ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian.

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi
meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.
 

 

Publisiti & Penyertaan Awam

     
  Publisiti ditakrifkan sebagai usaha-usaha dan langkah-langkah pemberitahuan kepada orang awam oleh pihak yang berkaitan semasa menyediakan rancangan pemajuan. Publisiti turut bermaksud pemberitahuan kepada seberapa ramai orang awam bagi meneliti cadangan-cadangan laporan dan membuat perwakilan serta memberi pandangan/bantahan seperti mana yang dihasratkan oleh penduduk setempat untuk dipertimbangkan sebelum merumuskan laporan akhir.  
     
  Penyertaan awam ditakrifkan sebagai penglibatan orang awam dalam membantu pihak berkuasa mengenalpasti masalah-masalah dan peluang-peluang masa kini dan akan datang di dalam kawasannya serta memeriksa dan memahami kandungan rancangan pemajuan seterusnya mengemukakan bantahan dan membuat representasi (cadangan atau pandangan).  
     
  Borang bantahan awam disediakan secara manual atau secara atas talian bagi membantu orang awam membuat bantahan terhadap rancangan pemajuan di sesuatu kawasan yang telah dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Maklumat bantahan akan diproses dan dianalisa oleh pihak berkenaan bagi penambahbaikan terhadap rancangan pemajuan tersebut. Maklumat bantahan juga akan dipaparkan di dalam Portal ePublisiti PLANMalaysia bagi tujuan perkongsian maklumat.  
     

 


Kemaskini pada 2022-11-07 16:08:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 
 
 
Bahasa | English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti