PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN JOHOR BAHRU 2035
23 OKTOBER 2025 (KHAMIS) – 21 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
Draf Rancangan Tempatan Johor Bahru 2035 (RTJB 2035) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RTJB 2035 telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan Neo Innovation Concept Planners Sdn. Bhd.
Draf RTJB 2035 merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi menjadikan Johor Bahru sebagai Bandaraya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari yang Berdaya Tahan.
Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 16(1), Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RTJB 2035 sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RTJB 2035 akan diadakan bermula pada 21 Oktober 2025 sehingga 23 November 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan dengan mengimbas menggunakan aplikasi mudah alih kod QR di bawah:
Selain daripada platform Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:
1. Semakan Dokumen Secara FIzikal:
2. Semakan Dokumen Secara Atas Talian:
2) Muat turun dari pautan disediakan PPZS https://drive.google.com/drive/folders/1ishd8hJQ3SsWM0KWnKMGvevXJANh7Rpp?usp=sharing
Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan kod QR melalui pautan berikut:
#RTJB2035
Kemaskini pada 2025-10-24 11:08:20 daripada Marlina binti Abu Bakar

