Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Visi, Misi, Objektif dan Teras Strategik Jabatan

Visi

Peneraju perancangan bandar dan desa ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menjelang 2030.

 

Misi 

Memacu perancangan pembangunan negara melalui perancangan spatial yang komprehensif dan inovatif demi kesejahteraan masyarakat.

 

Teras Strategik Jabatan

  1. Memperkukuhkan keberkesanan perancangan pengurusan pembangunan spatial dan guna tanah ke arah kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara;
  2. Memperluas dan memantapkan penyelidikan pembangunan ke arah amalan perancangan terbaik bertaraf dunia untuk kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara;
  3. Memperkasakan akta berkaitan perancangan bandar dan desa;
  4. Memperkukuhkan pengurusan maklumat perancangan yang sistematik dan efisien; dan
  5. Memperkukuhkan pembangunan kapasiti organisasi dan urus tadbir ke arah melonjakkan kecekapan dan daya saing.

 

Objektif

Objektif Kualiti berdasarkan kepada Dasar Kualiti yang digubal. Objektif Kualiti PLANMalaysia telah diwujudkan mengikut proses utama perkhidmatan. Ia akan dikaji semula setiap tahun mengikut perancangan strategik PLANMalaysia.

Tujuh (7) Objektif Kualiti Jabatan dibentuk seperti berikut:

  1. Rancangan Pemajuan Yang Berdaya Laksana

    Menyediakan rancangan pemajuan yang menepati keperluan standard (dari segi perundangan, manual, garis panduan dan dasar) dan peruntukan sumber (bajet dan lingkungan masa) serta menggunakan pendekatan teknikal dan saintifik yang berdaya laksana dari segi ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus.

  2. Output Perundangan, Penyelidikan dan Pembangunan Yang Memenuhi Kehendak Pelanggan

    Menjalankan kalian prosedur dan penyelidikan perancangan bagi penyediaan kaedah dan garis panduan perancangan yang berkualiti dan menepati keperluan semasa (dari segi perundangan dan dasar) dengan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, inovatif dan praktikal.

  3. Peningkatan Kompetensi Pegawai

    Memastikan semua peringkat pegawai di Jabatan mempunyai kemahiran dan kompetensi untuk memenuhi cabaran perancangan semasa dan persediaan mengambil alih jawatan yang lebih tinggi, termasuk kemahiran penggunaan ICT; melalui peningkatan latihan atau latihan semula, percambahan fikiran dan program perkongsian pengetahuan.

  4. Maklumat Perancangan Komprehensif dan Perkongsian Data Geospatial Yang Memenuhi Keperluan Pelanggan

    Membentuk pangkalan data perancangan yang komprehensif dan perkongsian maklumat yang efisien.

  5. Sebaran dan Hebahan Berkesan Rancangan Pemajuan Yang Berdaya Laksana

    Menjalankan program sebaran yang melibatkan agensi pelaksana dan pihak yang berkepentingan melalui kaedah rundingan / kolaborasi bagi sebarang produk Jabatan.

  6. Memenuhi Keperluan Pelanggan

    Memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan diterima pakai dan dirujuk oleh pelanggan dalaman dan luaran.

  7. Pengurusan Komunikasi Berkesan

    Memastikan agar pengurusan atasan sentiasa komited kepada pembangunan, pelaksanaan, pemantauan, penambahbaikan serta sentiasa berusaha secara berterusan bagi meningkatkan keberkesanan SPK MS ISO 9001:2015.

 


Kemaskini pada 2023-08-30 10:26:10 daripada safrin

  •  
  • Print
  • Email this page