GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (GPP EVCB) Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

HEBAHAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (GPP EVCB) 

GPP EVCB telah disediakan oleh KPKT melalui PLANMalaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memandu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak-pihak berkepentingan dalam merancang, mereka bentuk dan menyediakan petak pengecasan kenderaan elektrik (electric vehicle charging bay – EVCB). Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-42 telah membincangkan kepentingan penyelarasan perancangan dan reka bentuk serta prosedur permohonan dan kelulusan penyediaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan bersetuju dengan GPP EVCB. Diharapkan GPP EVCB dapat mengukuhkan lagi ekosistem EV di negara ini bagi menyokong sasaran negara ke arah negara sifar karbon menjelang tahun 2050.

Pautan - https://mytownnet.planmalaysia.gov.my/index.php/books/garis-panduan-perancangan-petak-pengecasan-kenderaan-elektrik-evcb/

 

Diterbitkan pada 18 Disember, 2023 Diterbitkan Oleh Muhammad hanif Bin Abdul Aziz