GARIS PANDUAN PERANCANGAN BANDAR RENDAH KARBON Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

MEMACU PEMBANGUNAN BANDAR RENDAH KARBON DAN BERDAYA TAHAN PERUBAN IKLIM 

Perubahan iklim berpunca daripada peningkatan pelepasan karbon/gas rumah kaca (GHG) yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti manusia di bandar. Proses perbandaran yang semakin rancak akan terus menyumbang terhadap isu perubahan iklim sekiranya ia tidak dikawalselia dan tidak dirancang. Perancangan bandar rendah karbon dan berdaya tahan perubahan iklim merupakan pendekatan terbaik untuk memastikan bandar sentiasa bersedia dengan impak perubahan iklim yang akan terus dirasai untuk jangka masa panjang. Bandar rendah karbon bukan sekadar memberi cabaran kepada aspek kehidupan seharian, tetapi ia juga membawa peluang baru untuk diteroka dan sumber ekonomi baru dalam semua bidang berkaitan. PLANMalaysia telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Garis Panduan Perancangan (GPP) Bandar Rendah Karbon dan Berdaya Tahan Perubahan Iklim untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi pelaksana berkaitan untuk memahami dan mengintegrasi aspek perubahan iklim dalam perancangan bandar.

 

Diterbitkan pada 20 Disember, 2023 Diterbitkan Oleh Muhammad hanif Bin Abdul Aziz