Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Pejabat Projek Zon Timur

     
 

Pengenalan

     
  Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) terletak di Kuala Terengganu, iaitu salah sebuah pejabat projek di bawah Bahagian Rancangan Pembangunan, PLANMalaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sejak tahun 2000. Ketika itu PPZR dikenali dengan nama Unit Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (URPNT). Evolusi demi evolusi dialami oleh URPNT ke arah memantapkan peranan dan fungsinya, juga selaras dengan penstrukturan semula JPBD. Hal ini menyaksikan nama URPNT ditukar kepada Pejabat Projek Kuala Terengganu (PPKT) pada tahun 2003 dan pejabat Projek Zon Timur (PPZR) pada tahun 2008. Pada tahun 2019, URP Kuantan dan URP Kota Bharu telah digabungkan dan diletakkan di bawah satu bumbung di PPZR.  
     
  Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan struktur (RS), rancangan tempatan (RT), rancangan kawasan khas (RKK) dan kajian-kajian lain khususnya yang melibatkan kawasan di Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.  
     

Peranan

     
 
  1. Menyediakan rancangan struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  2. Menyediakan rancangan tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung dalam rancangan struktur;
  3. Menyediakan rancangan kawasan khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera bagi Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan;
  4. Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program;
  5. Mengurus dan menyelaras maklumat Perancangan bagi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan;
  6. Menyediakan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan untuk Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan; dan
  7. Melaksanakan aktiviti-aktiviti Total Quality Management (TQM) bagi melahirkan budaya kerja yang cemerlang ke arah peningkatan produktiviti.
 
     
  Lain-lain peranan:  
     
 
  • Mengurus kemajuan fizikal, kewangan dan kualiti input perunding serta khidmat timbalawan/sokongan teknikal;
  • Melaksana program peningkatan kemahiran dalam aspek-aspek profesionalisme perancangan/pengurusan serta dalam bidang ICT dan E-Kerajaan;
  • Membentuk senarai program dan membuat anggaran kos belanjawan bagi kajian-kajian rancangan pemajuan bagi Rancangan Malaysia lima tahun dan kajian separa penggal P43 dan B43;
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan pancangan pemajuan; dan
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
 
     
     

Fungsi Unit

     
 

I. Unit Rancangan Pembangunan (URP 1 – 5):

 
     
 
  • Menyediakan rancangan struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  • Menyediakan rancangan tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam rancangan struktur;
  • Menyediakan rancangan kawasan khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera;
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program; dan
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
 
     
     
  II. Unit Pemantauan:-  
     
 
  • Menyediakan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan.
 
     
     
  III. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -  
     
 
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
 
     
     
  IV. Unit Pentadbiran: -  
     
 
  • Mengurus dan memproses urusan surat menyurat dan memo;
  • Mengurus dan merekodkan surat dan memo masuk ke dalam buku daftar surat-menyurat untuk rekod pejabat; dan
  • Mengurus dan mengemaskini sistem fail dan rekod dari masa ke masa untuk kegunaan pegawai dan kakitangan pejabat.
 
     
     
 
     

Kemaskini pada 2022-12-27 22:04:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page