PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RKK KOTA RAJA – PAUH PUTRA



Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Kota Raja – Pauh Putra telah disediakan oleh pihak Pejabat Projek Zon Utara dengan kerjasama PLANMalaysia@Perlis (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis) dan Majlis Perbandaran Kangar melalui perunding yang telah dilantik iaitu CMIPlanners Sdn. Bhd. Berdasarkan peruntukkan Seksyen 13 (1) Akta 172, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Kota Raja – Pauh Putra yang telah disediakan perlu dipamerkan untuk semakan awam. Program Publisiti akan diadakan selama satu bulan bermula pada 9 Ogos hingga 8 September 2022. Berikut merupaka lokasi bagi pameran tetap dan bergerak sepanjang tempoh program publisiti dan penyertaan awam diadakan:

 

Lokasi Pameran Tetap :

Tarikh : 9 Ogos – 8 September 2022

Hari   : Isnin – Jumaat

Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

  1. Lobi Majlis Perbandaran Kangar
  2. Lobi Majlis Perbandaran Kangar, Cawangan Arau
  3. Pejabat PlanMalaysia@Perlis
 

Lokasi Pameran Bergerak :

Hari   : Isnin – Jumaat

Masa : 11.00 pagi – 5.00 petang

1.      Anjung Siswa, UiTM Perlis, Kampus Arau

Tarikh : 9 Ogos – 12 Ogos 2022

2.      Masjid Negeri, Arau

Tarikh : 15 Ogos – 19 Ogos 2022

3.      Masjid Al-Mursyid, Pauh

Tarikh : 22 Ogos – 26 Ogos 2022

4.      Kolej Kediaman Tunku Tengku Putra, UniMAP

Tarikh : 29 Ogos – 2 September 2022

5.      Kompleks Tok Arau (Pasaraya C-Mart)

Tarikh : 5 September – 8 September 2022

 

Orang ramai dijemput hadir  ke lokasi-lokasi yang ditetapkan bagi membuat semakan Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Kota Raja – Pauh Putra serta mengemukakan maklumbalas, cadangan atau bantahan.

Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :

 
BIL PERKARA DOKUMEN
1. LAPORAN DRAF RKK KOTA RAJA PAUH PUTRA Muat-Turun
2. LAPORAN EKSEKUTIF RKK KOTA RAJA – PAUH PUTRA (BI) Muat-Turun
3. LAPORAN EKSEKUTIF RKK KOTA RAJA – PAUH PUTRA (BM) Muat-Turun
4. BROSUR Muat-Turun
5. PANEL PAMERAN Muat-Turun
6. NOTIS AKHBAR Muat-Turun
7. BANNER Muat-Turun
8. POSTER Muat-Turun
9. STREAMER SELAMAT DATANG Muat-Turun
10. STREAMER Muat-Turun
11. BANTAHAN AWAM ONLINE_GOOGLEFORM Muat-Turun
12. BORANG BANTAHAN AWAM Muat-Turun
 


Kemaskini pada 2022-12-20 11:50:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page