Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Program Bandar Selamat

     
 

Apakah itu Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)

Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) merupakan salah satu daripada 6 langkah segera PBS. Sistem ini dibangunkan oleh JPBD dengan kerjasama PDRM dan KDN. Sistem Pemantauan Bandar Selamat telah membawa satu transformasi ke atas Police Reporting System (PRS) PDRM yang telah mengintegrasikan elemen penandaan kejadian jenayah di atas peta atas pelantar Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mempunyai koordinat.

Objektif : -

  1.       Memantau keberkesanan pelaksanaan langkah Program Bandar Selamat dalam menangani jenayah jalanan di kawasan PBT;
  2.      Mengenalpasti kawasan hotspots sedia ada dan berpotensi, corak jenayah dan lokasi yang kerap berlaku jenayah;

iii.     Menyediakan maklumat untuk penguatkuasaan langkah-langkah pencegahan jenayah.

Apakah Program Bandar Selamat ?

Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama melaksanakan Program Bandar Selamat.

Tindakan mengaktifkan semula dan memperluaskan Program Bandar Selamat kepada 149 PBT di seluruh negara telah dilaksanakan serta merta mulai Disember 2009 sehingga Disember 2010 bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah jalanan negara sebanyak 20%.

Takrifan semula Program Bandar Selamat 2010 mengandungi 3 Strategi dan 15 Langkah Pencegahan Jenayah seperti berikut:

 3 Strategi Program Bandar Selamat :

  1. i) Mereka bentuk persekitaran fizikal
  2. ii) Pengurusan penyertaan komuniti dan kesedaran awam
  3. iii) Memperkasakan kawasan sasaran

 

 15 Langkah Pencegahan Jenayah :

  1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor.
  2. Pelaksanaan reka bentuk persekitaran yang selamat (CPTED).
  3. Pemetaan GIS jenayah dan Program Bandar Selamat.
  4. Penyediaan balai polis tetap atau bergerak.
  5. Penyediaan cermin keselamatan.
  6. Penyediaan papan tanda peringatan jenayah.
  7. Penyediaan penggera keselamatan.
  8. Penyediaan tempat motosikal berkunci.
  9. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perniagaan dan tempat awam.
  10. Pencahayaan di kawasan sasaran iaitu di tepi, hadapan dan belakang rumah / bangunan dan di kaki lima premis perniagaan, tempat awam dan perumahan.
  11. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam.
  12. Penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah jenayah.
  13. Pendidikan, kesedaran awam dan publisiti.
  14. Meningkatkan rondaan di kawasan perumahan.
  15. Agenda tetap bulanan dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT.
 
     
     

Kemaskini pada 2022-10-12 15:09:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page