PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR, PERAK



PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR, PERAK

13 MEI 2024 – 12 JUN 2024

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor, Perak telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan SS Planning Group Sdn. Bhd. 

Draf RKK Pulau Pangkor, Perak merupakan dokumen rancangan pemajuan yang mengandungi Pelan Cadangan Tindakan Pembangunan dan Pengurusan bagi memperkasakan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan mampan dan pintar.

Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RKK Pulau Pangkor, Perak sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Pulau Pangkor, Perak akan diadakan bermula pada 13 Mei 2024 sehingga 12 Jun 2024. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 12 Jun 2024 (Rabu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau Borang Maklum Balas Awam yang boleh didapati di lokasi pameran tetap seperti berikut:

 

Tarikh

:

13 Mei 2024 – 12 Jun 2024

Hari dan Masa Semakan

:

Isnin - Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang)

Lokasi Semakan

:

1.  Galeri Pulau Pangkor

 

 

2.  Lobi A, Majlis Perbandaran Manjung

 

 

3.  PLANMalaysia Perak

 

 

4.  Pejabat Daerah dan Tanah Manjung

 

Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1.

Laporan Draf RKK Pulau Pangkor, Perak

Muat-Turun

2.

Ringkasan Eksekutif (BM)

Muat-Turun

3.

Ringkasan Eksekutif (BI)

Muat-Turun

4.

Phamplet

Muat-Turun

5.

Panel Pameran

Muat-Turun

6.

Banner Pameran

Muat-Turun

7.

Bunting Pameran

Muat-Turun

8.

Borang Maklum Balas Awam

Muat-Turun

9.

Video RKK Pulau Pangkor

 

#RKKPulauPangkor
#PLANMalaysia
#URP1/PPZT
#pejabatprojekzontengah
#MalaysiaMadani



Kemaskini pada 2024-05-23 12:07:07 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page