Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Sistem Aduan Tatakelakuan dan Rasuah (SATRA)

 

Sistem Aduan Tatakelakuan dan Rasuah (SATRA) merupakan satu medium saluran aduan dalaman yang membolehkan warga PLANMalaysia mengemukakan aduan mengenai salah laku atau tatakelakuan atau aktiviti rasuah atau perkara-perkara berkaitan dengannya yang berlaku di PLANMalaysia.

Aduan tatakelakuan adalah merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang tidak berintegriti, tidak mematuhi atau melanggar undang-undang, peraturan, pekeliling, tatacara, arahan pentadbiran atau apa-apa prosedur kerajaan sedia ada yang dilakukan oleh warga PLANMalaysia yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut.

Aduan rasuah pula merujuk kepada aduan terhadap sesuatu tindakan, tingkah laku atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan meminta/menerima rasuah atau memberi suapan atau penyalahgunaan kuasa atau mengemukakan tuntutan palsu yang dikesan secara visual atau melalui lisan dengan disokong oleh bukti fizikal atau bukti-bukti lain yang menyokong aduan tersebut. Sistem aduan ini merupakan saluran untuk kegunaan dalaman PLANMalaysia Ibu Pejabat sahaja.

Aduan salah laku tatakelakuan dan rasuah ke atas pegawai yang bertugas di PLANMalaysia@Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi Kerajaan lain hendaklah dikemukakan terus kepada agensi yang mengawal selia pegawai tersebut.

 

Klik Disini untuk melihat Sistem Aduan Tatakelakuan dan Rasuah (SATRA)


Kemaskini pada 2023-03-15 09:03:07 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page