ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025

Nov 12, 2022 -RT MDBG disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah untuk merancang pembangunan perbandaran serta ekonomi yang progresif berasaskan sumberjaya tempatan dan persekitaran berkualiti.Penyediaan Draf RT Majlis Daerah Batu Gajah 2025 ini berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan menyediakan rancangan tempatan untuk kawasan pentadbirannya. Draf RT Majlis Daerah Batu Gajah 2025 ini bertujuan untuk memandu hala tuju pembangunan di Daerah Batu Gajah bagi jangkamasa perancangan 2025. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.BannerMuat-Turun3.PosterMuat-Turun4.PampletMuat-Turun5.Borang BantahanMuat-Turun6.Notis AkhbarMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2020

Nov 12, 2022 -Kawasan RT meliputi keseluruhan Daerah Kuala Kangsar dengan keluasan 256,360.64 hektar. Ia merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Perak selepas Derah Hulu Perak dan Batang Padang. Kawasan RT terletak 48 km ke utara dari Bandaraya Ipoh dan boleh dihubung secara terus melalui Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Persekutuan 1 dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kawasan RT terletak di bahagian tengah Negeri Perak dan bersempadan dengan Daerah Hulu Perak (bahagian utara), Kinta (bahagian selatan), Larut Matang dan Selama (bahagian barat) dan Negeri Kelantan (bahagian timur). Terdapat 9 mukim di dalam kawasan RT dan dibahagikan kepada 5 blok perancangan (BP) (Jadual 1.1). Bagi memperincikan cadangan gunatanah dan pembangunan sehingga tahun 2020, 18 blok perancangan kecil (BPK) turut disediakan. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Jilid 1 : Strategi PerancanganMuat-Turun3.Jilid 2 : Kawalan PerancanganMuat-Turun4.Jilid 3 : Pengurusan dan PelaksanaanMuat-Turun5.Notis Akhbar BM | Notis Akhbar BIMuat-Turun BM | Muat-Turun BI6.PosterMuat-Turun7.BannerMuat-Turun8.BuntingMuat-Turun9.Borang Bantahan Awam JPBD PerakMuat-Turun10.Borang Bantahan Awam MPKKMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020

Nov 12, 2022 -Meliputi keseluruhan Daerah Hilir Perak dan kawasan pesisiran pantainya di dalam jarak 3 batu nautikal ke laut. Keluasan tanah daratan = 173,987.19 hektar. Guna tanah tahun 2010, 86% adalah tanah pertanian manakala guna tanah tepu bina hanya 7% dari keluasan daerah. Peratusan penduduk 2010 luar bandar : bandar ialah 68 : 32. Penyumbang ekonomi utama daerah – sektor tertiari. KDNK perkapita 2010 = RM 8,278.Tujuan perancangan ini adalah untuk memperincikan aspirasi Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN2) dan menterjemahkan dasar strategik Rancangan Struktur (RS) Negeri Perak 2020 di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak, melengkapkan tiga (3) peringkat sistem rancangan pemajuan yang terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara di peringkat negara, Rancangan Struktur di peringkat Negeri Perak dan Rancangan Tempatan di peringkat Daerah Hilir Perak.Menyediakan satu dokumen perancangan dan pelaksanaan yang boleh dirujuk oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Perak Darul Ridzuan di dalam meningkatkan keberkesanan daya penyampaian (delivery system) dan mengawal pembangunan dan menyediakan dokumen perancangan yang boleh dirujuk bersama oleh jabatan serta agensi lain di peringkat negeri dan daerah untuk menyelaras pembangunan mengikut matlamat dan objektif bagi memandu pembangunan daerah supaya menjadi lebih teratur dan sistematik. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Ringkasan EksekutifMuat-Turun2.Jilid 1 : Strategi PembangunanPermohonan Melalui Emel3.Jilid 2 : Kawalan PerancanganPermohonan Melalui Emel4.PosterMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.BrosurMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu peta dan penyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah dengan menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040. Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2035 (Penggantian) ini merupakan laporan rancangan pembangunan dan pelan perancangan yang baru untuk menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020.MATLAMAT PEMBANGUNAN“MEMPERKASA DAERAH KERIAN SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNAN WILAYAH UTARA NEGERI PERAK BERFOKUSKAN KEPADA PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI DAN AGROPELANCONGAN”TERAS PEMBANGUNANMatlamat Pembangunan disokong dan dilengkapkan oleh LIMA Teras Pembangunan berikut :Teras 1 : Pertumbuhan Ekonomi Dinamik dan Berdaya SaingTeras 2 : Pembangunan Fizikal Mampan dan Reka Bentuk Persekitaran MenarikTeras 3 : Kelestarian Alam Sekitar dan Infrastruktur EfisienTeras 4 : Pembangunan Komuniti SejahteraTeras 5 : Urus Tadbir Cekap dan Mesra Rakyat Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Laporan Jilid 1Muat-Turun2.Laporan Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan Eksekutif (Malay Version)Muat-Turun4.BackdropMuat-Turun5.BannerMuat-Turun6.Borang Bantahan (PLANMalaysia@Perak)Muat-Turun7.Borang Bantahan (MD Kerian)Muat-Turun8.BuntingMuat-Turun9.FlyerMuat-Turun10.PanelMuat-Turun11.Pull OutMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2020 yang telah diwartakan pada 8 Disember 2011 (No. Warta 2364) dan telah tamat tempoh perancangan pada 2020.Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian) ini merangkumi:Jilid I :  Strategi PembangunanJilid II : Kawalan PerancanganJilid III : Pengurusan dan PelaksanaanProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 30 hari bermula pada 11 November 2021 sehingga 10 Disember 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Kuala Kangsar yang terkandung dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 10 Disember 2021. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Draf RTDKK 2035 Jilid 1Muat-Turun2.Draf RTDKK 2035 Jilid 2Muat-Turun3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun4.BannerMuat-Turun5.BuntingMuat-Turun6.RisalahMuat-Turun7.PanelMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan RT Daerah Batang Padang 2020 yang telah diwartakan pada 8 Disember 2011 (No. Warta 2364) dan akan tamat tempoh perancangan pada 2020.Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I : Strategi PembangunanJilid II : Kawalan PerancanganJilid III : Pengurusan dan PelaksanaanProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 28 Oktober 2021 sehingga 26 November 2021 yang bertujuan unruk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Batang Padang yang terkandung dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 26 November 2021. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Jilid 1 Draf RT Daerah Batang PadangMuat-Turun2.Jilid 2 Draf RT Daerah Batang PadangMuat-Turun3.Jilid 3 Draf RT Daerah Batang PadangMuat-Turun4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun5.Flipbook (Poster)Muat-Turun6.BannerMuat-Turun7.BuntingMuat-Turun8.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2035 (Penggantian)

Nov 11, 2022 -Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2035 (Penggantian) disediakan untuk menggantikan RT Daerah Hilir Perak 2020 yang telah diwartakan pada 6 Disember 2012 (No. Warta Jil. 65 No. 2295) dan akan tamat tempoh perancangan pada 2020.Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2035 (Penggantian) ini merangkumi :Jilid I : Strategi PembangunanJilid II : Kawalan PerancanganJilid III : Pengurusan dan PelaksanaanProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 15 November 2021 sehingga 14 Disember 2021 yang bertujuan unruk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Hilir Perak yang terkandung dalam dokumen RT.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 14 Disember 2021. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Draf RT Daerah Hilir Perak Jilid 1Muat-Turun2.Draf RT Daerah Hilir Perak Jilid 2Muat-Turun3.Draf RT Daerah Hilir Perak Jilid 3Muat-Turun4.Ringkasan Eksekutif (BM)Muat-Turun5.Ringkasan Eksekutif (BI)Muat-Turun6.Flipbook (Poster)Muat-Turun7.RisalahMuat-Turun8.BannerMuat-Turun9.BuntingMuat-Turun10.Borang BantahanMuat-Turun...

Draf Rancangan Kawasan Khas Warisan Bandar Taiping 2.0

Nov 11, 2022 -Penyediaan Draf Rancangan Kawasan Khas Warisan Bandar Taiping 2.0 ini merupakan fasa kesinambungan daripada Rancangan Kawasan Khas Kawasan Warisan Bandar Taiping 2020 dan merupakan pelaksanaan segera kepada Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035.Publisiti dan Penyertaan AwamProgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 30 hari bermula pada 2 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan yang terkandung dalam dokumen RKK.Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 31 Disember 2021. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.Draf RKK Warisan Bandar Taiping 2.0Muat-Turun2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun3.RisalahMuat-Turun4.Panel PameranMuat-Turun5.Notis Akhbar (BM)Muat-Turun6.Notis Akhbar (BI)Muat-Turun7.BannerMuat-Turun8.Borang Bantahan (Online)Muat-Turun9.Borang Bantahan AwamMuat-Turun...

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR

Nov 11, 2022 -Pejabat Projek Zon Tengah di bawah Unit Rancangan Pembangunan 1 sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor. Sehubungan itu, Program Publisiti Awal adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan.Program Publisiti Awal akan dijalankan pada 29 Ogos 2022. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklum balas/cadangan/pandangan melalui Borang Maklum Balas dan Cadangan dengan mengimbas kod QR bermula 29 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022.Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian RKK ini. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- BILPERKARADOKUMEN1.BannerMuat-Turun2.BrosurMuat-Turun3.SlaidMuat-Turun4.VideoMuat-Turun5.Maklum Balas dan CadanganMuat-Turun...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti