Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Dasar Perbandaran Negara

     
 

Pengenalan

a.    Dasar Perbandaran Negara 2006

Dasar Perbandaran Negara (DPN) 2006 telah berjaya melaksanakan 32 langkah. Antara hasil pelaksanaan DPN 2006 yang utama adalah:

  • Mewujudkan Garis Panduan Proses Permohonan Perancangan dan Pembangunan;
  • Menubuhkan Pusat Setempat (One Stop Centre - OSC) di seluruh negara dan ditempatkan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahcara permohonan kebenaran merancang di bawah Akta 172; dan
  • Mewujudkan Sistem Maklumat Bandar melalui Kajian Profil Bandar (KPB) 2009 dan KPB2 (2013) yang merangkumi 249 buah bandar.


Setelah sembilan (9) tahun DPN 2006 dilaksanakan dan tempoh perancangan telah tamat iaitu pada tahun 2015, maka DPN 2006 telah disemak semula bagi menghasilkan DPN2.

 

b.    Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)

Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 yang masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. DPN2 telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Dasar-dasar terkini Kerajaan Persekutuan dan Negeri;
  • Isu-isu perbandaran semasa;
  • Wawasan Negara;
  • Rancangan Malaysia Ke-11; dan
  • Dasar-dasar dan polisi-polisi luar negara yang disediakan seperti Eco2 Cities, COP15 Copenhagen, The Sustainable Development Goals (SDGs); The Global Competitiveness Report, New Urban Agenda (NUA) dan lain-lain yang berkaitan.

DPN2 merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016-2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBT, agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. DPN2 juga telah meliputi Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah.

Pernyataan DPN2

Memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran yang mampan dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi negara.
 

Visi DPN2

“Bandar Yang Mampan Untuk Kesejahteraan Rakyat”

 

Prinsip DPN2

DPN2 digubal mengikut lima (5) prinsip yang telah ditentukan berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan. Prinsip-prinsip DPN2 disokong oleh 36 Objektif serta dilaksanakan melalui 62 Strategi dan 113 Tindakan yang akan dilaksanakan dan dipantau oleh agensi-agensi yang telah dikenalpasti. Lima (5) prinsip untuk pelaksanaan DPN2 berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan ialah -

Hierarki Bandar

DPN2 telah mengenal pasti 288 buah bandar yang mana sebanyak 283 buah bandar adalah di Semenanjung Malaysia manakala lima (5) buah bandar pula di Wilayah Persekutuan Labuan. Bandar-bandar ini terbahagi kepada lima (5) peringkat hierarki bandar iaitu -

Definisi Bandar

Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau *kawasan pembangunan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduknya kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

*Kawasan Pembangunan Khusus:

“Kawasan pembangunan yang tidak diwartakan dan boleh dikenalpasti serta terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepu bina melebihi lima (5) km. Kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 orang dengan 60% daripada penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian”

 
  Klik Di Sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai Dasar Perbandaran Negara Kedua  

Kemaskini pada 2022-12-19 00:06:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page