Keperluan Rancangan Struktur Negeri Johor untuk dikaji semuala adalah tertakluk kepada peruntukan Subseksyen 11(1), Akta 172 yang memperuntukkan sesuatu Rancangan Struktur Negeri yang berkuatkuasa tertakluk kepada kajian semula tiap-tiap lima(5) tahun seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan (5) tahun negeri yang melibatkan keseluhuran negeri. Latar Belakang Kajian Semula RSN Johor 2030 adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-
- Dokumen RSN Johor 2020 telah disediakan pada tahun 2001 dan diwartakan pada 3 Januari 2008. Maklumat serta data-data perancangan yang terdapat didalam dokumen RSN ini tidak dikemaskini secara berkala;
- Terdapat perubahan dasar dan strategi di peringkat Negeri Johor dan daerah khususnya selepas kewujudan Wilayah Iskandar Malaysia dan pembentukan Daerah Tangkak dan Kulai
- Terdapat tekanan pembangunan projek-projek mega di kebanyakkan daerah yang memberi kesan kepada perubahan strategi dan halatuju pembangunan Negeri Johor; dan
- Terdapat pelbagai pelan pembangunan yang telah disediakan yang memberi impak terhadap pembangunan gunatanah.
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
BIL | PERKARA | DOKUMEN |
1. | Ringkasan Eksekutif | Muat-Turun |
2. | Buku Program | Muat-Turun |
3. | Flyers | Muat-Turun |
4. | Borang Penyertaan Awam | Muat-Turun |
5. | Banner | Muat-Turun |
6. | Bunting | Muat-Turun |
7. | ePublisiti | Muat-Turun |
8. | Poster | Muat-Turun |
Kemaskini pada 2022-12-21 12:19:39 daripada Administrator