Putrajaya, 15 Mac 2023 - Buat julung kalinya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Perancang Bandar Malaysia (KESPERB) dan Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PPPM) telah mengadakan Program Let's Visit Mom's Office dengan tema Let Children Be Children.
Program ini diadakan sempena cuti sekolah yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada anak-anak kakitangan di Ibu Pejabat PLANMalaysia yang bersekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun mengalami suasana kerja ibu bapa sebagai perancang bandar, di samping beraktiviti sukaneka, bermesra bersama Ketua Pengarah PLANMalaysia serta mewarna doodle bandar impian kanak-kanak selaras dengan permulaan penyediaan kajian panduan persekitaran mesra kanak-kanak.
Program ini diserikan lagi dengan lawatan khas ke Tingkat 13 yang menempatkan pejabat Ketua Pengarah PLANMalaysia khusus untuk sesi ramah mesra serta penyampaian sijil, medal dan cenderahati istimewa sumbangan oleh YBrs. Dr. Ketua Pengarah.
Semoga penganjuran program ini akan dapat memberi pengalaman baharu kepada anak-anak ini dan secara tidak langsung membantu dalam menyediakan kajian panduan persekitaran mesra kanak-kanak.