Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Unit Integriti

     
 

Pengenalan

     
  Unit Integriti ditubuhkan pada 6 Januari 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 iaitu Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini berperanan untuk memastikan warga PLANMalaysia mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Penubuhan Unit Integriti juga adalah sebagai langkah dalam membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan warga PLANMalaysia. Ianya bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh PLANMalaysia.  
     
     

PERANAN

     
  Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh supaya dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.  
     
     

FUNGSI SEKSYEN

  Unit Integriti dipecahkan kepada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib dan Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus dan Pemantauan yang mempunyai peranan seperti berikut:  
     
 

I.Seksyen Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib:

 
     
 
  • Menjalankan tindakan pengesanan dan pengesahan salah laku tatatertib;
  • Menjalankan tindakan pengesanan dan pengesahan salah laku jenayah;
  • Menjalankan prosedur tindakan tatatertib biasa (am);
  • Menjalankan prosedur tindakan tidak hadir bertugas dan dapat dikesan;
  • Menjalankan prosedur tindakan tidak hadir bertugas tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan;
  • Menjalankan prosedur tindakan meminda sijil cuti sakit atau mengemukakan sijil cuti sakit palsu;
  • Menjalankan prosedur tindakan tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja);
  • Menjalankan prosedur tindakan tatatertib pegawai yang terlibat dengan kes jenayah;
  • Menjalankan prosedur tindakan tatatertib pegawai yang terlibat dengan kes dadah (perakuan pegawai perubatan kerajaan); dan
  • Menjalankan prosedur penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
 
     
     
  II. Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus Dan Pemantauan: -  
     
 
  • Mengenal pasti dan merangka program pengukuhan integriti;
  • Penganjuran program pengukuhan integriti;
  • Hebahan bahan-bahan sebaran cetakan/elektronik;
  • Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Maklumat;
  • Menjalankan pengurusan aduan;
  • Menjalankan naziran integriti secara bBerjadual;
  • Menjalankan naziran integriti susulan Laporan Audit Negara / Laporan Audit Dalam KPKT;
  • Menjalankan naziran integriti secara mengejut;
  • Menjalankan kajian penarafan risiko;
  • Menjalankan soal selidik integriti;
  • Menyediakan Laporan Berkala SPRM; dan
  • Menyelaras Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).
 
     
     

Pengenalan SATRA

  https://www.planmalaysia.gov.my/satra/  
     
  Sistem Aduan Tatakelakuan dan Rasuah (SATRA) merupakan satu medium saluran aduan dalaman yang membolehkan warga PLANMalaysia mengemukakan aduan mengenai salah laku atau tatakelakuan atau aktiviti rasuah atau perkara-perkara berkaitan dengannya yang berlaku di PLANMalaysia.  
     
  Aduan tatakelakuan adalah merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang tidak berintegriti, tidak mematuhi atau melanggar undang-undang, peraturan, pekeliling, tatacara, arahan pentadbiran atau apa-apa prosedur kerajaan sedia ada yang dilakukan oleh warga PLANMalaysia yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut.  
     
     
  Aduan rasuah pula merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan meminta/menerima rasuah atau memberi suapan atau penyalahgunaan kuasa atau mengemukakan tuntutan palsu yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut.  
     
     
     
  III. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -  
     
 
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
 
     
  Sistem aduan ini merupakan saluran untuk kegunaan dalaman PLANMalaysia Ibu Pejabat sahaja. Aduan salah laku tatakelakuan dan rasuah ke atas pegawai yang bertugas di PLANMalaysia@Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi Kerajaan lain hendaklah dikemukakan terus kepada agensi yang mengawal selia pegawai tersebut.  
     
     
 
     

Kemaskini pada 2022-12-27 22:05:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page