APA ITU RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)? Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu bentuk rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan di mana ianya adalah untuk pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan. Rancangan kawasan khas ini telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/ Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali. Pelan Tindakan Pembangunan
Pelan Pengurusan Dan Pelaksanaan Program
PERUNTUKAN AKTA 172 Keperluan penyediaan RKK dinyatakan dalam Subseksyen 16 B(1), (2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pindaan tahun 2001 (Akta A1129 ). Subseksyen 16B (1) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri cadangan untuk menyediakan (Penetapan )RKK bagi suatu kawasan khas . RKK perlu mengandungi cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk, memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau tujuan pengurusan kawasan. RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan . Subseksyen 16B (2) Jawatankuasa akan menentukan sama ada Pengarah JPBD Negeri atau PBPT yang berkenaan berkenaan diberi diberi tanggungjawab menyediakan RKK . Subsekyen 16B (3) RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan tetapi hendaklah dimasukkan panduan yang terperinci berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya dan RKK hendaklah mempunyai kuat kuasanya seperti RancanganTempatan . Sumber : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) PROFIL KAWASAN KAJIAN (RANCANGAN KAWASAN KHAS TANJUNG GEMOK, ROMPIN, PAHANG) Rancangan Kawasan Khas Tanjung Gemok, Rompin, Pahang merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dan berkepentingan khusus sebagai ‘enablers’ kepada pelancongan, ekonomi & maritim. Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Gemok, Rompin, Pahang adalah melibatkan penyediaan cadangan secara terperinci yang mengandungi pelan-pelan tindakan dan spesifikasi pembangunan, pelan-pelan pengurusan, garis panduan, program-program serta tindakan pelaksanaan. KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS TANJUNG GEMOK, ROMPIN, PAHANG
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 12:58:51 daripada Administrator