• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Korporat

Bahagian Korporat

PENGENALAN:

Bahagian Korporat bertanggungjawab secara langsung dalam perkhidmatan korporat Jabatan iaitu menyelaras proses perancangan, pembangunan dan penilaian Pelan Strategik. Bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti perhubungan, promosi dan komunikasi korporat melalui kerjasama strategik bagi memperkasakan peranan dan fungsi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dalam perancangan dan pembangunan negara.


PERANAN:

Bahagian ini memikul tanggungjawab untuk memberi khidmat perancangan dan pengurusan strategik Jabatan secara keseluruhan dengan bertindak sebagai urus setia mesyuarat utama Jabatan, menggubal dan memantau Dasar Korporat dan program pembangunan Jabatan, menyelaras maklum balas kepada mesyuarat peringkat Kementerian, jawapan soalan Parlimen dan perhubungan awam. Bahagian ini akan bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah untuk menentukan hala tuju Jabatan secara keseluruhan. Antara fungsi-fungsi bahagian ini adalah: -

  1. Merumus dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar pengurusan di bawah Pelan Strategik Jabatan (PSJ) dan Pelan Tindakan PSJ tahunan.
  2. Menjalankan tugas-tugas urus setia bagi mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan iaitu Mesyuarat Jawatankuasa (JK) Perancangan dan Pembangunan, Rancangan Korporat Jabatan dan JK Kajian Semula Pengurusan.
  3. Menyelaras perancangan dan pelaksanaan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan.
  4. Mengurus sebaran maklumat dan publisiti serta perhubungan awam.
  5. Mengurus hal ehwal parlimen dan maklum balas mesyuarat-mesyuarat peringkat Kementerian.
  6. Mengurus aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dan penyelarasan sistem pengurusan MS ISO Jabatan.
  7. Mengurus usaha kerjasama strategik dan program pengantarabangsaan.

FUNGSI UNIT:

  1. Unit Kualiti, Keurusetiaan Dan Penyelarasan: -
  • Menyediakan maklum balas kepada mesyuarat kabinet, Kementerian dan agensi-agensi lain;
  • Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan yang berdaya laksana dan mencapai visi dan misi Jabatan;
  • Menyelaras dan memantau KPI Jabatan yang ditetapkan;
  • Menjalankan tugas keurussetiaan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan;
  • Menyelaras urusan hal ehwal parlimen; dan
  • Menyelaras perlaksanaan aktiviti MS ISO 9001 bagi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Ibu Pejabat


    ii. Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Awam: -
  • Menyelaras sebaran maklumat dan hal ehwal perhubungan awam;
  • Menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan;
  • Menyelaras dan mengurus sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia;
  • Menyelaras aduan awam Jabatan;
  • Menyediakan buletin PLANMalaysia;
  • Menyedia dan menyelaras Piagam Pelanggan serta Laporan Pencapaian Piagam Tahunan; dan
  • Menyedia info korporat dan menyelaras info laman web dan media sosial Jabatan


    iii. Unit Hubungan Antarabangsa: -
  • Menyelaras program pengantarabangsaan dan kerjasama strategik Jabatan bagi tujuan peningkatan profesionalisme perkhidmatan;
  • Menyelaras penyediaan taklimat dan lawatan delegasi dalam dan luar negara; dan
  • Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan program Inovasi Jabatan.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt