Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

KAJIAN PANDUAN PELAKSANAAN BANDAR MESRA AUTISME

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian bagi menyediakan panduan pelaksanaan bandar mesra autisme. Panduan pelaksanaan ini disediakan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran inklusif yang mengambil kira keperluan asas dan mampu menyokong keperluan fizikal golongan autisme dalam sesebuah bandar.

Penyediaan panduan pelaksanaan ini juga selaras dengan Agenda Perbandaran Baharu dengan prinsip ‘tidak ada yang tertinggal dibelakang’ iaitu semua golongan masyarakat tidak mengira bangsa, agama, kedudukan mahupun ketidak sempurnaan fizikal diberi hak sama rata untuk mendiami dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan dalam sesebuah bandar. 

 

Diterbitkan pada 23 September, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator