Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Perundangan dan Kawal Selia Perancangan

     
 

Apakah jenis-jenis pemajuan yang perlu di rujuk ke MPFN?

Di bawah subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), terdapat 3 jenis pemajuan yang perlu dirujuk kepada MPFN iaitu: a)Pembangunan suatu perbandaran bagi penduduk yang melebihi 10,000 orang atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada 100 hektar atau kedua-duanya; b)Suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; dan c)Suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitive dalam suatu rancangan pemajuan.

Berapakah jumlah denda yang di kenakan bagi seseorang yang melakukan kesalahan berhubung dengan pemajuan yang tidak dibenarkan?

Apabila seseorang itu telah melakukan suatu kesalahan dan disabitkan, denda yang akan dikenakan adalah lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi suatu kesalahan yang berterusan denda yang dikenakan adalah lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Bilakah tempoh kebenaran merancang akan luput?

Sekiranya satu-satu pemajuan itu tidak dijalankan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kebenaran merancang yang diberikan maka kebenaran merancang yang telah diberikan akan luput, melainkan jika dilanjutkan sebelum tamat tempoh.

Apakah kebenaran merancang mengikut peruntukan Akta 172?

Kebenaran Merancang merupakan kebenaran secara bertulis yang diberikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) kepada seseorang yang ingin menjalankan pemajuan. Keperluan kebenaran merancang ini telah diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam bahagian IV: Kawalan Perancangan. Akta 172 mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan dengan syarat atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan. Secara amnya, kebenaran merancang adalah suatu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapatkan kebenaran sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan.

Siapa yang bertanggungjawab dalam merancang bandar?

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

 
     
     

Kemaskini pada 2022-10-12 14:27:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page