ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Pekan 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).Menurut peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan telah dinyatakan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam subseksyen 16(1) dan subseksyen 16(2).RT Daerah Pekan 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan RT Daerah Pekan 2015 yang telah tamat tempoh perancangannya.Matlamat Pembangunan RTD Pekan 2035 (Penggantian) ialah ‘MEMBANGUNKAN DAERAH PEKAN SEBAGAI DAERAH MAMPAN DAN BANDAR DIRAJA YANG MAJU’Dan tagline pembangunan ialah ‘DAERAH PEKAN MAJU, INDAH, MEGAH DAN MAKMUR’. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RT Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Draf RT Jilid 2Muat-Turun3.Laporan Draf RT Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.Notis AkhbarMuat-Turun8.Bahan PameranMuat-Turun9.RisalahMuat-Turun10.Borang MaklumbalasMuat-Turun11.Borang Maklumbalas Dalam TalianMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Daerah Raub 2003-2015 (Rancangan Tempatan Daerah Raub 2015) yang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 1321 dan telah tamat tempoh perancangannya.Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Strategi PembangunanJilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan PembangunanJilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan ProjekProgram Publisiti dan Penyertaan Awam yang diadakan selama 30 hari bermula pada 22 September – 21 Oktober 2021 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Raub sepertimana yang terkandung di dalam dokumen Draf RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan dan mengemukakan maklumbalas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 21 Oktober 2021. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Jilid 1 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun2.Jilid 2 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun3.Jilid 3 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BuntingMuat-Turun7.PosterMuat-Turun8.Bahan PameranMuat-Turun9.RisalahMuat-Turun10.Feature ArticleMuat-Turun11.Notis Akhbar (BM)Muat-Turun12.Notis Akhbar (BI)Muat-Turun13.Borang Bantahan AwamMuat-Turun14.Borang Bantahan Awam (online)Muat-Turun...

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TASIK CHINI (PENGUBAHAN)

Nov 11, 2022 -Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini (Pengubahan) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 3 Oktober 2022 (Isnin) hingga 2 November 2022 (Selasa).Semakan laporan ini boleh dibuat pada hari bekerja di lokasi berikut :-1. Majlis Daerah Pekan2. Majlis Daerah Rompin3. Majlis Daerah Maran4. PLANMalaysia PahangDraf Rancangan Kawasan Khas (Pengubahan) tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian di laman sesawang berikut:PLANMalaysia PahangMajlis Daerah PekanMajlis Daerah RompinMajlis Daerah MaranAyuh sama-sama memberikan komitmen dan melibatkan diri dalam perancangan pembangunan khasnya bagi Kawasan Rizab Biosfera Pertama Malaysia yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Bantahan dan maklumbalas dari semua pihak perlu didengar dan sangat bermakna bagi perancangan masa hadapan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Draf RKK Tasik ChiniMuat-Turun2.Ringkasan Eksekutif (BM)Muat-Turun3.Ringkasan Eksekutif (BI)Muat-Turun4.Borang BantahanMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.Pop UpMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti