• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Pejabat Projek Zon Selatan

Pejabat Projek Zon Selatan

PENGENALAN:

Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan struktur (RS), rancangan tempatan (RT), rancangan kawasan khas (RKK) dan kajian-kajian lain khususnya yang melibatkan kawasan di dalam Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PPZS turut bertanggungjawab memberi khidmat perancangan dan menterjemah dasar-dasar dan garis panduan pembangunan negara kepada agensi negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PERANAN:

Pejabat Projek Zon Selatan berperanan memberikan khidmat nasihat khususnya dalam membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk menterjemah dasar-dasar dan garis panduan pembangunan melalui kajian-kajian rancangan pembangunan. Antara fungsi Pejabat Projek Zon Selatan ialah:

  1. Menyediakan rancangan-rancangan pemajuan (rancangan struktur, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] untuk digunakan sebagai asas bagi mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah;
  2. Menterjemah dasar-dasar dan garis panduan negara di dalam perancangan negeri dan di kawasan PBT;
  3. Memberi khidmat nasihat perancangan kepada agensi negeri dan PBT di setiap negeri berkenaan dalam aspek-aspek perancangan guna tanah melalui rancangan pemajuan dan forum-forum perancangan antara agensi.
  4. Menyediakan Manual Rancangan Tempatan untuk dijadikan rujukan semasa penyediaan rancangan tempatan;
  5. Menyediakan Laporan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK;
  6. Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.

FUNGSI UNIT:

  1. Unit Rancangan Pembangunan (URP 1 – 5): -
  • Menyediakan rancangan struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  • Menyediakan rancangan tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam rancangan struktur;
  • Menyediakan rancangan kawasan khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera;
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program;
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.


    ii. Unit Pemantauan: -
  • Menyediakan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan.


    iii. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.


    iv. Unit Pentadbiran: -
  • Mengurus dan memproses urusan surat menyurat dan memo;
  • Mengurus dan merekodkan surat dan memo masuk ke dalam buku daftar surat-menyurat untuk rekod pejabat; dan
  • Mengurus dan mengemaskini sistem fail dan rekod dari masa ke masa untuk kegunaan pegawai dan kakitangan pejabat.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt