• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

PENGENALAN:

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam hal ehwal pengurusan dan tadbir urus Jabatan. Bahagian ini terdiri daripada empat (4) seksyen iaitu;

  • Seksyen Pentadbiran;
  • Seksyen Kewangan;
  • Seksyen Sumber Manusia; dan
  • Seksyen Teknologi Maklumat.

PERANAN:

Peranan utama Bahagian ini ialah mentadbir dan mengurus sumber Jabatan meliputi sumber kewangan, aset, modal insan, perjawatan, fasiliti, logistik serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan fungsi dan perkhidmatan Jabatan dapat disampaikan kepada pelanggan dengan lancar dan berkesan.

FUNGSI SEKSYEN:

  1. Seksyen Pentadbiran: -
  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran Jabatan termasuk pengurusan fasiliti dan kelengkapan ruang pejabat di ibu pejabat dan pejabat projek zon, keselamatan Jabatan dan kesihatan pekerja, pengurusan kontrak sewaan, pengurusan kenderaan serta hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran am Jabatan.
  • Menguruskan dan mengemaskini kedudukan aset tak alih Jabatan dengan teratur.
  • Menguruskan dan mengambil tindakan terhadap aduan awam Jabatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan (JP) dan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Penyelenggaraan Pejabat (JKKP).


    ii. Seksyen Kewangan: -
  • Memastikan pengurusan kewangan dan perbelanjaan Jabatan adalah teratur mengikut peraturan, Arahan Perbendaharaan serta Kaedah Pelaksanaan Perolehan yang digariskan oleh Kerajaan.
  • Menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan untuk Jabatan secara menyeluruh melalui proses-proses merancang, melaksana, memantau dan mengawal.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan Jabatan.
  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi bekalan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh Jabatan.
  • Menguruskan aset alih Jabatan melalui proses perolehan, rekod dan pelupusan.
  • Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).


    iii. Seksyen Sumber Manusia: -
  • Merancang dan menguruskan pengisian kekosongan jawatan berdasarkan kelulusan JPA, pelantikan, dan peletakan jawatan pegawai PLANMalaysia.
  • Menguruskan urusan berkaitan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan kemasukan ke dalam jawatan yang berpencen serta urusan dalam perkhidmatan pegawai PLANMalaysia termasuk semua jenis cuti, penanggungan kerja, permohonan persaraan wajib/pilihan dan lain-lain urusan perkhidmatan.
  • Melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat secara biasa dan KUP bagi pegawai PLANMalaysia.
  • Melaksanakan urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) serta bertindak sebagai urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di PLANMalaysia.
  • Menyediakan Pelan Strategik Sumber Manusia. Menyediakan Pelan Penggantian bagi jawatan utama dan strategik serta urusan Fast Track/SME bagi pegawai skim Perancang Bandar dan Desa.
  • Merancang dan menjadi urus setia kepada Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) sebanyak tiga (3) kali setahun.
  • Merancang dan menyelaras Program Latihan Tahunan PLANMalaysia setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan Kementerian yang meliputi latihan anjuran dalam dan luar Jabatan.
  • Merancang dan melaksanakan Peperiksaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 sebanyak dua (2) kali setahun serta memperaku keputusan peperiksaan Jabatan untuk skim berkenaan.
  • Melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) bagi pegawai baru di PLANMalaysia yang disyaratkan sebagai salah satu syarat wajib sebelum pegawai disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun dari tarikh lantikan.
  • Mengurus pembangunan kerjaya dan kompetensi warga PLANMalaysia melalui pengurusan Hadiah Latihan Pesekutuan (HLP) dan program-program latihan tajaan JPA yang lain dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan program pengukuhan nilai warga PLANMalaysia melalui program di bawah Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) serta menguruskan tawaran dan pelaksaaan latihan amali kepada para pelajar warganegara Malaysia di PLANMalaysia.


    iv. Seksyen Teknologi Maklumat: -
  • Mengurus, mentadbir, membangun dan menambahbaik perkhidmatan ICT yang merangkumi keselamatan, perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data Jabatan.
  • Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT, rangkaian internet dan intranet yang menyokong pengoperasian dan kesinambungan perkhidmatan Jabatan.
  • Memberikan khidmat nasihat dan bantuan teknikal berkaitan ICT yang diperlukan dalam Jabatan.
  • Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT).

PERPUSTAKAAN

       v. 
Perpustakaan Jabatan juga terletak di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan dan berperanan untuk;

  • Mengumpul dan menyimpan koleksi dan terbitan Jabatan bagi tujuan rujukan dan pemuliharaan jangka masa panjang.
  • Menyelenggara koleksi dan terbitan Jabatan.
  • Mendokumentasikan semua koleksi dan terbitan Jabatan untuk rujukan umum.
  • Memastikan pengoperasian Perpustakaan Jabatan seperti urusan peminjaman dan pemulangan bahan cetakan berjalan dengan lancar.



 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt