Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Pejabat Projek Zon Tengah

     
 

Pengenalan

     
  Selaras dengan penstrukturan semula organisasi Jabatan pada tahun 2008, Pejabat Projek Kuala Lumpur (PPKL) telah ditukar nama kepada Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT). PPZT ditempatkan di bawah pengurusan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) dan bertanggungjawab menyediakan rancangan pemajuan (rancangan struktur, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) bagi Negeri Selangor dan Perak.  
     
     

Peranan

     
 
  1. Menyediakan rancangan struktur(RS) bagi Pihak Berkuasa Negeri Selangor dan Perak untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  2. Menyediakan rancangan tempatan(RT) bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor dan Perak untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung dalam rancangan struktur;
  3. Menyediakan rancangan kawasan khas(RKK) yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera bagi Negeri Selangor dan Perak;
  4. Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program;
  5. Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan untuk Negeri Selangor dan Perak; dan
  6. Melaksanakan aktiviti-aktiviti Total Quality Management (TQM) bagi melahirkan budaya kerja yang cemerlang ke arah peningkatan produktiviti.
 
     
     

Fungsi Unit

     
 

I. Unit Rancangan Pembangunan:-

 
     
 
  • Menyediakan rancangan struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  • Menyediakan rancangan tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam rancangan struktur;
  • Menyediakan rancangan kawasan khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera;
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program; dan
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
 
     
     
  II. Unit Malaysia Urban Observatory (MUO): -  
     
 
  • Melaksanakan pembangunan serta hala tuju pelaksanaan Sistem Malaysia Urban Observatory (MUO) dan operasi sistem di peringkat nasional;
  • Mengadakan kolaborasi Kerjasama melalui Nota Kerjasama/MoU bersama agensi berkaitan berhubung data-data MUO; dan
  • Memberi khidmat nasihat dan teknikal kepada agensi yang berhasrat mewujudkan State Urban Observatory (SUO) atau Local Urban Observatory (LUO).
 
     
     
  III. Unit Smart City: -  
     
 
  • Menggubal Standard berkaitan bandar pintar dan menjalankan penarafan Bandar Pintar;
  • Mengurusetiakan Technical Committee on Sustainable Cities and Communities (TC/D/29) bersama Jabatan Standard Malaysia;
  • Merangka Garis Panduan Perancangan Bandar Pintar sebagai rujukan utama dalam pembangunan bandar pintar di empat (4) peringkat perancangan negara;
  • Menyediakan khidmat nasihat (advisory role) penyediaan Blueprint / Pelan Tindakan Bandar Pintar kepada Kerajaan Negeri dan PBT; dan
  • Melaksanakan dan terlibat dalam program-program kesedaran berkaitan bandar pintar.
 
     
     
  IV. Unit Pemantauan / Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -  
     
 
  • Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan; dan
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
 
     
     
  V. Unit Pentadbiran: -  
     
 
  • Mengurus dan memproses urusan surat menyurat dan memo;
  • Mengurus dan merekodkan surat dan memo masuk ke dalam buku daftar surat-menyurat untuk rekod pejabat; dan
  • Mengurus dan mengemaskini sistem fail dan rekod dari masa ke masa untuk kegunaan pegawai dan kakitangan pejabat.
 
     
 
     

Kemaskini pada 2022-12-27 22:04:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page