Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI DAN MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) PLANMalaysia

Program Pengukuhan Integriti dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah dianjurkan oleh Unit Integriti, PLANMalaysia. Program ini merupakan salah satu hebahan berterusan mengenai integriti yang perlu dijalankan kepada semua lapisan pegawai bagi mengelakkan berlakunya perlakuan rasuan, membuat tuntutan palsu dan salah guna kuasa dalam agensi. Program ini telah dimulakan dengan ceramah daripada Jabatan Agama Islam (JAKIM) yang bertajuk Baraqahkah Gaji Kita?

Bagi Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, PLANMalaysia telah diwakili oleh YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dihadiri oleh YBhg Datuk Razim bin Mohd Noor Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Majlis Menandatangani IBR diadakan bertujuan memenuhi keperluan standard pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti-Bribery Management System- ABMS). Selain dari itu, majlis pada hari ini merupakan acara simbolik Jabatan sebagai organisasi yang akan bertindak tegas dan tidak bertoleransi terhadap apa-apa bentuk/ kes rasuah yang berlaku (zero tolerance towards corruption).  

 
 

 

Diterbitkan pada 5 Oktober, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator