• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan

Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan

PENGENALAN:

Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) ini mempunyai objektif untuk mewujudkan sistem pemakaian undang-undang perancangan bandar dan desa yang seragam dan berkesan bagi semua Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan seluruh Negara.

Bagi mencapai objektif tersebut, fungsi dan tanggungjawab BPKSP dijalankan melalui 3 unit berikut:

  • Unit Khidmat Nasihat Perancangan;
  • Unit Kawal Selia Perancangan; dan
  • Unit Gubalan Teknikal.

 

PERANAN:

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyemak dan mengkaji semula Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], menyedia Kaedah-kaedah dan Panduan Pelaksanaan Akta (PPA) di bawah Akta 172 untuk kegunaan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menjalankan penyiasatan tapak dan menyediakan kertas perakuan bagi permohonan di bawah seksyen 20B dan subseksyen 22(2A) Akta 172. Selain itu, Bahagian ini juga memberi khidmat nasihat perundangan, menjalankan program sebaran perundangan perancangan sebagaimana peranan Ketua Pengarah di bawah seksyen 2B Akta 172 serta memberi maklum balas bagi aduan-aduan awam berkaitan perundangan perancangan bandar dan desa.

Antara fungsi-fungsi Bahagian ini adalah:

  1. Menganjurkan program sebaran dasar dan maklumat perundangan di bawah Akta 172 (Executive Talk kepada Kementerian dan Ahli-ahli Majlis PBT, program outreach bersama PBT dan sebaran kepada pihak-pihak berkepentingan);
  2. Menjadi urus setia bagi mesyuarat utama Jabatan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN, Mesyuarat Pengarah Negeri, Mesyuarat Pengarah Perancang PBT, Mesyuarat Ketua-ketua Unit OSC dan Mesyuarat Pendaftar Lembaga Rayuan;
  3. Memproses dan menyediakan kertas perakuan bagi permohonan di bawah seksyen 20B, subseksyen 22(2A) dan perenggan 2A(2)(b) Akta 172 untuk mendapat nasihat MPFN;
  4. Menyemak dan mengkaji semula Akta 172 dan Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538];
  5. Menggubal, menyemak dan meminda Kaedah-kaedah di bawah Akta 172;
  6. Menyelaras urusan rundingan di bawah seksyen 20A Akta 172 di peringkat negeri;
  7. Memberi khidmat nasihat perundangan perancangan bandar dan desa;
  8. Mengurus aduan awam perundangan perancangan;
  9. Menjalankan kajian-kajian berkaitan perundangan perancangan di bawah Akta 172;
  10. Menyediakan manual, monograf, risalah perundangan dan Panduan Pelaksanaan Akta 172 (PPA); dan
  11. Menjalankan kajian pengemaskinian ensiklopedia undang-undang dan pentadbiran perancangan bandar dan desa.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt