• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Pejabat Projek Zon Utara

Pejabat Projek Zon Utara

PENGENALAN:

Selaras dengan penstrukturan semula organisasi Jabatan pada tahun 2008, Pejabat Projek Alor Setar (PPAS) telah ditukar nama kepada Pejabat Projek Zon Utara (PPZU). PPZU ditempatkan di bawah pengurusan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) dan bertanggungjawab menyediakan rancangan pemajuan (rancangan struktur, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

PERANAN:

  1. Menyediakan rancangan struktur(RS) bagi Pihak Berkuasa Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai panduan strategik pemajuan dan penggunaan tanah;
  2. Menyediakan rancangan tempatan(RT) bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai panduan pelaksanaan dasar dan strategi rancangan struktur negeri;
  3. Menyediakan rancangan kawasan khas(RKK) bagi Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bertujuan menyelesaikan isu-isu yang memerlukan kajian segera;
  4. Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome rancangan pemajuan;
  5. Mengkaji semula manual penyediaan Rancangan Kawasan Khas/Pelan Tindakan Khas; dan
  6. Menyediakan ulasan laporan sektor GIS di peringkat laporan awal/laporan pendekatan kajian, laporan analisis & strategi pembangunan dan draf akhir bagi kajian rancangan pemajuan.

Lain-lain peranan:

  1. Membentuk senarai program dan mengadakan anggaran belanjawan bagi kajian rancangan pemajuan Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk Rancangan Malaysia lima tahun; dan
  2. Memberi khidmat nasihat dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain di dalam Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

 

FUNGSI UNIT:

  1. Unit Rancangan Pembangunan (URP 1 – 5): -
  • Menyediakan rancangan struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  • Menyediakan rancangan tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam rancangan struktur;
  • Menyediakan rancangan kawasan khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera;
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program; dan
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.


    ii. Unit Pemantauan: -
  • Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan.


    iii. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.


    iv. Unit Pentadbiran: -
  • Mengurus dan memproses urusan surat menyurat dan memo;
  • Mengurus dan merekodkan surat dan memo masuk ke dalam buku daftar surat-menyurat untuk rekod pejabat; dan
  • Mengurus dan mengemaskini sistem fail dan rekod dari masa ke masa untuk kegunaan pegawai dan kakitangan pejabat.

 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min    kpkt