PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)
01 JULAI 2025 – 01 OGOS 2025
Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (PLANMalaysia Selangor) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan SS Planning Group Sdn. Bhd.
Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi memperkasakan Sepang sebagai bandar pintar, mampan dan berdaya saing.
Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) akan diadakan bermula pada 01 Julai 2025 sehingga 01 Ogos 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 01 Ogos 2025 (Jumaat)
Selain daripada platform Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:
- Semakan Dokumen Secara FIzikal:
Lokasi Semakan - Pejabat Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
- Pejabat PLANMalaysia Selangor
- Ibu Pejabat PLANMalaysia, Putrajaya
- Pejabat Daerah dan Tanah Sepang
Hari dan Masa Semakan Isnin - Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang) Tarikh Semakan 01 Julai 2025 – 01 Ogos 2025
- Semakan Dokumen Secara Atas Talian:
1) Dashboard : 2) Laman Web MPSepang :
- Lokasi Pameran Bergerak:
Lokasi Semakan
Tarikh Semakan
D’Pulze Shopping Centre
Persiaran Multimedia, Cyberjaya:
01 Julai 2025 – 06 Julai 2025
IOI City Mall
Lebuh IRC, IOI Resort Putrajaya:
07 Julai 2025 – 12 Julai 2025
KIP Mall
Kota Warisan, Sepang:
13 Julai 2025 – 18 Julai 2025
Mitsui Outlet Park KLIA
Persiapan Komersial, KLIA:
19 Julai 2025 – 24 Julai 2025
Pusat Informasi Bagan Lalang, Bagan Lalang
:
25 Julai 2025 – 01 Ogos 2025
Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:
BIL | PERKARA | DOKUMEN |
1. | Laporan Draf RT MPSepang 2035 (Penggantian) | |
Jilid I | Muat Turun | |
Jilid II | Muat Turun | |
Jilid III | Muat Turun | |
2. | Ringkasan Eksekutif | Muat Turun |
3. | Risalah / Pamphlet | Muat Turun |
4. | Panel Pameran | Muat Turun |
5. | Borang Maklum Balas Awam | Muat Turun |
6. | Video RT MPSepang 2035 (Penggantian) | Muat Turun |
7. | Dashboard RT MPSepang 2035 (Penggantian) | Muat Turun |
#RTMPSepang2035
#PLANMalaysia
#URP1/PPZT
#pejabatprojekzontengah
#MalaysiaMadani
#MPSepang
Kemaskini pada 2025-07-01 10:26:34 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl