• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Perancangan Wilayah

Bahagian Perancangan Wilayah

PENGENALAN:

Bahagian Perancangan Wilayah (BPW) telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 2003. Bahagian ini memainkan peranan utama dalam melaksanakan fungsi baru di bawah peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] iaitu menubuhkan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

Tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan mengurus pembangunan, sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6A(5)(b) Akta 172.

PERANAN:

  1. Melaksanakan peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan menggerakkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW).
  2. Mengukuhkan pembangunan wilayah dari segi fizikal, sosial dan ekonomi selaras dengan pembangunan nasional, melalui penyediaan Rancangan Wilayah.
  3. Menasihati dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam wilayah selari dengan dasar-dasar negara.
  4. Membantu Jabatan di dalam merangka dan merancang projek-projek berkepentingan nasional.

FUNGSI UNIT:

  1. Unit Urusetia Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW): -
  • Menjalankan tugas-tugas mengenai penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW) dan pewartaan wilayah berkenaan dan keahlian JPW oleh Menteri Besar/Ketua Menteri yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar dan desa;
  • Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan Jawatankuasa Perancangan Wilayah;
  • Membantu JPW dalam menasihati Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam melaksanakan Rancangan Wilayah;
  • Membantu JPW dalam kerja-kerja penyelarasan polisi, garis panduan dan penggunaan tanah di kawasan sempadan;
  • Membantu JPW menjalankan penyelidikan yang perlu bagi sesuatu wilayah; dan
  • Membantu mewujudkan proses dan tatacara yang seragam untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa perancang tempatan bagi wilayah berkenaan.


    ii. Unit Rancangan Wilayah (URW): -
  • Menjalankan Rancangan Wilayah yang komprehensif/Regional Functional Plan (mengikut subject matter) untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah berkenaan;
  • Menyediakan kajian wilayah bagi kawasan merentasi sempadan Negeri;
  • Mengkaji semula sebahagian atau keseluruhan Rancangan Wilayah;
  • Membangunkan pangkalan data untuk kegunaan perancangan dan pembangunan wilayah; dan
  • Menterjemah dan melaksanakan Rancangan Fizikal Negara di peringkat wilayah.


    iii. Unit Projek Berkepentingan Nasional (UPBN): -
  • Melaksanakan tugas perancangan dan pemantau projek/Kajian Berkepentingan Nasional;
  • Menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal dan menawarkan perkhidmatan kepada pihak-pihak yang memerlukan; dan
  • Perancangan sempadan antarabangsa.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt