Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian)



Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2020 yang telah diwartakan pada 20 Disember 2012 melalui Warta Kerajaan Negeri No. 2079 dan telah tamat tempoh perancangannya.

Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh 2035 (Penggantian) ini merangkumi :

Jilid I : Pernyataan Bertulis, Hala Tuju & Strategi Pembangunan

Jilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan Pembangunan

Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Projek

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 17 Oktober – 30 November 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Jajahan Pasir Puteh yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 30 November 2021.

Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Draf Laporan RTJPP Jilid 1 Muat-Turun
2. Draf Laporan RTJPP Jilid 2 Muat-Turun
3. Draf Laporan RTJPP Jilid 3 Muat-Turun
4. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
5. Panel Pameran Muat-Turun
6. Feature Article Muat-Turun
7. Risalah Program Muat-Turun
8. Borang Maklumbalas Muat-Turun
9. Banner Muat-Turun
10. Bunting Muat-Turun
11. Notis Akhbar Muat-Turun
12. Poster Muat-Turun
13. Borang Bantahan (Online) Muat-Turun


Kemaskini pada 2022-12-20 22:53:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page