Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Apakah itu PLANMalaysia?

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau dikenali dengan nama PLANMalaysia merupakan salah satu Jabatan di bawah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). PLANMalaysia adalah peneraju perancangan bandar dan desa di Malaysia bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menjelang 2030.

Jabatan ini memberi khidmat nasihat perancangan bagi kawasan bandar dan desa serta membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan rancangan pemajuan di semua peringkat tempatan.  

Amalan perancangan yang dilaksanakan berasaskan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] serta undang-undang semasa yang terpakai di peringkat negara, negeri dan tempatan.

PLANMalaysia sentiasa mengorak langkah menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan perancangan spatial yang komprehensif, inovatif dan kreatif dengan mengekalkan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat.

 


Kemaskini pada 2024-01-11 11:57:50 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page