• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Rancangan Fizikal Negara

Bahagian Rancangan Fizikal Negara

 

 PENGENALAN:

Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) diwujudkan berdasarkan penyusunan semula PLANMalaysia yang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003. Pada asalnya, Bahagian ini dikenali sebagai Unit Spatial di mana ia juga merangkumi Unit Perancangan Korporat.

 

PERANAN:

  1. Merumus Rangka Kerja Guna Tanah Negara yang strategik dan bersepadu;
  2. Menggubal Dasar Perbandaran Negara bagi memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien dan sistematik;
  3. Bertindak sebagai urus setia Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri; dan
  4. Menggubal Dasar Pembangunan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) bagi memandu pembangunan desa di negara sebagai pelengkap kepada sistem pembangunan fizikal negara.

FUNGSI UNIT:

  1. Unit Rancangan Fizikal Negara (URFN): -
  • Menyedia dan mengkaji semula Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan RFN;
  • - Memantau perlaksanaan dasar
  • - Memantau perubahan guna tanah mengikut klasifikasi RFN
  • Menyediakan Kajian Penilaian dan Pemantauan RFN dan melaporkannya kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN);
  • Menyedia kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan RFN;
  • Mengurus sistem maklumat RFN;
  • Memberi input dalam pembentukan dasar dan maklum balas terhadap agenda-agenda global dan wilayah antarabangsa;
  • Memberi input dan khidmat kepakaran kepada agensi-agensi dan jawatan kuasa peringkat negara dan negeri dalam menangani isu-isu strategik perancangan guna tanah yang berkepentingan nasional;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan RFN dan dasar-dasar yang berkaitan;
  • Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai RFN dan dasar-dasar yang berkaitan;
  • Memberi khidmat kepakaran perancangan fizikal dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT); dan
  • Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal RFN.


    ii. Unit Dasar Perbandaran Negara (UDPN): -
  • Menyediakan Dasar Perbandaran Negara (DPN);
  • Menjalankan aktiviti publisiti dan sebaran DPN;
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan DPN
  • Menghasilkan Laporan Pemantauan Pelaksanaan DPN sekali setahun
  • Membangun dan menguruskan Sistem Pemantauan Pelaksanaan DPN;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan DPN;
  • Mengkaji semula DPN setiap sepuluh tahun atau apabila diarahkan oleh MPFN;
  • Menjalankan Kajian Projek Penentuan Sempadan Bandar (PSB);
  • Memberi khidmat kepakaran kepada agensi-agensi lain berkaitan dengan hal-hal perbandaran;
  • Menjadi urus setia kepada Jawatan Kuasa Penyelaras DPN; dan
  • Menyediakan kertas memorandum MPFN / Jemaah Menteri berkaitan dasar-dasar perbandaran.


    iii. Unit Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (UDPFDN): -
  • Menyediakan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara;
  • Memberi input dalam pembentukan Program Transformasi Luar Bandar Negara;
  • Memberi input dan kepakaran kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri berkaitan isu-isu strategik perancangan fizikal luar bandar dan guna tanah;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan dan Negeri mengenai hal-hal berkaitan perancangan luar bandar;
  • Menjalankan Kajian Projek Penentuan Sempadan Kampung dan Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam di Semenanjung Malaysia dan Labuan;
  • Menjalankan kerja penyelidikan dalam perkara berkaitan luar bandar untuk kegunaan dalam perancangan fizikal luar bandar; dan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam kajian-kajian berkaitan kampung / luar bandar yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).


    iv. Unit Pembangunan Tanah Bersepakat (UPTB) / Unit Majlis Perancang Fizikal Negara (UMPFN): -
  • Menyediakan program perancangan dan menyelaras pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB);
  • Mengenal pasti tapak-tapak berpotensi untuk penyediaan Projek PTB
  • Menyedia dan mempromosikan Manual Penyediaan Projek PTB
  • Menyediakan kajian-kajian pelan pelaksanaan Projek PTB di kawasan bersesuaian;
  • Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kertas-kertas kerja berkaitan PTB;
  • Membantu penyeliaan rangka kerja perundangan projek PTB;
  • Memberi taklimat pemahaman dan latihan mengenai Projek PTB;
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada agensi lain yang menyediakan Projek PTB;
  • Menyediakan memorandum Jemaah Menteri dan kertas MPFN berkaitan pelaksanaan sistem PTB;
  • Menganggotai Jawatankuasa Perundingan Pengurusan oleh Pemaju Projek dalam Pelaksanaan Projek PTB;
  • Urus setia Jawatankuasa Pakar PTB;
  • Hebahan dan melebarluaskan sistem dan pelaksanaan projek PTB di Malaysia;
  • Menyediakan Manual Pelaksanaan Projek PTB;  
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia;
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri; dan
  • Mengurus dan mengemas kini Pangkalan Data MPFN dan Sistem e-MPFN.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt