Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan

     
 

Pengenalan

     
  Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) berfungsi untuk menjamin kualiti dan kecekapan perkhidmatan perancangan bandar dan desa di semua peringkat kerajaan melalui hasil penemuan dan rumusan kajian-kajian penyelidikan yang lengkap, inovatif, progresif, mampan dan saintifik. Peranan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perancangan bandar dan desa secara berterusan melalui pengendalian garis panduan perancangan dan kajian-kajian penyelidikan yang dapat dirujuk untuk tujuan perancangan dan pembangunan bandar dan desa  
     
     

Peranan

     
   i. Menyediakan kajian penyelidikan/garis panduan perancangan selaras dengan dasar pembangunan negara, prinsip perancangan dan amalan terbaik di dalam dan luar negara;  
     
  ii. Menyediakan kajian penyelidikan/garis panduan perancangan merangkumi:  
     
 
  • Perancangan alam sekitar dan pengurusan risiko;
  • Penyelidikan perancangan guna tanah;
  • Morfologi, reka bentuk dan warisan;
  • Metodologi perancangan;
  • Pembangunan kemampanan dan bandar selamat; dan
  • Penilaian dasar dan penyelidikan antarabangsa.
 
     
  iii. Melaksanakan program Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) dan Anugerah Pembangunan Mampan;
iv. Memastikan kajian penyelidikan perancangan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, kreatif, inovatif dan praktikal;
v. Mengkaji semula garis panduan perancangan bagi menyesuaikan dengan perubahan dasar dan keperluan semasa;
vi. Memberi input kepakaran kepada bahagian-bahagian lain dalam jabatan dan agensi atau pihak lain yang berkepentingan;
vii. Mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan institusi pengajian tinggi, penyelidikan dan badan ikhtisas dalam dan luar negara;
viii. Mengadakan sesi teach-in, expert talk, forum, rundingan meja bulat, seminar, bengkel dan sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan perancangan; dan
ix. Menerbitkan monograf, jurnal dan buletin penyelidikan perancangan.
 
     

Struktur Organisasi

     
  Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan terletak di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan diketuai oleh seorang Pengarah. Bahagian ini terdiri daripada enam unit pengkhususan penyelidikan perancangan. Setiap Unit diketuai oleh Ketua Unit.  
     
     

Fungsi Unit

     
 

I. Unit Penyelidikan Guna Tanah, Industri, Perniagaan, Perumahan, Kemudahan Sosial, Infrastruktur dan Utiliti Tanah: : -

 
     
 
  • Menjalankan penyelidikan terhadap dasar-dasar dan aspek perundangan berkaitan dengan perancangan guna tanah, iaitu merangkumi aspek perumahan, perniagaan, industri, kemudahan masyarakat, pengangkutan, infrastruktur, utiliti dan sebagainya;
  • Menjalankan penyelidikan gunatanah berdasarkan penemuan isu perancangan, iaitu merangkumi aspek perletakan komponen (siting and zoning), trend dan konsep pembangunan semasa;
  • Menyediakan garis panduan dan manual berdasarkan penemuan penyelidikan yang telah dilaksanakan;
  • Memantau dan menyemak semula garis panduan dan manual sesuai dengan keperluan dan senario terkini;
  • Mengurus dan menyelia pengumpulan maklumat status pewartaan tanah lapang awam di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan; dan
  • Memberi input kepakaran kepada Pusat Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian Rancangan Pemajuan dan bahagian-bahagian lain dalam Jabatan serta kepada Kementerian dan agensi luar yang berkepentingan.
 
     
     
  II. Unit Penilaian Dasar Dan Penyelidikan Antarabangsa: -  
     
 
  • Menilai dasar-dasar dalam perancangan pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun sebagai input dalam penyediaan rancangan pemajuan;
  • Menilai dasar-dasar dalam perancangan pembangunan luar negara sebagai input dalam penyediaan penyelidikan perancangan bandar di Malaysia;
  • Menjalinkan jaringan dua hala dan pelbagai hala dalam bidang perancangan bandar dan desa di dalam dan luar negara ke arah menjadi National Focal Pointdalam penyelidikan perancangan bandar, petempatan manusia dan perbandaran;
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan dan badan-badan profesional di dalam dan luar negara bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam aspek-aspek perancangan bandar dan desa di peringkat antarabangsa;
  • Menjalin hubungan erat dengan Bahagian Korporat Jabatan bagi perkara-perkara berkaitan hubungan antarabangsa;
  • Bertanggungjawab dalam penerbitan dan dokumentasi produk-produk penyelidikan Bahagian;
  • Menerima dan memproses Laporan SIA serta mengurus setiakan Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi projek pembangunan Kategori 1 dan Kategori 2; dan
  • Memberi khidmat nasihat berkenaan proses penyediaan dan penilaian Laporan SIA dari semasa ke semasa.
 
     
     
  III. Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko: -  
     
 
  • Mengkaji dasar-dasar alam sekitar dan pengurusan risiko yang berkaitan dengan perancangan guna tanah;
  • Mengkaji aspek perundangan yang berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko;
  • Menyediakan, memantau dan menyemak semula garis panduan perancangan dan manual berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko termasuklah bandar rendah karbon;
  • Menjalankan kajian teknik memelihara kepentingan alam sekitar dan pengurusan risiko dalam perancangan guna tanah; dan
  • Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pelbagai jabatan, agensi dan institusi penyelidikan yang berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko.
  • Menganjur dan mempromosikan program Anugerah Kejiranan Hijau di peringkat kebangsaan.
 
     
     
  IV. Unit Morfologi, Reka Bentuk dan Warisan Bandar  
     
 
  • Menjalankan kajian penyelidikan dan garis panduan perancangan berkaitan morfologi, reka bentuk dan warisan bandar selaras dengan dasar pembangunan negara, prinsip perancangan dan amalan terbaik di dalam dan luar negara;
  • Menyediakan satu (1) kajian penyelidikan/garis panduan perancangan berkaitan morfologi, reka bentuk dan warisan bandar dalam masa 12 bulan;
  • Memastikan kajian penyelidikan perancangan berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, kreatif, inovatif dan praktikal;
  • Memberi input dalam penggubalan dasar dan penyediaan kajian di peringkat tempatan dan negara yang berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan terutamanya semasa proses penyediaan rancangan pemajuan;
  • Menyemak semula dasar dan garis panduan perancangan berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan agar selari dengan perubahan dasar dan keperluan semasa;
  • Mengkaji keperluan dan menyediakan prosedur permohonan penyediaan penginapan pekerja secara jangka pendek (TLQ) dan garis panduan perancangan penginapan pekerja secara jangka panjang (CLQ); dan
  • Menyediakan Panduan Kriteria Dan Konsep Bandar Mesra Belia.
 
     
     
  V. Unit Metodologi Perancangan  
     
 
  • Mengenal pasti dan mendokumentasi metodologi, pendekatan dan teknik perancangan semasa dan baru untuk diaplikasikan dalam aktiviti perancangan bandar dan desa di pelbagai peringkat;
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di dalam dan di luar negara bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan kaedah/teknik perancangan yang bersesuaian dalam pelbagai analisis reruang dan sains pemutusan;
  • Menyumbang kepakaran dalam bidang metodologi dan teknik perancangan kepada bahagian-bahagian lain dalam Jabatan dan kepada agensi lain yang memerlukan;
  • Mengukur dan menilai kemampanan kawasan PBT di seluruh negara berdasarkan sebahagian daripada set penunjuk Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets 2.0); dan
  • Kajian semula garis panduan perancangan sedia ada dan penyediaan garis panduan perancangan baharu selaras dengan perundangan dan dasar semasa.
 
     
     
  VI.Unit Kemampanan Dan Bandar Selamat:  
     
 
  • Melaksanakan salah satu Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) di bawah NKRA bagi mengurangkan jenayah iaitu meningkatkan persepsi rasa selamat di kawasan Blackspot dengan menyelaras dan melaksanakan Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot;
  • Mengurus dan melaksanakan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS);
  • Penerapan dan perluasan Crime Prevention through Enviromental Design;
  • Mempromosikan dan membuat hebahan dengan mengadakan taklimat, ceramah, hands-on serta mengadakan roadshow; dan
  • Menyediakan garis panduan dan manual berdasarkan penemuan penyelidikan yang telah dilaksanakan.
 
     
 
     

Kemaskini pada 2022-12-27 22:02:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page