ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Risalah ini ialah ringkasan Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030. Ia menerangkan cadangan-cadangan pembangunan di dalam daerah Cameron Highlands. Di samping itu, mekanisme kawalan pembangunan disediakan bagi membantu proses pembangunan di Cameron Highlands pada masa depan. Segala perincian mengenai rancangan ini hendaklah merujuk kepada laporan draf rancangan tersebut.KEPERLUAN PENGGANTIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDSTerdapat beberapa isu pembukaan dan pembangunan tanah secara tidak sah dan di luar dari zon cadangan guna tanah yang dibenarkan. Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda seperti mana yang berlaku pada 21 November 2014. Isu-isu kesesakan lalulintas, aktiviti perniagaan tidak formal, kemerosotan kualiti visual, rekabentuk bandar dan sebagainya perlu diatasi. Pengesyoran oleh YAB. Tan Sri Pengerusi pada Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh pada 24 November 2014 untuk penyediaan RT bagi memulihkan semula Daerah Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi negara adalah bertepatan dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 9Akta 172). Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Daerah Cameron Highlands 2030 -Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Daerah Cameron Highlands 2030 -Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.PosterMuat-Turun6.StreamerMuat-Turun7.PampletMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun9.Notis AkhbarMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035

Nov 11, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035 (Penggantian) ini disediakan dengan peruntukan Seksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dokumen ini merupakan satu-satunya dokumen perancangan yang akan digunakan secara sah sebagai mekanisme perancangan Rancangan Rempatan adalah dokumen yang menyatakan semua cadangan pembangunan tanah dan fizikal yang terperinci. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.RisalahMuat-Turun3.MaklumbalasMuat-Turun4.Backdrop RTD Kuantan 2035Muat-Turun5.Backdrop PameranMuat-Turun6.Banner PerasmianMuat-Turun7.Banner SemakanMuat-Turun8.Banting PerasmianMuat-Turun9.Banting SemakanMuat-Turun10.PosterMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Bentong Pahang 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan seksyen 12, Akta Perancanagn Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Manual Penyediaan Rancangan Tempatan (Pindaan 2001, PLANMalaysia)Menurut peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akata 172), Pindaan Rancangan Tempatan boleh dilaksanakan mengikut kepada peruntukan berikut :1. PBT boleh membuat cadangan untuk pengubahan pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan (Sub Seksyen 16(1)).2. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada PBT berkaitan pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan & PBT hendaklah melaksanakan arahan tersebut secepat mungkin (Subseksyen 16(2)).Visi“Daerah Bentong Sebagai Daerah Bestari,Berdaya Huni Dan Berdaya Tahan” Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Risalah Page1Muat-Turun2.Risalah Page 2Muat-Turun3.Laporan Jilid 1Muat-Turun4.Laporan Jilid 2Muat-Turun5.Laporan Jilid 3Muat-Turun6.BannerMuat-Turun7.Notis Akhbar (BM&BI) Page1Muat-Turun8.Notis Akhbar (BM&BI) Page2Muat-Turun9.Borang Bantahan_Page 1Muat-Turun10.Borang Bantahan_Page 2Muat-Turun11.PosterMuat-Turun12.BantingMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Gugusan Pulau Tioman, Pahang 2030

Nov 11, 2022 -APA ITU RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)?Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu bentuk rancangan pemajuan yang disediakan bagi suatu kawasan yang dipilih secara khusus bertujuan menentukan tindakan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan tersebut. Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.PERUNTUKAN AKTA 172Subseksyen 16B(1), Akta 172Jika pada bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan, Pengarah Negeri atau PBPT atas daya usahanya sendiri atau sebagaimana yang di arahkan oleh jawatankuasa boleh mengemukakan kepada jawatankuasa cadangan bagi penetapan suatu kawasan khas bagi perolahkan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan atau sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan.Subseksyen 16B(2), Akta 172Jawatankuasa Hendaklah menentukan sama ada Pengarah Negeri atau PBPT yang bertanggungjawab menyediakan suatu rancangan bagi kawasan khas itu.Subseksyen 16B(3), Akta 172Rancangan bagi sesuatu kawasan khas hendaklah disediakan dengan cara yang sama sebagaimana penyediaan rancangan tempatan, tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam rancangan itu panduan yang terperinci bagi pelaksanaan dan pengurusannya dan rancangan itu hendaklah mempunyai kuat kuasanya seperti rancangan tempatan.KEPERLUAN RKK GUGUSAN PULAU TIOMAN 20301. Kawasan Peranginan Bertaraf Antarabangsa2. Keperluan Kawalan Perancangan Yang Komprehensif3. Kepentingan Pengekalan Flora dan Fauna Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.RisalahMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.BannerMuat-Turun4.BackdropMuat-Turun5.Notis Akhbar (BM&BI)Muat-Turun6.Borang BantahanMuat-Turun7.BantingMuat-Turun8.Draf RKK Tioman 2030Muat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Gemok, Rompin, Pahang

Nov 11, 2022 -APA ITU RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)?Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu bentuk rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan di mana ianya adalah untuk pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan. Rancangan kawasan khas ini telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/ Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.Pelan Tindakan PembangunanPelan Kawasan Tindakan pembangunanPlan Sususn Atur/PengezonanGaris PanduanPelan Pengurusan Dan Pelaksanaan ProgramPelan PengurusanPERUNTUKAN AKTA 172Keperluan penyediaan RKK dinyatakan dalam Subseksyen 16 B(1), (2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pindaan tahun 2001 (Akta A1129 ).Subseksyen 16B (1)Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)  boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri cadangan untuk menyediakan (Penetapan )RKK bagi suatu kawasan khas .RKK perlu mengandungi cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk, memajukan,  memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau tujuan pengurusan kawasan. RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan .Subseksyen 16B (2)Jawatankuasa akan menentukan sama ada Pengarah JPBD Negeri  atau PBPT yang berkenaan berkenaan diberi diberi tanggungjawab menyediakan RKK .Subsekyen 16B (3)RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan tetapi hendaklah dimasukkan panduan yang terperinci  berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya dan RKK hendaklah mempunyai kuat kuasanya seperti RancanganTempatan .Sumber : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)PROFIL KAWASAN KAJIAN (RANCANGAN KAWASAN KHAS TANJUNG GEMOK, ROMPIN, PAHANG)Rancangan Kawasan Khas Tanjung Gemok, Rompin, Pahang merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dan berkepentingan khusus sebagai ‘enablers’ kepada pelancongan, ekonomi & maritim.Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Gemok, Rompin, Pahang adalah melibatkan penyediaan cadangan secara terperinci yang mengandungi pelan-pelan tindakan dan spesifikasi pembangunan, pelan-pelan pengurusan, garis panduan, program-program serta tindakan pelaksanaan.KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS TANJUNG GEMOK, ROMPIN, PAHANGMewujudkan pembangunan yang teratur dan sejahtera bagi pekan Tanjung Gemok.Pengurusan kerja perancangan dan penyelarasan pembangunan oleh Majlis Daerah Rompin (MDR) dalam merancang dan menyusun atur guna tanah yang sistematik.Meningkatkan Ekonomi Penduduk Tempatan.Pembangunan Sistematik Bagi Industri Berteraskan Maritim dan Hasil Laut.Imej Baharu di Pekan dan Jeti Tanjung Gemok.Kemudahan Penduduk melalui Penyediaan Kemudahan Awam.Keselesaan dan Kemudahan kepada Pelancong.Pembangunan Industri Maritim dan Produk Tempatan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan RKKMuat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.BannerMuat-Turun4.BuntingMuat-Turun5.PosterMuat-Turun6.Notis AkhbarMuat-Turun7.Bahan PameranMuat-Turun8.RisalahMuat-Turun9.Borang Bantahan AwamMuat-Turun10.Borang Bantahan Awam OnlineMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Pekan 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).Menurut peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan telah dinyatakan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam subseksyen 16(1) dan subseksyen 16(2).RT Daerah Pekan 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan RT Daerah Pekan 2015 yang telah tamat tempoh perancangannya.Matlamat Pembangunan RTD Pekan 2035 (Penggantian) ialah ‘MEMBANGUNKAN DAERAH PEKAN SEBAGAI DAERAH MAMPAN DAN BANDAR DIRAJA YANG MAJU’Dan tagline pembangunan ialah ‘DAERAH PEKAN MAJU, INDAH, MEGAH DAN MAKMUR’. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Jilid 2Muat-Turun3.Laporan Draf RT Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun8.Bahan PameranMuat-Turun9.RisalahMuat-Turun10.Borang MaklumbalasMuat-Turun11.Borang Maklumbalas Dalam TalianMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Daerah Raub 2003-2015 (Rancangan Tempatan Daerah Raub 2015) yang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 1321 dan telah tamat tempoh perancangannya.Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Strategi PembangunanJilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan PembangunanJilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan ProjekProgram Publisiti dan Penyertaan Awam yang diadakan selama 30 hari bermula pada 22 September – 21 Oktober 2021 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Raub sepertimana yang terkandung di dalam dokumen Draf RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan dan mengemukakan maklumbalas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 21 Oktober 2021. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Jilid 1 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun2.Jilid 2 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun3.Jilid 3 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.PosterMuat-Turun8.Bahan PameranMuat-Turun9.RisalahMuat-Turun10.Feature ArticleMuat-Turun11.Notis Akhbar (BM)Muat-Turun12.Notis Akhbar (BI)Muat-Turun13.Borang Bantahan AwamMuat-Turun14.Borang Bantahan Awam (online)Muat-Turun...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK CHINI (PENGUBAHAN)

Nov 11, 2022 -Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini (Pengubahan) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 3 Oktober 2022 (Isnin) hingga 2 November 2022 (Selasa).Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja di lokasi berikut :-1. Majlis Daerah Pekan2. Majlis Daerah Rompin3. Majlis Daerah Maran4. PLANMalaysia PahangDraf Rancangan Kawasan Khas (Pengubahan) tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian di laman sesawang berikut:PLANMalaysia PahangMajlis Daerah PekanMajlis Daerah RompinMajlis Daerah MaranAyuh sama-sama memberikan komitmen dan melibatkan diri dalam perancangan pembangunan khasnya bagi Kawasan Rizab Biosfera Pertama Malaysia yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Bantahan dan maklumbalas dari semua pihak perlu didengar dan sangat bermakna bagi perancangan masa hadapan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Tasik ChiniMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (BM)Muat-Turun3.Ringkasan Eksekutif (BI)Muat-Turun4.Borang BantahanMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.Pop UpMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (Penggantian)

Nov 10, 2022 -Keperluan Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (Penggantian) disediakan selaras dengan Peruntukan Seksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Ianya disediakan bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Rembau 2000-2010 yang telah tamat tempoh perancangan 2010. Draf RTD Rembau ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Selatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM). Draf RTD Rembau 2025 (Penggantian) adalah merupakan dokumen perancangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Penyertaan Bertulis yang mempericikan cadangan-cadangan pemajuan tanah di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau sehingga tahun 2025.Seiring dengan Semangat 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Draf RTD Rembau 2025 (Penggantian) disediakan bagi mengenalpasti, mengkaji dan menyediakan penyelesaian bagi permasalahan yang terdapat di Daerah Rembau dengan mengeksploitasi potensi-potensi yang ada bagi menyediakan satu perancangan jangka panjang yang dapat memastikan semua penduduk Daerah Rembau dapat menikmati pembangunan di kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan. Draf RTD rembau 2025 (Penggantian) ini akan dipamerkan kepada orang awam terutamanya masyarakat setempat mulai 8 Mac 2013 sehingga 8 April 2013 pada waktu pejabat (8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat) di tiga (3) tempat berikut iaitu Majlis Daerah Rembau, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Sembilan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.LaporanMuat-Turun3.Feature ArticleMuat-Turun4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.PampletMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015

Nov 10, 2022 -Draf RT Jempol 2002-2015 (Pengubahan 1-2013) Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah Blok Perancangan BP1, BP2, BP3, BP4, BP5, BP6, BP7, BP,8, BP9 dan BP10 dalam Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015 boleh dibuat di tiga lokasi berikut :-Dewan Majlis Daerah Jempol, Bahau;Pejabat Majlis Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol;Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Sembilan.Publisiti akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 21 November 2013 hingga 24 Disember 2013. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Siti Noranita bt Mohd Jamil di talian 06-4583192 (MDJL) atau Pn. Siti Noraidah bt Idris (JPBDNS) di talian 06-7659066. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RTD Jempol (Pengubahan 1)Muat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.PosterMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.BuntingMuat-Turun6.Borang BantahanMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti