit Besi. Ini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan kawasan secara menyeluruh agar dapat menarik lebih ramai penduduk dan peluang pekerjaan di kawasan RKK. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 sepanjang 185 kilometer mempunyai satu persimpangan keluar masuk (interchange) berhampiran Bukit Besi yang memberi kesan positif kepada pembangunan fizikal dan sosioekonomi penduduk khususnya bagi kawasan Bukit Besi dan Wilayah Ketengah amnya. Terdapat ciri-ciri tinggalan sejarah perlombongan zaman penjajah di Bukit Besi yang berpotensi dibangunkan sebagai pelancongan warisan. Kedudukan Bukit Besi dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjadi pemangkin kepada pembangunan berasaskan industri hiliran, pendidikan dan pelancongan sejarah. Ini diperkukuhkan dengan program-program pembangunan yang distingtif dan dinamik menerusi pelaksanaan projek pemangkin berimpak tinggi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Bukit Besi. Aktiviti perlombongan di Bukit Besi perlu dikawal agar produk warisan dan kualiti persekitaran tidak terjejas.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Bunting Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Rantau Panjang

Nov 14, 2022 - 1.1 Rancangan Kawasan Khas Rantau Panjang 2020 (RKK Rantau Panjang 2020) adalah merupakan Rancangan Pemajuan yang disediakan berasakan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 1.2 RKK Rantau Panjang 2020 meliputi keseluruhan Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 260.50 hektar dan terletak di dalam 3 mukim iaitu Mukim Pekan rantau Panjang, sebahagian Mukim Rantau Panjang dan sebahagian Mukim Lubok Gong. Ianya berada kira-kira 20km ke bandar Pasir Mas dan 44km ke bandar Kota Bharu serta bersempadan dengan selatan Negara Thailand. Ianya telah dizonkan sebagai kawasan ‘Zon Bebas Cukai’ di bawah Akta Kastam 1967 yang juga merupakan pintu keluar masuk utama ke Negara Thailand terutamanya ke Pekan Sungai Golok. 1.3 Strategi perancangan RKK Rantau Panjang 2020 diselaraskan dengan 5 komponen pembangunan yang telah dikenalpasti iaitu :- Keselamatan Pelancongan Ekonomi Pengangkutan dan Infrastruktur Pengurusan dan Pelaksanaan 1.4 Selaras dengan komponen pembangunan yang telah dikenalpasti, konsep dan strategi pembangunan RKK Rantau Panjang 2020 dibentuk berdasarkan hasil penemuan dan rangka kerja yang telah dibentuk iaitu keselamatan dan kedaulatan,pelancongan, ekonomi dan infrastruktur dan utiliti. Perincian kepada konsep yang dicadangkan adalah sebagaimana berikut : Merancang aksesibiliti dan fasiliti yang selamat, selesa dan menyeluruh bagi laluan antarabangsa dan dalaman RKK Rantau Panjang. Membangunkan tebing dan pesisir Sungai Golok berasaskan konteks keselamatan dan kedaulatan Negara. Membangunkan semula Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dalam konteks ekonomi dan pelancongan supaya ia lebih berdaya saing dan dinamik. Merancang pengelompokan kawasan pentadbiran dan institusi kerajaan untuk memudahkan pengurusan serta mewujudkan gunatanah yang lebih efisyen. Membangunkan sebuah hub pengangkutan awam bersepadu untuk memberikan alternatif kepada pengunjung dan pelancong. Merancang dan mencadangkan pecahan zon terperinci bagi kawasan RKK Rantau Panjang untuk memudahkan pengurusan dan pembangunan yang dicadangkan. 1.5 Berikut adalah strategi pembangunan yang dicadangkan mengikut rangka kerja kajian RKK Rantau Panjang: i- Strategi pembangunan keselamatan dan kedaulatan Membangunkan tebing Sungai Golok dengan cadangan tebatan banjir dan zon keselamatan Membangunkan landskap dan rekreasi dengan tema yang sesuai untuk menggalakkan aktiviti riadah serta mengurangkan penyeludupan ii- Strategi pembangunan pelancongan Membangunkan semula zon bebas cukai dengan konsep dan daya tarikan baru Menjadikan Masjid Beijing sebagai mercu tanda ke Rantau Panjang serta pembangunan pintu gerbang dengan imej yang sesuai iii- Strategi pembangunan ekonomi Mempelbagaikan aktiviti dan produk di zon bebas cukai Mengezonkan tanah berpotensi dengan kediaman dan perniagaan terancang iv- Strategi pembangunan infrastruktur dan utiliti Membangun dan menambahbaik jalan-jalan yang telah dikenalpasti Membangunkan sistem perparitan yang menyeluruh untuk mengurangkan banjir 1.6 Cadangan gunatanah utama RKK Rantau Panjang 2020 dihasilkan berdasarkan kepada konsep dan strategi pembangunan yang telah dibentuk. Cadangan gunatanah RKK Rantau Panjang 2020 adalah sebagaimana berikut : Cadangan gunatanah telah dibahagikan mengikut zon. Zon gunatanah bagi RKK Rantau Panjang ini dicadangkan mengikut halatuju yang telah ditetapkan iaitu meningkatkan keselamatan dan membantu pertumbuhan aktiviti pelancongan dan ekonomi pekan ini supaya lebih drastik dan ekonomik. Tanah-tanah yang berpotensi telah dizonkan sebagai kediaman terancang iaitu sebanyak 43.84% (282.18 ekar) untuk menggalakkan pembangunan kediaman berkonsepkan penyatuan tanah ataupon taman perumahan. Zon kediaman ini juga akan dijadikan kawasan untuk penempatan semula penduduk-penduduk di kawasan-kawasan yang bakal dibangunkan berdasarkan cadangan pemajuan RKK Rantau Panjang dan skim perumahan rakyat. Seterusnya zon perniagaan terancang yang dicadangkan adalah sebanyak 8.83% (56.87 ekar) di Zon Bebas Cukai yang dilihat bakal menjadi titik fokus dalam menjana aktiviti ekonomi dan pelancongan serta di zon 4 iaitu lot-lot di sepanjang Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Kawasan di sepanjang Sungai Golok pula akan di zonkan sebagai kawasan pembangunan landskap dan zon keselamatan yang merangkumi 6.62% (46.63 ekar) daripada keseluruhan kawasan. Zon keselamatan ini adalah bebas daripada sebarang pembangunan fizikal. 1.7 Perancangan gunatanah RKK Rantau Panjang 2020 yang dibahagikan mengikut zon bertujuan mewujudkan satu mekanisma dalam urusan pembangunan untuk memudahkan Majlis Daerah Pasir Mas mengurus tadbir serta membangunkan Rantau Panjang dengan lebih efisyen. Perincian kepada cadangan gunatanah ini adalah seperti berikut : Membangunkan sebuah zon bebas cukai baru dengan pengkhususan terhadap aktiviti perniagaan yang disokong oleh kemudahan awam dan infrastruktur yang baik dan Zon Bebas Cukai; Memusatkan pejabat dan pusat operasi agensi-agensi kerajaan yang berpotensi di Rantau Panjang; Membangunkan pusat atau terminal pengangkutan awam bersepadu yang akan memudahkan pengunjung dan penduduk setempat mendapatkan kemudahan pengangkutan awan; dan Mengezonkan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai kediaman dan pembangunan bercampur yang terancang.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Borang Bantahan Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Streamer Muat-Turun ...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020

Nov 12, 2022 -Meliputi keseluruhan Daerah Hilir Perak dan kawasan pesisiran pantainya di dalam jarak 3 batu nautikal ke laut. Keluasan tanah daratan = 173,987.19 hektar. Guna tanah tahun 2010, 86% adalah tanah pertanian manakala guna tanah tepu bina hanya 7% dari keluasan daerah. Peratusan penduduk 2010 luar bandar : bandar ialah 68 : 32. Penyumbang ekonomi utama daerah – sektor tertiari. KDNK perkapita 2010 = RM 8,278.Tujuan perancangan ini adalah untuk memperincikan aspirasi Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN2) dan menterjemahkan dasar strategik Rancangan Struktur (RS) Negeri Perak 2020 di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak, melengkapkan tiga (3) peringkat sistem rancangan pemajuan yang terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara di peringkat negara, Rancangan Struktur di peringkat Negeri Perak dan Rancangan Tempatan di peringkat Daerah Hilir Perak.Menyediakan satu dokumen perancangan dan pelaksanaan yang boleh dirujuk oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Perak Darul Ridzuan di dalam meningkatkan keberkesanan daya penyampaian (delivery system) dan mengawal pembangunan dan menyediakan dokumen perancangan yang boleh dirujuk bersama oleh jabatan serta agensi lain di peringkat negeri dan daerah untuk menyelaras pembangunan mengikut matlamat dan objektif bagi memandu pembangunan daerah supaya menjadi lebih teratur dan sistematik. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Jilid 1 : Strategi PembangunanPermohonan Melalui Emel3.Jilid 2 : Kawalan PerancanganPermohonan Melalui Emel4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BrosurMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2020

Nov 12, 2022 -Kawasan RT meliputi keseluruhan Daerah Kuala Kangsar dengan keluasan 256,360.64 hektar. Ia merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Perak selepas Derah Hulu Perak dan Batang Padang. Kawasan RT terletak 48 km ke utara dari Bandaraya Ipoh dan boleh dihubung secara terus melalui Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Persekutuan 1 dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kawasan RT terletak di bahagian tengah Negeri Perak dan bersempadan dengan Daerah Hulu Perak (bahagian utara), Kinta (bahagian selatan), Larut Matang dan Selama (bahagian barat) dan Negeri Kelantan (bahagian timur). Terdapat 9 mukim di dalam kawasan RT dan dibahagikan kepada 5 blok perancangan (BP) (Jadual 1.1). Bagi memperincikan cadangan gunatanah dan pembangunan sehingga tahun 2020, 18 blok perancangan kecil (BPK) turut disediakan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Jilid 1 : Strategi PerancanganMuat-Turun3.Jilid 2 : Kawalan PerancanganMuat-Turun4.Jilid 3 : Pengurusan dan PelaksanaanMuat-Turun5.Notis Akhbar BM | Notis Akhbar BIMuat-Turun BM | Muat-Turun BI6.PosterMuat-Turun7.BannerMuat-Turun8.BuntingMuat-Turun9.Borang Bantahan Awam JPBD PerakMuat-Turun10.Borang Bantahan Awam MPKKMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025

Nov 12, 2022 -RT MDBG disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah untuk merancang pembangunan perbandaran serta ekonomi yang progresif berasaskan sumberjaya tempatan dan persekitaran berkualiti.Penyediaan Draf RT Majlis Daerah Batu Gajah 2025 ini berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan menyediakan rancangan tempatan untuk kawasan pentadbirannya. Draf RT Majlis Daerah Batu Gajah 2025 ini bertujuan untuk memandu hala tuju pembangunan di Daerah Batu Gajah bagi jangkamasa perancangan 2025. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.BannerMuat-Turun3.PosterMuat-Turun4.PampletMuat-Turun5.Borang BantahanMuat-Turun6.Notis AkhbarMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2030

Nov 12, 2022 -Ringkasan Eksekutif RancanganTempatan Daerah Manjung 2030 ini mengandungi petikan daripada laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 tersebut.Draf RT Daerah Manjung 2030 mengandungi:Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapt di dalam Peta Cadangan Gunatanah.Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor pembangunan tertentu.Pelan Sisipan menunjukkan pelbagai cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek secara terperinci melalui gambaran, lukisan perspektif,ilustrasi, keluasan,lokasi dan sebagainya.Peta Cadangan Gunatanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.Jadual Kelas Gunatanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah dan bangunan yang dibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan di setiap zon guna tanah yang ditunjukkan di atas Peta Cadangan Kegunaan Tanah. Jadual ini disediakan mengikut Syit Peta Indeks Jabatan Ukur.Objektif Umum Draf RT Daerah Manjung 2030Menjadikan Laporan Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 sebagai dokumen untuk perancangan pembangunan khususnya dalam aspek kebenaran merancang.Menyediakan pelan gunatanah hingga tahun 2030 untuk dijadikan alat kawalan dan memacu pembangunan guna tanah di daerah Manjung.Menyeimbangkan pembangunan dengan sumber-sumber alam semulajadi dan warisan untuk mencapai pembangunan mampan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.PosterMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.Borang BantahanMuat-Turun6.BannerMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030

Nov 12, 2022 -DRT Daerah Perak Tengah 2030 disediakan oleh Majlis Daerah Perak Tengah dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk merancang pembangunan perbandaran serta ekonomi yang progresif berasaskan sumberjaya tempatan dan persekitaran berkualiti. Penyediaan DRT Daerah Perak Tengah 2030 ini berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan menyediakan rancangan tempatan untuk kawasan pentadbirannya.Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas 127,946 hektar terdiri dari 12 buah mukim iaitu Belanja, Layang-layang, Bota, Lambor Kanan, Lambor Kiri, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Pasir Panjang Hulu, Pasir Salak, Bandar, Kota Setia dan Jaya Baru. Draf ini mengandungi strategi pembangunan dan cadangan penggunaan tanah terperinci mengikut lot dan disokong dengan jadual kelas kegunaan tanah, pelan-pelan dan gambarajah serta Garis Panduan Perancangan Umum dan Khusus untuk rujukan pengawalan perancangan bagi semua pihak berkepentingan.Orang awam boleh membuat semakan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 di tempat yang dinyatakan sepanjang tempoh publisiti diadakan, bermula 22 Disember 2015 hingga 21 Januari 2016. Laporan Penuh Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 boleh disemak di Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan dan Majlis Daerah Perak Tengah. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Daerah Perak Tengah 2030-Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Daerah Perak Tengah 2030-Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.PosterMuat-Turun6.StreamerMuat-Turun7.Borang Bantahan Kepada Majlis Daerah Perak TengahMuat-Turun8.Borang Bantahan Kepada JPBD PerakMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti