Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Bahagian Rancangan Pembangunan

     
 

Pengenalan

     
  Selaras dengan penstrukturan semula organisasi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) pada tahun 2008, Jabatan ini telah dibahagikan kepada lapan (8) bahagian iaitu Bahagian Rancangan Pembangunan, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Bahagian Perancangan Wilayah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Korporat.  
     
  Bahagian Rancangan Pembangunan (BRP) terbahagi kepada empat (4) pejabat projek dan satu (1) unit iaitu;  
     
 
  • Pejabat Projek Zon Utara;
  • Pejabat Projek Zon Tengah;
  • Pejabat Projek Zon Selatan;
  • Pejabat Projek Zon Timur; dan
  • Unit Penyelarasan Projek.
 
     
  Pejabat Projek Zon Utara terletak di Alor Setar, Kedah. Pejabat Projek Zon Selatan terletak di Ayer Keroh, Melaka. Pejabat Projek Zon Timur pula terletak di Kuala Terengganu manakala Pejabat Projek Zon Tengah dan Unit Penyelarasan Projek ditempatkan bersama Bahagian-Bahagian lain di PLANMalaysia Ibu Pejabat di Putrajaya. Dengan terlaksananya penstrukturan tersebut, BRP ditempatkan di bawah pengurusan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).  
     

Peranan

     
   Bahagian Rancangan Pembangunan (BRP) bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan struktur (RS), rancangan tempatan (RT) dan rancangan kawasan khas (RKK). Ianya dikendalikan melalui empat pejabat projek iaitu: -  
     
     
 
  • Pejabat Projek Zon Utara bagi melaksanakan kajian-kajian di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
  • Pejabat Projek Zon Tengah bagi melaksanakan kajian-kajian di Negeri Selangor dan Perak.
  • Pejabat Projek Zon Selatan bagi melaksanakan kajian-kajian di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  • Pejabat Projek Zon Timur bagi melaksanakan kajian-kajian di Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
 
     
     
 
     

Kemaskini pada 2022-12-27 22:04:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page