ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.  

 

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi ini bertitik tolak dari pengumuman Mantan YAB Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa Majlis Perasmian RTC Kuala Linggi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 10 November 2012 yang lalu. Keperluan penyediaan RKK Kuala Linggi ini dilihat sebagai tindakbalas Kerajaan Negeri kepada usaha-usaha untuk membangunkan kawasan luar Bandar menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP), salah satu program dibawah Dasar Transformasi Negara (GTP) dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah Negara Maju berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. Konsep Pembangunan RKK Kuala Linggi Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu “Menyediakan Pelan Pembangunan Komprehensif Bagi Kuala Linggi untuk Dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan bagi menyokong peranannya Sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)”. Matlamat RKK Kuala Linggi Menyediakan Pelan Pembangunan Komprehensif bagi Kuala Linggi untuk dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan bagi menyokong perananya sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar. Objektif Mengenalpasti kawasan Pusat Perkhidmatan Kuala Linggi selaras dengan peranannya sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Mengenalpasti peranan dan potensi pelabuhan Kuala Linggi ke tahap yang lebih berdaya maju. Mengkaji kepentingan setiap inisiatif penubuhan RTC dan cadangan-cadangan perlaksanaannya bagi kawasan kajian. Menaiktaraf sistem rangkaian perhubungan pengangkutan yang efisien. Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan dan menyokong pembangunan perbandaran, pelancongan dan kegiatan ekonomi yang lain. Mengenalpasti dan memelihara kawasan sensitive alam sekitar bagi mewujudkan keseimbangan anatara pembangunan alam semulajadi dan mencapai persekitaran alam yang mampan.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Streamer Muat-Turun 4. Notis Akhbar BM Muat-Turun 5. Notis Akhbar BI Muat-Turun 6. Aturcara Muat-Turun 7. Artikel Muat-Turun 8. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pengkalan Kubor

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Pengkalan Kubor adalah merupakan rancangan pemajuan yang disediakan berasaskan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Selaras dengan ini, strategi pembangunan RKK Pengkalan Kubor adalah seperti berikut: a) Zon Pusat Bandar/KBC/Perdagangan Memerlukan penaiktarafan KBC dan keselamatan bandar; Pembaikan pengangkutan, infrastruktur dan kemudahan; dan Pengindahan dan rupa bentuk bandar. b) Zon Pingiran Bandar (Kediaman, Perniagaan dan lain-lain) Penyusunan kawasan kediaman terutama di jalan protokol; Kawasan galakan aktiviti sokongan (perdagangan dan pelancongan);dan Pembaikan aksesibiliti, pengindahan dan imej bandar. c) Zon Pesisir Pantai dan Sungai Geting Pembaikan dan penggalakan aktiviti pelancongan dan rekreasi; Aktiviti berasaskan marin, hasil laut dan kemudahan perikanan; dan Cadangan infrastruktur, aksesibiliti dan pengindahan landskap. d) Zon Kawasan Pembangunan Baru Perancangan pembangunan bersesuaian; Feasibiliti kawasan industri, cadangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan penaiktarafan lalu lintas;dan Pembaikan infrastruktur dan keselamatan pesempadanan.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Banner Muat-Turun 3. Bunting Muat-Turun 4. Pamplet Muat-Turun 5. Bahan Pameran Muat-Turun 6. Notis Akhbar Muat-Turun 7. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba Langkawi 2012-2017

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba, adalah dokumen yang menjelaskan halatuju dan perancangan strategik pembangunan fizikal di Pulau Tuba bagi tempoh perancangan dari tahun 2012 hingga 2017. Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba disediakan mengikut peruntukan subseksyen 16B(1),(2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Mengapa Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba Disediakan? Pulau Tuba masih belum mempunyai pelan komprehensif bagi mengintegrasikan program pembangunan luar bandar dengan perancangan fizikal. RKK Pulau Tuba dapat memberi panduan kepada agensi-agensi pelaksana dalam mengenalpasti projek dan menyelesaikan isu-isu tempatan yang memerlukan tindakan segera. RKK Pulau Tuba memberi panduan dalam memastikan khazanah semulajadi dapat dibangunkan secara mampan, disamping memberi keutamaan kepada memperkasakan komuniti tempatan dan peningkatan ekonomi. Objektif :- Merancang pembangunan fizikal Pulau Tuba sebagai kediaman dan pelancongan yang mampan; Memperkasakan komuniti melalui program pembangunan insan, aktiviti ekonomi dan penglibatan dalam pelancongan; Meningkatkan hubungkait perkongsian aktiviti di Pulau Tuba dan Kawasan Sekitar sebagai Peluang dalam Sektor pelancongan. Matlamat : Pulau Tuba sebagai Pulau Kediaman & Pelancongan yang Sejahtera dan Mampan   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Pamplet Muat-Turun 4. Streamer Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan 2020

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas(RKK) Kuala Tahan 2020 adalah dokumen yang menjelaskan hala tuju perancangan dan pembangunan di kawasan Kuala Tahan 2020 bagi tempoh perancangan sehingga 2020. Objektif Pembangunan adalah :- Memperkukuhkan peranan Kuala Tahan sebagai gateway ke Taman Negara.; Mengatasi masalah kesesakan dan konflik ruang khususnya chalet, jeti dan kawasan perniagaan; Mengurangkan masalah pencemaran melalui penyediaan sistem kemudahan, saliran dan pelupusan yang sistematik; Memajukan ekonomi tempatan berteraskan sektor pelancongan; dan Mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam untuk keselesaan penduduk dan pelancong.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Streamer Muat-Turun 4. Aturcara Muat-Turun 5. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Perindustrian Sungai Choh 2020

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Kawasan Perindustrian Sungai Choh 2020 yang disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B(1), 16B(2) dan 16B(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen pelan tindakan yang disediakan sebagai panduan pelaksanaan pembangunan untuk Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi menentukan hala tuju pembangunan akan datang selaras dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor dan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (KRTDHS) 2020. Draf RKK Kawasan Perindustrian Sungai Choh 2020 Mengandungi :- Pelan cadangan pengezonan yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal mengikut lot. Jadual kelas kegunaan tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang diberikan di setiap zon guna tanah. Pelan tindakan pembangunan berlandaskan kepada sembilan (9) strategi pembangunan yang melibatkan cadangan pembangunan secara keseluruhan, cadangan projek, pelan susun atur dan pelan pelaksanaan. Pengurusan dan pelaksanaan yang mengandungi senarai cadangan projek, kos dan fasa pembangunan yang akan menjadi asas kepada agensi-agensi kerajaan dalam membuat permohonan peruntukan pembangunan.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Bunting Muat-Turun 4. Aturcara Muat-Turun 5. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Gadong dan Mantau 2025

Nov 14, 2022 - Rancangan Kawasan Khas(RKK) Gadong dan Mantau 2025 adalah dokumen yang menjelaskan hala tuju perancangan dan pembangunan di kawasan Gadong dan Mantau bagi tempoh perancangan sehingga 2025. RKK Gadong dan Mantau 2025 adalah rancangan pemajuan yang disediakan di bawah Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172]. Matlamat Kajian adalah:- Menyediakan Satu Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Berserta Garis Panduan Perancangan Bagi Memandu Arah dan Menggalak Pembangunan yang Lestari Objektif Pembangunan adalah :- Menyediakan kawasan kediaman yang selesa dan berkualiti; Menyediakan kemudahan masyarakat dan utiliti mengikut keperluan penduduk berdasarkan garis panduan perancangan; Mewujudkan pusat perniagaan untuk aktiviti ekonomi; Merancang jaringan jalan raya mengikut hierarki bagi mewujudkan aksessibiliti yang efisien; dan Meningkatkan kualiti persekitaran kampung tradisi dari segi kemudahan dan infrastruktur.   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Peta Muat-Turun 4. Pameran Muat-Turun 5. Backdrop Muat-Turun 6. Banner Muat-Turun 4. Bunting Muat-Turun 5. Aturcara Muat-Turun 6. Borang Bantahan Muat-Turun ...

Draf Rancangan Kawasan Khas Tok Bali 2045

Nov 14, 2022 - Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045 (RKK Bandar Tok Bali 2045) adalah merupakan rancangan pemajuan yang disediakan berasaskan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Selaras dengan ini, strategi perancangan RKK Bandar Tok Bali adalah seperti berikut :- Perancangan gunatanah yang menekankan kepada pembentukan komuniti taqwa dan sejahtera dengan penyediaan kawasan kediaman yang mampan dan lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi kehendak masyarakat; Perancangan gunatanah yang menekankan fungsi Bandar Tok Bali sebagai pusat petempatan utama (PPU) yang berperanan sebagai pusat bandar, pusat pelabuhan, pusat pelancongan dan pusat penyelidikan perikanan. Pembangunan pusat bandar Tok Bali digandingkan dengan cadangan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di atas tanah milik MARA, PKINK dan Jabatan Perikanan dijangka dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi; Perancangan gunatanah yang memenuhi keperluan ekonomi dengan mengagihkan pusat perdagangan dan industria sebagai penjana pekerjaan bagi memudahkan ianya dihubungi oleh penduduk setempat; Pembangunan Pelabuhan Portokbali adalah nadi kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan kawasan kajian; Perancangan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan yang bersepadu dengan perancangan gunatanah , mesra pengguna dan mesra alam sekitar Perancangan infrastruktur dan utiliti awam yang mencukupi dan memenuhi keperluan semua pengguna dan mesra alam   Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-   BIL PERKARA DOKUMEN 1. Abstrak Muat-Turun 2. Poster Muat-Turun 3. Risalah Muat-Turun 4. Kain Rentang Muat-Turun 5. Notis Akhbar Muat-Turun 6. Banting Muat-Turun 7. Borang Bantahan Muat-Turun ...

 
 
 
Bahasa  |  English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti